Cara Masak Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan Sedap. Min teringat masakan nie bila tengok ikan tongkol kat pasar. Rasa macam sedap aje nak makan, jadi kita masak la Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan Sedap nie. Mudah aje nak sediakan Resepi Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan Sedap.
Cara Masak Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan Sedap |
Biasa kalau di Kelantan dorg makan jadikan lauk sarapan pagi, nasi berlauk ikan tongkol macam tu nama dia lebih kurang. Boleh aje nak makan ikan tongkol gulai ni untuk makan tenghari atau pun malam. Ikut suka hangpa la kalau dah masak tu nak makan waktu mana. Ikut selera masing-masing.
Bagi yang nak cuba Resepi Ikan tongkol gulai stail Kelantan nie boleh ikut resepi yang sis Zaimah zakaria nie kongsikan. Ikut cara dia insyallah boleh la nak makan Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan Sedap nie.
Cara Masak Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan Sedap
Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)
Cara cara:
Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.
Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
Baca juga: Resepi Paprik Daging Sedap
Kredit: Zaimah zakaria
Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan ada kacang panjang |
Mudah aje kan Cara Masak Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan Sedap nie. Dah masak nanti cuba rasa syahdu tak masakan tu persis sama ke tak sama dengan rasa yang hangpa makan kat Kelantan tu.
Baca juga: Panduan Bisnes Kambing Di Kampung
Selamat memasak, min masih nak tunggu keputusan siapa jadi PM ke 10 lagi. Tak muncul tiba lagi pengantian lelaki nie, inai yang pakai masa hari mengundi tempoh hari dah nak tanggal. Harap-harap cepat hadir la yea. Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk negara kita.
0 Comments
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.