Pokok Manggis Depan Rumah
  • Home
  • Download
  • Juadah
    • Mee
    • Bihun
    • Western
    • Kuih Muih
    • Kek
    • Biskut Raya
    • Bubur
    • Pulut
    • Nasi
  • Lauk Pauk
    • Ayam
    • Daging
    • Ikan
    • Sayur
    • Kerang
    • Sotong
    • Udang
    • Telur
  • Info
    • Petua
    • Tips Masakan
    • Semasa

Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap. Min nak makan apam gebu. Kuih yang mudah nak buat dan sedap. Min nak kongsi Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap dari facebook. Nak buat nanti boleh rujuk resepi apam mekar nie yea. Boleh try buat mesti jadi insya Allah

 Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap

Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap

Selamat pagi! Hari ni nak kongsi resepi apam soda / apam mekar. Comfirm menjadi & gebu gebas!

Kredit resepi & foto: LeaJay Irwan

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur

2 cawan gula halus

1 sudu besar ovallete

1 sudu kecil esen vanilla

3 cawan tepung gandum

1 cawan ais krim soda

CARA MEMASAK:

1) Pukul telur,gula,ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.

2) Masukkan tepung gandum dan ais krim soda.Pukul rata.

3) Tuangkan dalam acuan.

4) Kukus dengan api kuat selama 10-15 minit

5) Siap untuk di makan.


Baca juga: Bakeri Dari Rumah Mudah

Mudah aje kan nak masak Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap nie. Masak nanti masa makan tu jangan lupa baca doa makan dulu yea. Selamat mencuba.


Resepi Rendang Tok Asli.Min sarapan jumpa pulut inti rendang. Balik tu rasa nak makan lagi. Jadi min masak balik rendang tu.Kali ni buat Resepi Rendang Tok Asli. Min kongsikan Resepi Rendang Tok Asli dari facebook oleh Izani shadila.

Resepi Rendang Tok Asli

Saya bukanlah orang Perak.Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak-banyak versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya.Teksturnya yang kering tak berkuah, pedas rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.Semua bahan-bahan rencah dikisar kering.Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba


Resepi Rendang Tok Asli

Bahan hiris Resepi Rendang Tok Asli:

10 biji bawang rose dihiris halus

1-2 labu bawang putih dihiris halus

4 inci halia dihiris halus


Bahan kisar Resepi Rendang Tok Asli:

2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas

- dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.

- disangai dalam kuali sampai kering

- blend kering TANPA AIR

2 ketul lengkuas

5 batang serai

- dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya

1 senduk biji ketumbar

(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau suka)

- disangai dan dikisar kering

Bahan² utama lain:

1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)

900 gm limpa

- daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.

- maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.

2 kg santan asli pekat

2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)

2 senduk kerisik

daun kunyit hiris


Cara masak Resepi Rendang Tok Asli:

1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.

2. Masukkan bahan² hiris.

3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.

4. Masak sampai terbit minyak sikit.

5. Masukkan daging & limpa.

6. Masukkan bahan² kisar yang lain.

7. Masak sampai pecah minyak.

8. Masukkan kerisik dan gula nisan.

9. Masukkan perisa & garam.

10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.

**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.

Dah siap Resepi Rendang Tok Asli nie. Sedap tau, jadi lepas masak nie kita boleh makan lagi redang yang sedap ni. Masak lama sikit pun puas hati kan. Jom masak, selamat mencuba.

Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap. Hari ni min rasa nak makan masakan simple-simple aje. Jadi kita masak Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap nie aje lah. Mudah aje nak masak. Nak sediakan masakan ni pun tak ambil masa lama pun. 

Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap

Jom lihat perkogsian dari facebook nie yea. Dah masak nanti kita makan dengan Ayam Bakar Madu nie. Memang terangkat bila pekena dengan ayam nie.


Bahan-bahan Sup Telur dengan Tauhu Lembut:

1 paket tauhu lembut

3 biji telur

1 sudu besar ikan bilis (dibuang tulang dan dibersihkan)

1 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)

1 ulas bawang putih (dihiris nipis)

1 biji cili merah (dihiris)

1 kiub ikan bilis

1 biji ubi kentang saiz sederhana (dipotong dadu)

1/2 biji lobak merah dihiris nipis

Beberapa urat suhun (direndam dahulu)

4 cawan air

2 sudu minyak untuk menumis

1 sudu teh lada sulah

Dan sedikit garam secukup rasa


Cara memasak Sup Telur dengan Tauhu Lembut:

1. Rendam tauhu lembut bersama bekasnya di dalam air panas lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskan dari air panas, buka plastik dan keluarkan isi tauhu. Masukkan ke dalam mangkuk hidang dan belah tauhu kepada 4 bahagian. Biarkan seketika.

2. Panaskan periuk, masukkan minyak. Tumis bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga kekuningan.

3. Masukkan air dan kiub ikan bilis. Kemudian tambahkan ubi kentang dan lobak merah. Kacau dan biarkan sehingga kentang hampir empuk. Kemudian tambahkan suhun. Kacau.

4. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji, selang seminit. Kecilkan api. Biarkan telur mengeras dan masak.

5. Akhir sekali tambahkan lada sulah, bawang kuning dan garam. Sesuaikan rasa. Kacau seketika. Matikan api dan angkat sup tadi.

6. Tuangkan sup ke atas tauhu tadi, di dalam mangkuk hidang. Jika suka boleh tambahkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Sup telur bersama tauhu lembut ini sedia untuk dinikmati.

Dah siap Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap nie. Bagi yang nak cuba masakan ni kat rumah. Boleh rujuk resepi kat atas nie yea. Jom masak.

Resepi Sambal Ikan Tongkol Memang Sedap. Hari ni min rasa nak makan ikan tongkol atau ikan aya, lama dah tak merasa teringin pula rasa nak makan ikan tongkol masak sambal. Jom cuba resepi ni yea.

Resepi Sambal Ikan Tongkol Memang Sedap

Bahan-bahan Rebusan Ikan:

🐟Ikan Tongkol

🐟Garam

🐟Nisan/Gula Melaka

🐟Asam Keping

Ikan tongkol direbus terlebih dahulu dgn semua bahan-bahan diatas.. Bila ikan dah masak, angkat dan toskan...air rebusan jangan dibuang..

Kemudian goreng ikan tongkol sekejap aje untuk pejalkan isi nya... angkat dan ketepikan...


Bahan-bahan untuk sambal:

🌶Bawang Besar

🌶Cili Kisar

🌶Bawang Merah Kisar

🌶Bawang Putih Kisar

🌶Sedikit Halia Kisar

🌶Air Asam Jawa

🌶Air Rebusan Ikan

🌶Sedikit Belacan

🌶Sedikit Kicap Manis


Cara masak Resepi Sambal Ikan Tongkol:

Tumis hirisan bawang besar dan masukkan semua bahan kisar hingga pecah minyak..

Masukkan air rebusan ikan dan air asam jawa..

Akhir skali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng awal tadi..Tambahkan kicap dan perasakan dengan garam gula secukup rasa...Gaul sebati dan biarkan mereneh hingga kuahnya pekat dan ikan mesra bersama sambal...Siap.. selamat mencuba

Credit: Instagram kak_t68.

Mudah aje kan masak Resepi Sambal Ikan Tongkol Memang Sedap nie. Selamat memasak.

Older Posts Home

Pengunjung ke

Jom Singgah

Menarik

Menarik juga..

  • Doa Nak Lulus Ujian Memandu JPJ
  • Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran
  • JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Kesembilan Dari Jobdirumah
  • Cara Pemasaran Biskut Raya

Kategori

  • Resepi
  • Islam
  • Solat
  • Motivasi
  • Advertorial
  • Petua
  • Agama
  • Keluarga
  • Buat Duit Online
  • Instagram
  • Jana Pendapatan
  • Kerja Dari Rumah
  • Agoda Murah
  • Android

Rakan Blogger

  • Afzan Sidi
    RANDOM IFTAR
    3 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    SELERA WARISAN MELDRUM RAMADAN BUFFET @ GBW HOTEL JOHOR BAHRU
    6 hours ago
  • Anies♥You
    Hadiah lukisan digital daripada Cuya
    7 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    Sagu gula Melaka
    8 hours ago
  • DANA
    TELESKOP DAN ASET BAHAGIAN UKUR GEODETIK
    9 hours ago
  • Hari yang ku lalui.
    Misi Cari Baju Raya
    9 hours ago
  • namakucella
    MENU IFTAR HARI KE-3: KARI KAMBING + NANGKA MUDA
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
    3 days ago
  • aizamia3
    Maafkan saya YB
    6 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    1 week ago
  • Cik Puan Farhanah
    Wordless Wednesday 8/2023 : Rasa Malu
    2 weeks ago
  • Pokok Manggis Depan Rumah
    Resepi Apam Mekar Gebu Lembut Sedap
    3 months ago
  • OhPanduan
    Gegata: Jenis, Punca Berlaku Serta Kaedah Rawatan
    3 months ago
Show 3 Show All

About Blog



Food stylist & blogger. Sukakan alam semula jadi dan makanan sihat yang enak. Jangan teragak-agak untuk singgah ke sini. Welcome!!

Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes