Hari ni nak masak Resepi Chicken Chop Rangup Enak Tak Terkata. Nak makan makanan western pula. Berubah rasa sesekali. Makan sampai tak sedar habis 2-3 keping Chicken Chop tu kalau yang jenis rangup tu. Makan macam nie tak makan dengan nasi memang boleh aje habis berkeping-keping kan? Tak percaya nanti hangpa masak lepas tu cuba, mesti jadi punya. Sedar-sedar dah tinggal pinggan aje.
Resepi Chicken Chop Rangup Enak Tak Terkata! |
Resepi chicken chop rangup enak tak terkata nie hasil perkongsian resepi sis Haney. Resepinya mudah aje nak buat, bahan pun tak banyak nak campur. Jadi kalau buat masakan nie sekejap aje boleh siap dan makan. Makan ramai-ramai dengan keluarga atau dengan geng bujang di rumah mesti laju aje nie.
Resepi Chicken Chop Rangup Enak Tak Terkata:
Bahan-bahan:
* 1 keping bahagian dada ayam
* 1 biji telur
* 1 sudu tepung bestari
* 1 sudu tepung ubi
* Serbuk roti secukupnya
* Minyak untuk menggoreng
Resepi Chicken Chop Rangup Enak Tak Terkata |
Cara-cara:
1. Celupkan dada ayam yang telah dihiris nipis ke dalam telur, tepung bestari, tepung ubi dan secubit garam.
2. Gaulkan sehingga agak pekat – boleh tambahkan tepung jika masih cair
3. Kemudian celupkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan dan sedia untuk dimakan bersama mayonis atau cheezy mayo.
Kredit: Kak Haney
Baca juga: Panduan Bisnes Aiskrim RM5K Sebulan
Jadi dah selesai nak buat resepi chicken chop rangup enak tak terkata nie. Nanti hangpa masak ingat tau, ajak min join juga. Min suka chicken chop rangup nie. Tambah kalau yang free orang nak bagi. Lepas aje makan min pun balik la. Nak kena pergi tengok kemeriahan perang bendera nak raya 2-3 hari lagi. Agak-agak siapa la yang menang kali nie kan?
Baca juga: Resepi Rojak Tauhu Sedap
Ok lah min nak buat kerja. Jangan lupa masak tau..
2 Comments
Alaaa sedapnya...tp SA kena makan benda2 lembut je sementara ni...sebab tonsil problem...
ReplyDeleteWaa akak jadi lapar pulak tengok ni memalam..sedapnya
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.