Kerang Masak Kunyit Ratah Pun Sedap


Kerang Masak Kunyit Ratah Pun Sedap. Hari ni min rasa nak makan kerang, dengan cuaca sepoi-sepoi sejuk hujan selalu nie memang sedap makan Kerang masak kunyit, buat macam ni ratah lepas masak tu pun sedap. 

Kerang Masak Kunyit Ratah Pun Sedap


Bagi yang nak cuba Resepi Kerang Masak Kunyit Ratah Pun Sedap nie boleh rujuk perkongsian resepi dari facebook kat bawah nie yea. Mudah aje resepi dia. Masak ikut bahan dan cara yang diberikan tu insyallah menjadi.


Resepi Kerang Masak Kunyit Ratah Pun Sedap

Bahan-bahan Kerang Masak Kunyit: 

Sekilo kerang (direbus terlebih dahulu)

Bawang merah kecil 4bji*

Bawang putih 2bji *

Sebatang Serai diketuk 

3sudu cili kisar

1senduk serbuk kunyit

Sehelai daun kunyit dihiris halus

Sedikit air asam jawa

Garam secukup rasa


Cara-cara masak Kerang Masak Kunyit:

Tumbuk bawang merah dan putih,tumiskan bersama cili kisar dan msukkn serbuk kunyit dan serai.

Apabila pecah minyak masukkan kerang kemudian masukkan air asam jawa dan garam. Jika perlu boleh tmbahkan sedikit air. Dan jika ingin lebih pedas boleh msukkn sedikit cili kecil tu

Akhir sekali masukkan daun kunyit yg telah dihiris. Sedia untuk dihidang.

By Awie Nawawi

Baca juga: Resepi Mee Kuah Udang Ringkas

Baca juga:  Panduan Bisnes Aiskrim RM5K Sebulan

Macam mana Resepi Kerang Masak Kunyit Ratah Pun Sedap nie.kan mudah aje cara nak masak dia. Dah masak nanti makan dengan nasi panas-panas memang terangkat tu. Jom masak.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.