Resepi Original Pulut Ayam Thai Yang Sedap. Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Oleh kerana hari nie dah selesai urusan istana seketika. Jadi min pun nak beraman-aman sekejap cari ilham nak tengok mana calon yang layak jadi pak menteri pula. Min nak masak Resepi Original Pulut Ayam Thai Yang Sedap. Alhamdulillah dah selesai dan calon PM ke-10 pun dah angkat sumpah. Harap lepas ni boleh la rakyat jelata buat kerja dengan aman kan.Dah diberi kuasa tu tadbir la elok-elok negara Malaysia tercinta nie.
Resepi Original Pulut Ayam Thai Yang Sedap |
Min tak nak ulas panjang, hangpa nak tahu pegi baca akhbar @ tengok kat TV semua ada cerita nie. Hari ni min nak masak pulut ayam Thai. Memang sedap resepi pulut ayam thai nie, tambah kena dengan kombinasi ayam goreng, lagi terangkat la.
Kepada yang nak masak Resepi Original Pulut Ayam Thai Yang Sedap nie. Hangpa boleh rujuk resepi kat bawah nie yea. Dah siap masak nanti kita makan sama-sama. Jangan lupa PM min tau..
Resepi Original Pulut Ayam Thai Yang Sedap
.
Bahan-bahan:
Ayam sebelah - Di potong
Bahan perap - Di tumbuk halus
5 ulas bawang putih
2 tangkai akar ketumbar - di potong kasar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada putih (lada sulah)
Bahan lain:
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan air
1⁄2 cawan bawang merah di mayang nipis
1⁄2 cawan tepung beras
untuk sos cili thai
5-6 ulas bawang putih
cili merah & cili padi
* kisar kasar
200gm gula
2 cawan air
garam
bijan
tepung jagung (utk pekatkan sos)
masak semua bahan diatas sampai mendidih pastu renehkan skejap.
Resepi Original Pulut Ayam Thai |
Cara memasak:
1. Untuk bahan perapan : Tumbuk semua bahan A dan gaul dengan isi ayam yang di potong tadi. Masukkan gula, garam, kicap cair dan air sambil di gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap lagi jika di perap semalaman. Sesekali balik-balikkan ayam yang di perap untuk meratakan bahan perapan dengan isi ayam.
2. Untuk hasilkan bawang goreng yang melengkapkan dan melazatkan lagi hidangan pulut ayam ini, pastikan bawang merah yang di mayang tadi di kering menggunakan tisu dapur. Gaul dengan secubit garam dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan dan garing.
3. Sementara itu, keluarkan ayam yang di perap. Masukkan tepung beras kira-kira 1/4 cawan dahulu dan gaul dengan ayam tersebut hingga bersalut. Jika cair, masukkan sedikit lagi tepung.
4. Goreng hingga garing di dalam minyak yang panas dalam 5 minit atau sehingga masak. Hidangkan dengan pulut yang di tabur dengan bawang goreng dan sos cili Thai.
Untuk pulut, hanya kukus atau tanak seperti biasa. Selamat mencuba.
Untuk pulut, hanya kukus atau tanak seperti biasa.
kredit : Wan Muhammad Hafiz
Baca juga: Resepi Ayam Percik Kelantan
Dah siap, hangpa boleh ikut kan cara nak masak Resepi Original Pulut Ayam Thai Yang Sedap nie. Boleh ikut cara dia ajar tu masak insyallah menjadi.
Baca juga:Panduan Bisnes Makan Delivery
Makan pulut nie kata orang tua-tua kena berjaga-jaga juga, takut angin. Jadi masa makan Pulut Ayam Thai tu nanti beringat-ingat la yea kalau hangpa ada masalah tu. Makan ala kadar aje. Jangsan sampai berangin satu badan sudah.
Selamat memasak.
0 Comments
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.