Resepi Sotong Goreng Tepung dan Tips Rangup diluar lembut didalam


Resepi Sotong Goreng Tepung dan Tips Rangup diluar lembut didalam. Sotong ni memang best kalau makan buat Resepi Sotong Goreng Tepung. Min rasa teringin nak makan tu. Sotong goreng tepung nie jika pandai masak kena dengan rasa lembut,tak hangus masak makan panas-panas memang sedap. Tak perlu makan dengan nasi pun boleh bertambah-tambah. 


Bagi yang nak cuba Resepi Sotong Goreng Tepung dan Tips Rangup diluar lembut didalam, boleh ikut perkongsian dari facebook nie. Masak banyak tu nanti jangan lupa makan bagi kat jiran-jiran juga. Jangan makan sorang yea.

Resepi Sotong Goreng Tepung

Untuk orang yang baru nak mula belajar sempena musim sotong murah

Bahan A:

- Sekilo sotong segar

- 1biji telur gred A

- Maggi cukup rasa (secukupnya)

- Serbuk lada putih (1sudu kecil)

Bersihkan sotong dan toskan (wajib) supaya sotong tidak terlalu mengandungi air. Gaulkan sotong bersama bahan2 A yang lain.

Bahan B:

- 2 senduk besar Tepung serbaguna (bestari, adabi, kentucky , etc..)

- 3 sudu besar tepung beras

- 1 sudu besar tepung jagung

Kacau rata Bahan B.

Cara-Cara:

Panaskan minyak di atas kuali (minyak mesti banyak). Ambil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.

Masukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang sederhana. Goreng sehingga bewarna "golden brown".

Baca juga: Resepi Kek Sarang Semut Berongga

Tips:

Sotong tidak boleh digaulkan bersama tepung terlalu awal sebelum dimasukkan kedalam minyak panas. 

Ulang langkah menyalut sotong dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng dan siap.

Kredit: Atirah Abdullah

Mudah aje kan nak masak Resepi Sotong Goreng Tepung dan Tips Rangup diluar lembut didalam nie kan. Jom masak dan selamat mencuba.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.