Resepi Petai Tumis Telur & Sotong Kering yang sangat sedap. Oleh kerana min balik kampung mengundi hari tu jumpa petai banyak, jadi tergerak la nak makan dan masak resepi berasaskan petai. Jadi min pun angkut lah petai balik ke rumah. Yang ni kalau makan satu aje nak pesan. Makanlah bersama durian nak elakkan bilik air berbau semerbak petai. Kalau hangpa dah biasa ok aje, ni pesanan bagi yang tak biasa.
Resepi Petai Tumis Telur & Sotong Kering yang sangat sedap |
Resepi Petai Tumis Telur & Sotong Kering yang sangat sedap mudah aje nak buat. Bahan utama petai, telur dan sotong kering aje. Makan ni memang boleh buat nasi tak cukup satu pinggan tau. Jadi masa makan tu pandai-pandailah hangpa kontrol tambah nasi tu yea. Takut lari aje diet harian nak makan nasi suku pinggan tu.
Ok lah, bagi yang nak cuba Resepi Petai Tumis Telur & Sotong Kering yang sangat sedap nie boleh ikut resepi yang sis lusiaa_VV kongsikan kat bawah nie yea.
Resepi Petai tumis Telur & Sotong Kering ni sangat sedap taw‼️
Jom buat untuk lunch harini
Confirm terangkat
BAHAN-BAHAN:
300gm petai – dikupas kulit
12 biji telur puyuh rebus
3 sudu makan sotong kecil kering – dibasuh sedikit
Garam dan gula secukup rasa
1 ruas lengkuas – ditumbuk
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK HALUS:
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
15 biji cili padi
2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta lengkuas hingga wangi.
Kemudian masukkan sotong kering kecil dan juga petai. Gaul rata.
Seterusnya masukkan telur puyuh. Jika sambal terlalu kering, masukkan sedikit air.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Bila sambal tumis sudah masak dan sekata, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
kredit : lusiaa_VV
Mudah aje kan nak masak Resepi Petai Tumis Telur & Sotong Kering yang sangat sedap. Campak-campak bahan, jaga api masuk bahan itu ini sikit dah siap untuk dinikmati. Dah makan nanti jangan lupa doakan min juga yea. Baca doa makan pun jangan lupa tau.
Baca juga: Resepi Nasi Daging Utara Terlajak Sedap
Min sebok sikit minggu ni, parlimen tergantung lagi. Nak pegi jenguk juga apa yang dah jadi dengan parlimen tu. Udah-udah la ahli politik nie pun nak berebut jawatan. Bersatulah untuk kebaikan agama,bangsa dan negara.
1 Comments
tak pernah buat lagi petai masak sekali dengan telur puyuh, idea yang menarik ni
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.