Resepi Sambal Ikan Tongkol Memang Sedap. Hari ni min rasa nak makan ikan tongkol atau ikan aya, lama dah tak merasa teringin pula rasa nak makan ikan tongkol masak sambal. Jom cuba resepi ni yea.
Resepi Sambal Ikan Tongkol Memang Sedap |
Bahan-bahan Rebusan Ikan:
🐟Ikan Tongkol
🐟Garam
🐟Nisan/Gula Melaka
🐟Asam Keping
Ikan tongkol direbus terlebih dahulu dgn semua bahan-bahan diatas.. Bila ikan dah masak, angkat dan toskan...air rebusan jangan dibuang..
Kemudian goreng ikan tongkol sekejap aje untuk pejalkan isi nya... angkat dan ketepikan...
Bahan-bahan untuk sambal:
🌶Bawang Besar
🌶Cili Kisar
🌶Bawang Merah Kisar
🌶Bawang Putih Kisar
🌶Sedikit Halia Kisar
🌶Air Asam Jawa
🌶Air Rebusan Ikan
🌶Sedikit Belacan
🌶Sedikit Kicap Manis
Cara masak Resepi Sambal Ikan Tongkol:
Tumis hirisan bawang besar dan masukkan semua bahan kisar hingga pecah minyak..
Masukkan air rebusan ikan dan air asam jawa..
Akhir skali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng awal tadi..Tambahkan kicap dan perasakan dengan garam gula secukup rasa...Gaul sebati dan biarkan mereneh hingga kuahnya pekat dan ikan mesra bersama sambal...Siap.. selamat mencuba
Credit: Instagram kak_t68.
Mudah aje kan masak Resepi Sambal Ikan Tongkol Memang Sedap nie. Selamat memasak.
3 Comments
Sedapnya.
ReplyDeletelama akak tak masak ikan tongkol gini, selalu kalau beli ikan tongkol mesti kalau tak buat gulai kuning buat gulai merah atau kari biasa je . Sedap juga sesekali masak gini kan
ReplyDeleteikan tongkol kalau msk mcm ni, sy boleh bertambah nasi. hehehe
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.