Advertorial.MY Membantu Blogger Baru Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Advertorial.MY Membantu Blogger Baru Malaysia. Macam tak yakin masa mula-mula join Advertorial.MY ni. Boleh ker dia bantu saya mahupun blogger lain untuk cari duit dengan menulis review iklan. Tak apalah cuba dulu, tak cuba mana tahu kan. Tak ada siapa dalam dunia ni boleh jamin rezeki kita selain Allah SWT. Jadi langkah pertama saya beranikan diri dan join Advertorial.MY ni. Mana tahu ada peluang rezeki kat sini.

Advertorial.MY Membantu Blogger Baru Malaysia
Blogger kecil berjiwa besar
Bila dah sertai Advertorial.MY ni baru nampak peluang terbuka untuk blogger baru yang baru-baru nak mencari rentak dalam penulisan entri review ni. Jika sebelum-sebelum ni kita dapat lihat blogger-blogger otai atau mereka-mereka yang dah lama dalam dunia blog mendapat tajaan dan bayaran yang beriban-riban hasil daripada mereka menjadi duta atau juru review untuk satu-satu produk atau perkhidmatan. Boleh jadikan sumber untuk jana pendapatan sampingan ni.

Sebab tu lah kalau kita tengok, kenapa blogger otai ni menulis entri berkaitan makanan,minuman, produk kecantikan, cara menurunkan berat badan, barangan bayi dan macam-macam servis perkhidmatan. Ada juga yang menulis tentang smartphone, hotel, melancong sana sini dan macam-macam lagi termasuklah barangan istimewa wanita. Ada perasan tak semua ni dalam entri mereka?

Jika anda nak tahu itulah yang dikatakan penulisan Advertorial. Pengiklan akan cari blogger untuk menulis review barangan mereka. Tugas blogger pula menulis. Hasilnya pengiklan akan dapat keuntungan apabila pelanggan membaca dan membeli produk tersebut dan blogger pula mendapat bayaran hasil daripada mereka menulis review tentang barangan ataupun produk tersebut. Bayaran tersebut telah dipersetujui antara blogger dan pengiklan terbabit. Kira mudah cerita "win-win situation" dalam bahasa kita 'situasi menang-menang'.

Sama-sama Menang..
Boleh faham ker??

Macam tulah juga dengan konsep yang dibawa oleh Advertorial.MY. Cuma pada saya ianya lagi mudah dan selamat. Kenapa saya kata mudah, sebabnya dalam Advertorial.MY ni blogger hanya perlu daftarkan diri dalam sistem Advertorial.MY ni aje. Nanti pihak Advertorial.MY akan carikan pengiklan-pengiklan yang nak iklankan produk mereka dengan blogger yang berdaftar dalam Advertorial.MY ni. Kira mudah kerja blogger tak perlu bersusah payah nak cari pengiklan. Pengiklan yang akan datang cari blogger dalam senarai blogger-blogger yang ada dalam list Advertorial.MY ni.

Selamat pula sebabnya bila dah daftar, dan kita(blogger) dapat tugas daripada pengiklan akan bayar kepada kita. Bayaran yang blogger terima tersebut pihak Advertorial.MY tak akan ambil satu sen pun. Duit yang dapat tersebut 100% menjadi milik anda(blogger). Selamatkan?

Lagi satu dalam ni blogger tak perlu nak bersaingan sangat dengan blogger otai, Kalau nak bersaingan dengan mereka boleh juga. Tetapi disini lebih selamat. Kerana pengiklan mungkin akan cari blogger-blogger yang meletakkan harga yang rendah untuk satu-satu entri. Rasa nak selamat bila pengiklan tanya berapa harga untuk satu entri anda boleh buat antara RM50-RM350. Terpulang kepada budi bicara anda dan pihak pengiklan tersebut.

Kalau anda letak harga RM50 untuk satu entri.Jika sebulan dapat tugasan dalam 5-10 entri dah dapat berapa kan? Anda boleh kira sendiri. Rasanya dah dapat satu dua tugasan dah balik modal pendaftaran masa mula-mula nak join Advertorial.MY ni. Dapat 5 tugasan darap dengan RM50 dah jadi RM250. Berbaloi kan? Kalau dapat 10 tugasan dapat RM500.

Baiklah, jika berminat anda boleh daftar dengan segara dengan Advertorial.MY ni. Pendaftaran sekali seumur hidup setakat ni. Siapa-siapa yang rasa nak dapat duit dengan blog mereka dengan cara menulis review ni. Saya nasihatkan anda sertai Advertorial.MY. Ramai dah blogger yang berjaya. Daftar segera disini---> Pendaftaran Advertorial.MY. (klik sini).


Satu lagi cara untuk menjana pendapatan sampingan bagi para blogger. Di bawah ni saya bagi contoh email pertama saya dengan Advertorial.MY ni. Ini adalah tugasan Advertorial.MY pertama saya. Alhamdulilah dah balik modal saya dapat hasil join dan letakkan blog saya dalam senarai blogger-blogger dalam Advertorial.MY

Dapat Tugasan Pertama
Pada saya Advertorial.MY ni memang boleh membantu blogger di Malaysia untuk buat duit. Jom sertainya beramai-ramai. Pengiklan tengah sibuk mencari blogger sekarang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sertai Advertorial.MY hari ini juga. ;-)

18 Comments

  1. Terima kasih atas info nie,Insya Allah cuba daftar nanti,mana tau ada rezeki jgk di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Boleh daftar Akak Naza.. Ramai pengiklan tengah cari blogger untuk iklankan produk mereka sekarang ni. Bayarannya juga berpatutan, berbaloi dengan usaha yang dibuat.

      Delete
  2. Macam-macam cara nak buat duit dari berblog tapi kena rajin dan usahalah. Tak cuba tak tahulah macam kakak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakak. Tak apa, ada masa nanti boleh cuba buat. Insyallah akan ada hasilnya.

      Delete
  3. Anonymous31.10.14

    Untung kalau dapat banyak advertorial kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hamidi. Boleh cuba join ni. Hamidi pun ada blog yang bugus tu. Dapat banyak advertorial memang seronok.

      Delete
  4. jika ada masa terluang nanti..rasa nak join juga nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh join BL. Banyak peluang nak buat penulisan review daripada pengiklan dalam ni. Insyallah boleh tambah pendapatan.

      Delete
  5. belum cuba belum tau kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Akak. Ramai yang dah cuba insyallah boleh tambah duit poket.

      Delete
  6. Terima kasih kongsikan info ni... kalau ada masa nanti teman cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba nanti untuk tambah-tambah pendapatan.

      Delete
  7. Blog macam saya ni blh buat review jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Blog yang ada potensi buat review semua ada peluang nak buat review. Tengok keadaan pengiklan juga. Mereka boleh pilih.

      Delete
  8. memang betul. advertorial.my memang sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai blogger yang berjaya dapat hasil.

      Delete
  9. kami sedang mencari blogger wanita muslimah untuk advertorial produk blouse (pakaian). jika ada yang berminat, boleh email ke hello@myblouseshop.com thanks :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah hantar email ke blog nazlin. Terima kasih.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.