Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap. Hari ni min rasa nak makan masakan simple-simple aje. Jadi kita masak Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap nie aje lah. Mudah aje nak masak. Nak sediakan masakan ni pun tak ambil masa lama pun.
Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap |
Jom lihat perkogsian dari facebook nie yea. Dah masak nanti kita makan dengan Ayam Bakar Madu nie. Memang terangkat bila pekena dengan ayam nie.
Bahan-bahan Sup Telur dengan Tauhu Lembut:
1 paket tauhu lembut
3 biji telur
1 sudu besar ikan bilis (dibuang tulang dan dibersihkan)
1 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji cili merah (dihiris)
1 kiub ikan bilis
1 biji ubi kentang saiz sederhana (dipotong dadu)
1/2 biji lobak merah dihiris nipis
Beberapa urat suhun (direndam dahulu)
4 cawan air
2 sudu minyak untuk menumis
1 sudu teh lada sulah
Dan sedikit garam secukup rasa
Cara memasak Sup Telur dengan Tauhu Lembut:
1. Rendam tauhu lembut bersama bekasnya di dalam air panas lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskan dari air panas, buka plastik dan keluarkan isi tauhu. Masukkan ke dalam mangkuk hidang dan belah tauhu kepada 4 bahagian. Biarkan seketika.
2. Panaskan periuk, masukkan minyak. Tumis bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga kekuningan.
3. Masukkan air dan kiub ikan bilis. Kemudian tambahkan ubi kentang dan lobak merah. Kacau dan biarkan sehingga kentang hampir empuk. Kemudian tambahkan suhun. Kacau.
4. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji, selang seminit. Kecilkan api. Biarkan telur mengeras dan masak.
5. Akhir sekali tambahkan lada sulah, bawang kuning dan garam. Sesuaikan rasa. Kacau seketika. Matikan api dan angkat sup tadi.
6. Tuangkan sup ke atas tauhu tadi, di dalam mangkuk hidang. Jika suka boleh tambahkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Sup telur bersama tauhu lembut ini sedia untuk dinikmati.
Dah siap Resepi Sup Telur dengan Tauhu Lembut Simple Tapi Sedap nie. Bagi yang nak cuba masakan ni kat rumah. Boleh rujuk resepi kat atas nie yea. Jom masak.
1 Comments
tauhu lembut tu beli kat mana ya?
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.