Resepi Nasi Daging Utara Terlajak Sedap

Resepi Nasi Daging Utara Terlajak Sedap. Hangpa percaya tak kalau min cakap nasi daging utara terlajak sedap ni boleh buat makan bertambah-tambah. Mulanya tak percaya juga, dah cuba betul lah,bertambah-tambah makan. Nak jaga diet dah jadi tak diet dah sebab makan dah tambah banyak kali.

 Resepi Nasi Daging Utara Terlajak Sedap

Resepi ni sesuai kalau hangpa nak masak untuk jamuan kecil-kecil kat rumah. Resepi ni min ambil dari sis Noor Ashikin Saerah yang share. Jadi sesuai sangatlah nak ikut resepi nie kalau nak masak untuk kenduri kecil kat rumah. Kot ada sedara yang nak datang singgah berjalan atau nak buat majlis kecik-kecik boleh sesuaikan resepi ni. 

Resepi Nasi Daging Utara Terlajak Sedap

Nasi Daging & Air Asam Kerisik

Bahan-bahan (10 orang):

Air Rebusan Daging & Sup (A)

• 2 inci halia*

• 4 ulas bawang putih*

• 1 sdb lada hitam*

• 1 kg daging lembu

• 1 sup bunjut

• 2 sdb rempah sup

• 4L air

• (B)

• Garam secukupnya

• Hirisan daun bawang & bawang goreng

Cara Penyediaan:

- Kisar bahan² yang bertanda *.

- Masukkan bahan kisar & bahan² (A) yang lain ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan lagi air sekiranya perlu.

- Tapiskan air rebusan. Asingkan daging & air rebusan yang secukupnya untuk memasak nasi.

- Potong daging kepada ketulan kiub & ketepikan.

- Panaskan semula baki air rebusan daging. Perasakan dengan garam secukupnya.

- Taburkan dengan hirisan daun bawang & bawang goreng.

Nota:

- Daging juga boleh direbus dengan menggunakan periuk tekanan.


Nasi Daging Utara Terlajak

Nasi Daging

• 4 sdb mentega

• 1 batang kulit kayu manis

• 2 kuntum bunga lawang

• 3 biji buah pelaga

• 4 helai daun pandan

• 1 biji bawang besar (hiris)

• 4 ulas bawang putih (hiris)

• 2 sdb rempah sup

• 1 biji tomato (cincang kasar)

• 4 cawan beras

• Daging rebus yang telah dipotong

• 5 cawan air rebusan daging

• 1 cawan susu cair

• 1 sdb pati ayam/ 1 ketul kiub pati ayam

• 2 pokok daun ketumbar

• Segenggam kismis

• Segenggam bawang goreng

Cara Penyediaan:

- Cairkan mentega di dalam periuk.

- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga daun pandan, hirisan bawang besar & hirisan bawang putih. Tumis seketika.

- Masukkan pula rempah sup & tomato. Gaul rata.

- Masukkan beras, daging rebus yang telah dipotong, air rebusan daging, susu cair & pati ayam. Kacau rata.

- Tutup periuk. Masak nasi dengan api kecil sehingga masak (20-30 minit).

- Pada ketika nasi ¾ masak, masukkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng.

Nota:

- Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ketika menumis.

- Boleh gantikan/ tambahkan rempah sup dengan rempah kurma.

- Nasi ini boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa.


Air Asam Kerisik Nasi Daging Utara

Air Asam Kerisik

• 3 biji bawang besar*

• 30 biji cili padi*

• 3 biji tomato*

• 3 sdb asam jawa

• 1 cawan air

• 1 sdb belacan

• 2 sdb kerisik

• 2 biji limau nipis

• 2 sdb gula pasir

• 1 sdb budu/ sos ikan

Cara Penyediaan:

- Hiris bahan² yang bertanda *.

- Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja.

- Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging.

Nota:

- Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam.

kredit : Noor Ashikin Saerah


Dah siap resepi nasi daging utara terlajak sedap nie, banyak sikit langkah nak buat hidangan nie. Tapi biasalah kan buat jenis masakan nasi-nasi nie memang macam kena buat banyak kerja sikit. Dah siap masak baru rasa berbaloi dengan apa yang kita masak tadi. 

Baca juga: Panduan Bisnes Burger

Ok lah. Nanti cuti hari minggu ada sedara nak datang ke nak buat kenduri ker. Boleh lah test power masak resepi nasi daging utara terlajak sedap nie. Masak lepas tu pos kat min juga tau. 

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.