Resepi Rendang Udang Galah Sedap Sangat

Resepi Rendang Udang Galah Sedap Sangat. Semalam min jumpa udang galah segar. Jadi beli sikit nak makan. Makan udang memang sedap kalau kena dengan caranya. Jadi min rasa nak masak Resepi Rendang Udang Galah Sedap nie. Bagi yang nak cuba resepi rendang udang galah nie boleh ikut cara nak masak rendang udang galah kat bawah nie yea.

 Resepi Rendang Udang Galah Sedap Sangat

Resepi Rendang Udang Galah Sedap Sangat

Bahan-bahan:

1 kg udang galah(sederhana besar)

50 gram serbuk kunyit

100 gram bawang merah

30 gram bawang putih (dikisar)

50 gram buah keras (dikisar)

2 batang serai (dikisar)

30 gram halia (dikisar)

20 gram lengkuas (dikisar)

20 gram kunyit hidup (dikisar)

10 gram cili giling

2 biji santan pekat

50 ml air asam jawa

3 helai daun kunyit (dihiris halus)

Minyak secukupnya


Cara-cara:

Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.

Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.

Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.

Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.

Kredit :Eda erna dian

Baca juga: Resepi Petai Tumis Telur & Sotong Kering

Dah siap Resepi Rendang Udang Galah Sedap Sangat nie. Sedap makan rendang dengan nasi panas-panas. Kalau nak makan dengan pulut atau ketupat pun terangkat juga nie. Selamat mencuba yea.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.