Resepi Sayur Lodeh Kering oleh Mak Cik Kedai


Resepi Sayur Lodeh Kering oleh Mak Cik Kedai. Masak lodeh sama tak dengan masak sayur lodeh? Hangpa tahu tak beza dia. Yang min tahu masak lodeh tu sayur kuah lontong tu. Bila kita masak sayur lodeh campur dengan nasi himpit tu jadilah lontong. Kalau masak kuah tu nama dia masak kuah lodeh. Masak sayur lodeh ni kira macam masak kuah untuk lontong tu aje. Tak gitu?

Resepi Sayur Lodeh Kering oleh Mak Cik Kedai

Jadi bagi yang nak cuba masak Resepi Sayur Lodeh Kering oleh Mak Cik Kedai nie min nak kongsikan resepi kat bawah nie. Nak rasa boleh ikut yea.


Bahan-bahan Resepi Sayur Lodeh kering oleh Mak Cik Kedai:

2 paket tempe- potong dadu sederhana

2 keping tauhu putih- potong 16 setiap keping

10 tangkai kacang panjang

1 batang lobak merah

1 cawan udang segar (size sederhana)

2 biji kentang -dipotong dadu- goreng sehingga agak empuk

1 paket tauhu kering dgn soh oon - rendam & tauhu kering tu kerat sederhana

2 batang serai- titik

1 inci halia

2 labu bawang besar

2 biji bawang putih

4 biji cili merah

1 sudu gula pasir

2 inci belacan

1 cawan santan pekat

1 keping asam keping

Baca juga: Resepi Original Pulut Ayam Thai

Cara Masak Resepi Sayur Lodeh kering oleh Mak Cik Kedai:

-Tempe dan tahu dipotong dadu kecil-kecil dan digoreng separuh masak. Kalau terlalu garing, hasilnya menjadi keras.Ketepikan

-Cili kering dan cili merah dipotong serong halus2. (Cili Kering digunting jugak serong dan nipis). Kacang buncis juga dipotong serong dan nipis.

-serai dan halia di hiris nipis dan ditumbuk hingga halus. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sekali.

-Bawang besar dimayang bulat dan nipis. Begitu juga dengan bawang putih dihiris nipis.

-Setelah siap semua bahan tadi, panaskan kuali besar dan bubuh sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk.

-Apabila bahan tumbuk sudah wangi, masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili. Goreng hingga agak layu kemudian masukkan udang segar goreng seketika kemudian masukkan santan pekat dan juga sedikit air. Ketika ini masukkan juga gula.

-Apabila udang sudah masak, masukkan kacang panjang, lobak merah dan gaulkan seketika hingga sayur2 nampak sudah hampir masak. Kemudian masukkan tempe, tauhu kering, soh oon, tauhu putih serta kentang goreng tadi..

-Masukkan juga asam keping, garam dan sedikit aji jika suka. Gaul sampai rata dan apabila sudah naik wap, padamkan api.

-Hidangkan bersama nasi putih atau dgn nasi impit pun sedap.

Mudah aje kan. Sedap nie Resepi Sayur Lodeh kering oleh Mak Cik Kedai. Jangan lupa share repesi ni juga kat kawan-kawan. Jom masak.

2 Comments

  1. sedapnyaaaa sayur lodeh. terus teringat kalau ada ikan sepat goreng masin dgn nasi panas...warrghhh

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.