2014-07-25

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buffet Ramadhan Casa Ombak - Delicious meal waiting for you. Jadi do not let this search. Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah suatu pilihan yang menarik untuk dikunjungi sempena Ramadhan pada tahun ini. Bila tiba bulan Ramadhan pastinya akan banyak hotel mahupun restoran yang akan mengadakan Buffet Ramadhan. Apa yang ingin saya kongsikan adalah tentang Buffet Ramadhan Casa Ombak yang sememangnya telah lama beroprasi dalam penyedian makanan berbuka puasa. Dengan suasana tempatnya yang ala-ala taman lagi santai. Pastinya kunjungan anda sempena bulan Ramadhan tahun ini akan meninggalkan sejarah manis sekiranya anda berkunjung ke Buffet Ramadhan Casa Ombak.
“Buffet Ramadhan Casa Ombak” - Pokok Manggis Depan Rumah
Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Casa Ombak.
Pastinya kunjungan anda ke sini untuk berbuka puasa akan lebih meriah dan diingati sekiranya anda bawa bersama ibu bapa dan keluarga. Kata orang tak salah berbelanja sekali sekala untuk keluarga tercinta. Banyak sebenarnya jasa keluarga di dalam menyokong kita sehingga mencapai tahap sekarang. Pastinya kunjungan ke buffet ini akan dapat mengimbau sejarah diri anda dan keluaraga. Ini kerana suasana di sini mirip kepada ala-ala garden. Pasti ingatan kepada kampung halaman akan terpahat di sini.

Buffet Ramadhan Casa Ombak
Antara keselesaan yang di sediakan di Buffet ini.
Pelbagai juadah makanan yang disediakan di Buffet Ramadhan Casa Ombak. Jika anda berkunjung ke website : www.OmbakCreatives.com dan Facebook Ombak Creative pastinya bermacam juadah yang pastinya akan mengingatkan anda kepada masakan kampung dan juga terdapat instant cook stall corner. Pihak meraka juga ada memberikan Voucher kepada pengunjung yang datang ke sini. Berkemungkinan ada hadiah misteri menanti pengunjung bertuah disebalik pemberian Voucher tersebut. Yang Voucher ini kena pergi dan tanya sendiri yea masa anda berbuka puasa di sana.

Buffet Ramadhan Casa Ombak, Buffet Ramadhan Casa Ombak Voucher,
Buffet Ramadhan Casa Ombak Voucher
Bagi memberi keselesaan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Casa Ombak ini. Pihak mereka ada menyediakan kemudahan surau kepada palanggan yang datang berbuka puasa di sini. Tidak perlu nanti anda terpaksa berkejar-kejar untuk ke surau di sekitar kawasan tersebut bagi menunaikan ibadah solat. Kemudahan surau yag selesa ini disediakan sebaiknya kepada jemaaah wanita dan lelaki. Tak ada nanti anda terpaksa berebut-berebut siapa dulu yang nak solat. Ini kerana pihak mereka telah menyediakan ruang solat yang berasingan antara jemaah lelaki dan wanita.

Harga untuk Buffet Ramadhan Casa Ombak ini amat berpatutan. Bersesuaian dengan tema ala-ala garden dan masakkan kampung yang pelbagai di tengah-tangah Kuala Lumpur. Setiap pengunjung yang datang ke buffet ini dikenakan bayaran RM55.00 untuk dewasa dan RM 27.00 untuk kanak-kanak yang berusia lima hingga 12 tahun.

Buffet Ramadhan Casa Ombak
Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak
Bagi anda yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan tentang Buffet Ramadhan Casa Ombak ini. Anda boleh menghubungi pihak Casa Ombak seperti berikut:-

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750 
Call/Whatsapp : 013 624 1417 
Call/Whatsapp : 012 662 1062 
Facebook page : Ombak Creative

Maklumat Ombak Creative Penganjur Buffet Ramadhan Casa Ombak.
Kata orang tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru jatuh cinta. Sebenarnya buffet Ramadhan ini diterajui oleh Ombak Creative Solution yang merupakan Syarikt milik Bumiputera. Ombak Creative Solution telah beroprasi lebih 10 tahun dan berpengalaman menguruskan cetering, majlis perkahwinan, majlis koprat mahupun majlis persendirian. Lokasi bagi buffet  ini terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang KL.


Buffet Ramadhan Casa Ombak
Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak
Berikut adalah beberapa acara yang telah dibuat sepanjang beroprasinya Ombak Creative di dalam perniagaan ini.

New MTV Hafiz AF7 at Casa Ombak, lokasinya di Casa Ombak Kuala Lumpur (lihat disini)

Hafiz AF7 -  Ombak Creative
Hafiz AF7 MTV "Kesimpulan" tajaan lokasi sepenuhnya oleh Ombak Creative di Casa Ombak Kuala Lumpur. 

Shooting yang dibuat di sini
Shooting MTV by KLMUC Broadcasting  untuk projek akhir pelajar.

Hafiz AF7
Enjoy MTV - Kesimpulan By Hafiz AF7 ( likat video rakaman disini)

Ombak Creative juga menyediakan pakej perkahwinan dalam taman yang boleh ditempah oleh mereka-mereka yang nak buat majlis perkhawinan berkongsepkan taman. Pekej tersebut termasuklah tempat perkahwinan, catering, meja dan kerusi, pelamin, hiasan dan dekorasi bercirikan taman, baju persandingan lelaki/perempuan serta makeup untuk pengantin. (Boleh lihat disini)

Buffet Ramadhan Casa Ombak
Ombak Creative - Pakej Perkahwinan 2014
Buffet Ramadhan Casa OmbakBuffet Ramadhan Casa Ombak


Ombak Creative juga pernah mengadakan sambutan Majlis Hari Jadi Encik Eddy yang mana turut dihadiri oleh Anak-Anak Yatim Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong dan Maahad Tahfiz Darul Ulum Wal Isnad Klang Gate. Ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Erra Fazira, Yantzen, Mel Wings, ikhmal Hafiz, bikers family dan ramai lagi artis popular. Host Richi Rachman. (boleh lihat disini)

Buffet Ramadhan Casa Ombak
Ombak Creative - Birthday Party at Casa Ombak 
Buffet Ramadhan Casa OmbakBuffet Ramadhan Casa Ombak

Pelbagai lagi kejayaan yang telah diperolehi pihak Ombak Creative di dalam industri ini. Laman web syarikat mereka juga pernah memenangi tempat ketiga di dalam Malaysia World Blogger And Social Award 2014 #MSMW2014. Satu pencapaian yang hebat untuk bersaing dengan puluhan syarikat yang sememangnya hebat-hebat di dalam menjalankan perniagaan. Tahniah untuk pasukan IT Ombak Creative. (Boleh lihat disini)

Sebenarnya banyak lagi kejayaan yang telah diperolehi oleh Ombak Creative di dalam bidang perniagaan. Baik dari segi penyediaan pakej perkahwinan, dekorasi meja dan kanopi untuk apa-apa majlis sambutan hari lahir, hantaran perkahwinan dan pelbagai lagi. Bagi melihat dengan lebih dekat lagi mutu dan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan ini. Tahun ini wujud juga Buffet Ramadhan ini. Bagi anda yang ingin menikmati dan merasai sendiri pengalaman berharga ini. Anda bolehlah  membuat tempahan buffet yang sedang berlangsung pada bulan Ramadhan ini. Semua maklumt telah saya berikan di atas. Selamat menjamu selera di sini. Kunjungi "Buffet Ramadhan Casa Ombak" pasti akan mengamit kenangan anda berbuka puasa bagi tahun 2014 ini.

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Panduan Peperiksaan MUET 2014. Saya baru perasan. Hari ini merupakan hari terakhir bagi pendaftaran calon-calon yang ingin mengambil peperiksaan MUET Sesi November bagi tahun 2014. Pendaftran ini telah dibuka sejak 5 Mei 2014 dan berakhir pada hari ini 25 Julai 2014. Kepada yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi November 2014 anda boleh mendaftarkan diri dengan berhubung melalui Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM).

Bagi anda yang akan menduduki Peperiksaan MUET 2014. Satu Panduan Peperiksaan MUET telah ditulis oleh PEMERIKSA kertas Peperiksaan MUET. Banyak tips dan panduan yang diberikan sebagai panduan. Insyallah dengan memiliki panduan Peperiksaan MUET ini. Ianya boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan keputusan yang CEMERLANG di dalam Peperiksaan MUET tersebut. Dapatkan tips dan Panduannya di sini----> Panduan Peperiksaan MUET 2014 (klik sini) 

Secara ringkasnya Peperiksaan MUET ini terbahagi kepada dua Bahagian iaitu Ujian Speaking dan Ujian Bertulis. Bagi Ujian Speaking ini akan diadakan pada 14,15 & 16 Oktober 2014 dan 20,21 & 22 Oktober 2014. Manakala bagi Ujian Bertulis pula akan diadakan pada  8 November 2014.

Kalendar MUET 2014, Panduan Peperiksaan MUET 2014, Cemerlang Peperiksaan MUET,
Kalendar MUET 2014
Pendedahan Eksklusif Oleh Penanda Kertas Pemeriksaan MUET!

Saya ingin berkongsi satu perkongsian yang diberi oleh Penanda Kertas Pemeriksaan MUET. Kata beliau...
Peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?, atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda.
Pada tahun 2009, seramai 164,446 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 12% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Bakinya, memperolehi keputusan yang biasa-biasa sahaja dan kurang memuaskan.
Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti. Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan peperiksaan MUET anda yang kurang memuaskan. Mahu atau tidak, anda terpaksa mengambil sekali lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil masa anda selama 6 bulan lagi "
Di mana kedudukan kita semua?  Bukan maksud saya di sini ingin menakutkan anda. Bagi anda yang pandai Bahasa Inggeris insyallah mungkin perjalannya agak mudah. Namum bagi yang kurang mahir agak sukar nak dapat Band 6 bukan? Takut nanti bila kita ambil keputusan hanya dapat "result cukup makan" sahaja. Pastinya rugi jika kita mengalami keadaan demikian.

Sebenarnya tidah susah hendak berjaya dalam Peperiksaan MUET. Dengan panduan dan tunjuk ajar yang betul pastinya kita akan memperolehi jalan yang mudah untuk mendapatkan keputusan yang CEMERLANG di dalam peperiksaan MUET. 


Panduan Cemerlang Muet
Panduan Cemerlang MUET
Jika anda berminat dan nak dapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan MUET pada tahun ini. Anda boleh dapatkan Panduan Peperiksaan MUET (klik sini) ini. Buat persedian awal dan ikut tips yang diberikan, Insyallah kejayaan akan berada di dalam gengaman anda. Keluarkan sedikit pelaburan bagi mendapatkan hasil yang cemerlang di dalam peperiksaan MUET ini nanti adalah langkah yang BIJAK.

Semoga anda berjaya dengan CEMERLANG di dalam peperiksaan MUET yang bakal tiba nanti. Selamat maju jaya dan berusahalah dengan sebaiknya berpandukan Panduan peperiksaan MUET (klik sini) ini.

2014-07-24

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jimat Elektrik Sempana Musim Raya. Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak berapa lama lagi. Macam mana dengan persiapan raya.Mungkin ada yang dah siap namun ada juga yang masih "on the way". Apa pun persiapan hari raya yang dibuat, jangan lupa ibadat zakat fitrah yang perlu ditunaikan. Jangan terlepas dan lupa pula nanti. Jangan lupa dengan Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Banyak sebenarnya amalan yang dilipat gandakan dalam bulan ramadhan ini. Semoga baki masa yang masih ada dapat kita gunakan untuk mendapatkan pahala "bonus bulan Ramadhan" ini.

Dah melencong jauh pula. Bila hari raya pastinya semua kaum keluarga akan balik berhari raya di kampung. Bagi yang baru kahwin akan balik kampung sendiri atau kampung mertua dan pastinya hari raya akan lebih meriah pada tahun ini. Bila berkumpul ramai-ramai macam-macam kerenah dan perkara yang akan dibuat dan dibualkan. Namum beberapa perkara juga perlu diambil berat. Saya tak ada nak cerita tentang perkara lain. Cuma nak berkongsi tentang cara dan pengawalan pengunaan elektrik masa musim hari raya nanti. Takut nanti bulan depan bila datang bil elektrik boleh buat kita semua mengeluh panjang. Bil elektrik melonjak naik.

Jimat Elektrik, Jimat Elektrik Sempana Musim Raya, Panduan Jimat Elektrik,
Jimat Elektrik Sempana Musim Raya
Sebenarnya ada cara yang terbaik untuk mengawal penggunaan dan berjimat penggunaan elektrik sempena musim raya nanti. Kira mudah cerita sebelum hari raya dan bila tiba hari raya. Masa tersebut jika kita tak pandai mengawal penjimatan elektrik kita akan dapat hasilnya bila bil yang tinggi akan kita perolehi selepas musim raya nanti.

Jika kita tahu macam mana nak berjimat elektrik, insyallah pada musim perayaan mahupun diluar musim  perayaan bil elektrik kita tidak akan melonjak dengan mendadak. Penggunaan perkakasan elektrik jika kita salah guna boleh menyebabkan bil elektrik kita tinggi. Bukan sekadar hanya kita membeli peralatan jimat elektrik di rumah. Banyak lagi perkara-parkara penting yang perlu kita tahu sekiranya kita ingin mengelakkan bil elektrik jadi tinggi.

Pada musim perayaan kita semua sedia maklum, ramai yang akan berkumpul dan macam-macam rumah terbuka lagi akan berlangsung. Pastinya pihak pengurusan tenaga di Malaysia akan senyum lebar bila tiba musim raya. Walaupun bonus hari raya telah diberi kepada kaki tangan mereka. Namum hasil pengeluaran duit bonus mereka akan dapat balik setelah bil elektrik selepas bulan raya dikeluarkan. Mereka dapat kembali duit yang mereka bagi kepada staff mereka. Ini kerana kita sebagai pengguna tidak mengamalkan langkah dan cara yang betul untuk menjimatkan elektrik di rumah.

Saya nak berkongsi sedikit maklumat yang berguna buat kita semua yang bakal menyambut hari raya nanti macam mana nak berjimat elektrik sempena musim raya. Panduan Jimat Elektrik telah di kongsi oleh Mat Borhan. Panduan yang diberi mampu untuk menyelamatkan kita semua dari setiap bulan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi atas kesilapan dan kealpaan kita juga. Di dalam buku panduan yang diberikan berbagai tips dan panduan yang telah beliau cerita dan gunakan. Hasilnya bil elektrik dapat dijimatkan dengan betul. Saya juga telah menggunakan ebook Panduan Jimat Elektrik (klik sini) tersebut. Dan hasilnya anda boleh lihat sendiri disini.

Jimat Elektrik-Bil Bulanan Bawah RM20, Jimat Elektrik
Jimat Elektrik-Bil Bulanan Bawah RM20
Pada bulan pertama menggunakan panduan yang diberikan. Bil bulanan elektrik rumah saya hanya dibawah RM20. Pada bulan lepas juga keadaan yang sama saya dapat bil elektrik bawah RM20. Alhamdulilah berpandukan panduan yang saya ikuti dari buku Panduan Jimat Elektrik tersebut. Saya dapat membuat penjimatan elektrik tersebut pada setiap bulan.

Bagi anda yang berminat nak dapat bil elektrik yang rendah juga. Saya sarankan anda mendapatkan "Panduan Jimat Elektrik" (klik sini). Keluarkan sedikit belanja untuk tahu dan belajar cara yang betul untuk berjimat elektrik amat berbaloi.

Semoga kita semua dapat mengawal dan dapat menjimatkan elektrik sempena musim perayaan ini dengan buku "Panduan Jimat Elektrik" ini. Dapatkannya sebelum musim raya nanti agar hari raya pada tahun ini lebih bermakna :-)

JIMAT ELEKTRIK, JIMAT DUIT POKET ANDA.

2014-07-23

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Komisen Jobdirumah Bulan July 2014 Kali Ke 62. Alhamdulillah ada rezeki lagi dengan jobdirumah. Dapatlah buat bekal sikit-sikit raya nanti. Boleh beli apa yang patut. Dah dekat raya macam ini rasa nak update pula komisen jobdirumah. Lama dah tak update, yang terakhir update rasanya bayaran yang ke 29. Kali ini update banyak-banyak juga. Malas nak update selalu, nanti ramai yang nak minta belanja.hehehe.

Alhamdulillah rezeki masih ada bersama Jobdirumah. Portal kerja sambilan yang banyak membantu rakyat Malaysia dalam menjana pendapatan sampingan walaupun berkerja dari rumah.

Komisen Jobdirumah Bulan July 2014 Kali Ke 62, jobdirumah,
Bayaran Komisen Jobdirumah Bulan July 2014 Kali Ke 62
Atas ini kira jumlah komisen yang saya dapat setakat berubahnya sistem jobdirumah. Sebelum ini ada dapat juga masa sistem lama.Dah lupa. Masa sistem lama lupa nak kira rekod jualan. Yang sistem sekarang senang sebab dia ada masukkan terus jumlah rekod transaksi. Jadi saya kira setakat rekod yang di paparkan dalam sistem baru ini sahaja. Yang lama tak simpan berapa rekod jualan sebelum ini.

Oklah berbalik kepada jobdirumah ini. Sebenarnya jobdirumah banyak membantu saya dalam menjana pendapatan sampingan. Masa mula-mula join jobdirumah memang susah nak dapat job. Tetapi berkat usaha yang berterusan. Sedikit demi sedikit saya belajar dan mula jana duit dengan Program Jobdirumah. Ianya portal kerja online yang membolehkann anda membuat kerja secara online di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Yang penting ada kemudahan internet untuk berhubung dengan pihak jobdirumah dan "majikan" yang anda buat kerja tersebut.

Dapatkan kerja yang sesuai dengan anda dan bila dah dapat kerja, buat kerja tersebut sehabis baik. Jangan buat cincai-cincai. Nanti lambat dapat bayaran. Tawaran kerjanya macam-macam ada, anda boleh pilih dan buat mengikut kesesuain anda. Cadangan saya mula-mula cari kerja yang mudah dahulu. Bila dah mahir selok belok dalam jobdirumah insyallah senang nanti anda nak dapatkan kerja. Insyallah jika rekod dan prestasi kerja anda baik. Kerja akan datang cari anda. Anda boleh tengok contoh kerja yang jobdirumah tawarkan disini.

Bayaran Komisen Jobdirumah Kali Ke 62, jobdirumah,
Bayaran Komisen Jobdirumah Kali Ke 62
Seronok sebenarnya buat kerja sampingan macam ini. Walaupun anda dah ada kerja tetap. Anda MASIH boleh lagi nak buat kerja dalam Portal Jobdirumah ini. Kena pandai uruskan masa yang ada. Bagi anda yang kerjanya memang di rumah boleh buat kerja ini juga. Bila anda berdaftar dengan jobdirumah. Pihak Jobdirumah akan bagi panduan dan video tutorial. Insyallah dengan mengikuti panduan yang diberikan oleh pihak jobdirumah anda akan belajar di situ cara dan langkah nak buat duit poket dengan jobdirumah.

Baiklah, panjang pula nanti saya cerita. Bagi anda yang nak buat duit dengan Jobdirumah.
Anda boleh daftar cepat-cepat disini.--->> Pendaftaran Jobdirumah.
Pendaftaran masih lagi dibuka, hari raya pun sudah semakin hampir insyallah boleh buat duit raya dengan Jobdirumah. Jom sertai Portal kerja online Jobdirumah.

2014-07-22

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
8Share Boleh Cash Out. Alhamdulillah dah sampai RM50 dah tabung duit 8Share saya. Maknanya 8Share boleh cash out juga. Sama macam nuffnang semalam, "Nuffnang Boleh Cash Out". Kawan-kawan ada yang dah cash out juga 8share. Kepada yang dah dapat cash out saya ucapkan tahniah, kepada yang belum teruskan usaha murni anda untuk buat duit dengan 8Share ini yea. Bagi anda yang berminat nak buat duit dengan 8Share. Anda boleh daftar di sini dengan PERCUMA--->> Daftar Percuma 8Share (disini)

Sebenarnya best buat duit dengan 8Share ini. Bila sahaja anda daftar, pihak 8Share automatik akan bagi RM1 dalam akaun kita. RM1 tersebut mereka bagi mungkin nak bagi kita bersemangat nak jana pendapatan sampingan dengan 8Share ini. Pendaftarannya mudah sahaja. Anda daftar 8Share di sini kemudian mereka akan bagi panduan kepada anda macam mana nak mula buat duit dengan 8Share ini. Bila dah daftar, anda boleh kongsikan apa-apa yang anda nak kongsi dengan rakan-rakan anda sama ada di facebook, blog, G+, twitter dan macam-macam lagi. Saya biasa guna medium perkongsian ini sahaja. Sebenarnya anda boleh juga guna email, bergantung kepada kreativiti anda nak kongsikan maklumat tersebut. Tapi jangan tipu, mereka boleh tahu. Berkongsilah dengan cara yang berhemah.

8Share Boleh Cash Out, 8Share,
8Share Boleh Cash Out
Jika anda lihat gambar yang saya masukkan di atas adalah hasil beberapa jam lepas saya dapat RM8 macam itu. Yang warna biru RM0.20 dan RM7.80 tersebut adalah apa yang saya "kongsikan" dan ada yang melihatnya. Sebab itu saya dapat jumlah sebanyak itu. Biasanya satu klik yang kita dapat mereka akan bagi RM0.20. Senang sahaja nak dapat, berkongsi dan ceritakan sedikit tentang apa yang kita kongsikan dan letak link tersebut. Nanti bila ada yang nak tahu, mereka klik link tersebut dan anda akan dapat bayarannya. Link tersebut biasanya berkaitan dengan iklan-iklan produk seperti telefon, barang-barang keperluan dan sebagainya, nak tahu kena cuba sendiri. Boleh daftar disini --->> Daftar Percuma 8Share (disini)

Bagi anda yang tak biasa lagi dengan 8Share ini pastinya mula-mula anda cuba anda akan rasa susah sedikit. Bila dah daftar anda kena cuba jaya kata orang. Cari perkongsian yang anda rasa ramai yang minat untuk diketahui. Contohnya macam iklan smartphone. Ramai orang nak tahu tentang smartphone. Mungkin dengan  sedikit penerangan atas perkogsian yang anda buat, ramai yang akan melihat dan klik iklan tersebut. Jadi sebenarnya tak susah nak buat duit dengan 8Share ini. Anda cuma perlukan minat dan sedikit kesungguhan. Bila ada dua item tersebut. Insyallah sekejap sahaja anda akan dapat hasilnya iaitu 8Share boleh cash out.

Jika berminat nak buat duit dengan 8Share. Daftar secara PERCUMA dan selepas berdaftar anda akan dapat RM1 terus. Usaha sedikit bagi boleh dapat RM49 . Lepas itu boleh cash out juga insyallah. Berminat boleh daftar cepat-cepat disini.--->> Daftar Percuma 8Share (disini)

Selamat menjana pendapatan sampingan dengan 8Share kawan-kawan.

Categories

Tazkirah (47) jobdirumah penipu (22) Islam (21) Pendapatan Sampingan (16) Semasa (14) Nuffnang (12) Pendapatan Jobdirumah (12) Solat (12) Motivasi (11) Buat Duit Dengan Blog (10) Tips Perkahwinan (10) Wordless Wednesday (10) Buat Duit Dengan Internat (9) Kehamilan (9) Hari Jumaat (8) Kelebihan Puasa (8) wanita solehah (8) Cantiknya Islam (7) Kelebihan Solat (7) Panduan Jimat Elektrik (7) Puasa (7) Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang (7) jobdirumah tipu (7) Adab Seharian (6) Amal Baik (6) Amalan Harian (6) Doa (6) Jimat Elektrik (6) Kerja Sambilan (6) Rasulullah S.A.W (6) Sahabat (6) Tips Berbelanja (6) Tips Kesihatan (6) buat kerja dari rumah (6) Cara Jimat Elektrik yang Berkesan (5) Kelebihan Al-Quran (5) Kelebihan Ramadhan (5) Murah Rezeki (5) Supermarket (5) Contest SEO (4) Kisah-kisah Nabi (4) Tips Blogspot (4) Anak Soleh (3) Bercinta kerana Allah (3) Buat Duit Dengan Menulis Blog (3) Cinta kerana Allah (3) Lelaki Muslim (3) Mencari Redha Allah (3) Mengandung (3) Petua (3) SEO (3) Sunnah Nabi Muhammad S.A.W (3) Taufik dan Hidayat Daripada Allah (3) Teknik Bakar Lemak Pantas (3) Zaman Kanak-kanak (3) jobdirumah menipu (3) Aurat (2) Bersalin (2) CPUV Campaign (2) Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan (2) Cara Nak Lulus Ujian Memandu Dengan Mudah (2) Celcom (2) Kelebihan Zikir (2) Kematian (2) Komisen Program Affiliate (2) Lulus Ujian Memandu (2) Makan-Makan (2) Nasihat Luqman Al Hakim (2) Suami (2) Tips Blog (2) Tips Tidur (2) Ujian Allah (2) Barang Keperluan Bersalin Ibu (1) Buah Manggis (1) Buffering Earnings (1) Cimb Bank (1) Facebook (1) Hikmah Sakit (1) Kelebihan Selawat. (1) Kenapa SEO Penting Dalam Blog? (1) Kerja Kerajaan (1) Khasiat Buah Manggis (1) Khasiat Habbatus Sauda (1) Khasiat Kurma (1) Mandi (1) Menjadi Kreatif (1) Panduan Asas SEO (1) Panduan Solat Qasar Dan Jamak (1) Pendapatan Tambahan (1) Petua Batuk (1) Petua Jerawat (1) Potong Kuku (1) Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya (1) Surah Yasin (1) Susah (1) Syukur (1) Tawakal (1) Teknik SEO (1) Tips Balik Kampung Dengan Selamat (1) Tips Komputer (1) Tips Membina Keluarga Bahagia (1)
Copyright © Pokok Manggis Depan Rumah | Powered by Blogger
Design by N.Design Studio | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com