Bihun Goreng Singapore Yang Super Sedap


Bihun Goreng Singapore Yang Super Sedap. Yea hari ni min nak masak ringkas-ringkas aje. Nak masak Bihun Goreng Singapore Yang Super Sedap. Tau ke sebab apa, sebab urusan kat parlimen tu tak habis lagi. Panjang pula kali ni nak putuskan siapa yang layak jadi Perdana Menteri. Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Tapi hakikatnya kalau hangpa nak tahu. Ini semua ada dalam perancangan Allah. Allah yang buat segalanya.

Bihun Goreng Singapore Yang Super Sedap

Ok lah, tanpa berlengah masa lagi min nak umumkan Resepi Bihun Goreng Singapore Yang Super Sedap nie. Hahaha..ayat nak masak bihun dia kalah ayat nak buat pengumuman siapa jadi PM lepas ni kan? 


Jadi hangpa yang nak cuba masak Bihun Goreng Singapore Yang Super Sedap ni. Bolehlah rujuk resepi dan cara nak masak dia kat bawah nie yea.

Bahan Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan: 

300 gm daging  - rebus hingga empuk & simpan air rebusannya 

800 ml air                

600 gm bihun- rendam sebentar & tos kan 

200 gm minyak 

1 labu bawang besar - hiris 

5 ulas bawang merah-hiris 

5 ulas bawang putih- hiris 

2 cm halia  kisar halus 

150 gm daging rebus- hiris kecil 

20 ekor udang   

4 ekor sotong - potong bulat 

400 ml air rebusan daging    

2 sudu kecil serbuk pati ayam    

Garam secukup rasa   

1 sudu kecil serbuk lada putih  

2 keping kek ikan - hiris memanjang 

½ batang lobak merah - hiris memanjang 

5 tangkai sawi - potong pendek 

4 biji telur   - rebus & potong 

5 batang daun sup - hiris halus 

1 tangkai cili merah - hiris halus 

tumis bahan Bihun Goreng Singapore

Cara-cara: 

1 Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bahan kisar - kacau hingga garing.

2 Masukkan ayam, udang, sotong.

3 Kemudian masukkan air dan didihkan sebentar.

4 Masukkan bahan perasa dan kacau.

5 Masukkan mihun, kacau perlahan-lahan.

6 Setelah itu, masukkan kek ikan dan sayur-sayuran. 

7.Kacau hingga lembut. 

8.Angkat dan taburkan telur, daun sup dan cili merah. 

9.Hidangkan dengan cili jeruk.

Selamat mencuba..

kredit : chef amer

Kan dah siap Bihun Goreng Singapore Yang Super Sedap tu. Mudah aje kan. Sambil-sambil masak tu nak buat kerja lain pun boleh aje nie. Dah siap buat kerja, bihun goreng singapore pun siap juga. Dah boleh makan.

Baca juga: Panduan Bisnes Burger

Hangpa ada ker stok kat rumah cili jeruk nak makan nak bihun tu? Kalau dah ada boleh makan. Kalau tak ada, nanti min share resepinya lepas nie, boleh buat sendiri aje. Tak susah.Nak masak lauk untuk hari ni min cadangkan Ikan Siakap Stim ala Thai dengan Resepi Sambal Tumis Terung nie. Gerenti terbaik punya.


Jom masak..

1 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.