Resepi Rojak Tauhu Sedap

2019-09-25

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Resepi Rojak Tauhu Sedap.  Yea rojak, yam-yam delicious dalam bahasa kampung sana. Tak pun mudah cakap sedap. Rojak ni antara makanan kesukaan min juga. Resepi rojak tauhu sedap ni, jika  kena dengan kuah dan bahan-bahannya memang sedap. Cukup rasa dengan lemak kacang dan bahan-bahan lain yang boleh membuatkan penggemarnya tak ingat nasi bila kena rojak tauhu mcm ni.
Resepi Rojak Tauhu Sedap , Rojak Tauhu, Rojak
Resepi Rojak Tauhu Sedap

Ada kawan-kawan yang juga suka rojak tauhu ni, makan sampai bertambah-tambah. Hari ni min nak kongsi cara buat resepi rojak tauhu sedap. Nanti penggemar rojak tauhu boleh buat sendiri berpandukan resepi yang dikongsikan dibawah.

Bahan Kuah Rojak Tauhu Sedap 
Cili kering 10 tangkai (blend halus)
Sos cili 1/2 cawan
Belacan 2 inci
Gula merah 1 cawan
Gula pasir 1/2 cawan
Kicap pekat manis 1/3 cawan
Air 1 cawan
Tepung jagung 3sb

Cara buat Resepi Rojak Tauhu Sedap
1) Campur semua bahan kecuali tepung jagung.

2) Masak sampai gula semua cair dan mendidih. Pastu masukkan tepung jagung kacau-kacau sampai pekat likat memikat, kemudian disejukkan.

3) Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas tauhu, taugeh, timun dan kangkung. Gaul-gaul sampai bercampur kesemuanya.

Resepi Rojak Tauhu Sedap
Resepi Rojak Tauhu Sedap

Bahan tambahan Resepi Rojak Tauhu Sedap
1) Tauhu di goreng dan kemudian dipotong  dua.

2) Kangkung dibersihkan dan celur - jangan celur lama sangat

3) Taugeh dibersihkan dan di celur - jangan celur lama sangat. Nanti tak best makan bila lembik.

4) Timun dipotong kecil ikut suka la yea.

Sekarang dah siap, bahan-bahan rojak tauhu di masukkan dalam pinggan dan boleh dimakan bersama kuah royak yang dah dibuat. Nanti jangan lupa masak sendiri Resepi Rojak Tauhu Sedap yea. Nanti boleh masak bubur kacang juga.

Selamat mencuba.
Share

10 comments:

  1. :) SINGGAH PAGI

    ReplyDelete
  2. terliur nengok rojak tauhu tuh... kuah dia kalau sedap, makan dengan apa je mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kena buat bagi sedap syaratnya.

      Delete
  3. sedap rojak tu.. lame dah tak makan.. done follow sini yang ke #390 jemput singgah blog saya juga ye.. terima kasih

    ReplyDelete
  4. fuh makan petang pun sempoi juga kan

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa... nti boleh cuba.. :)
    Apa khabar tuan rumah?? lama tak kesini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba, sedap rojak tauhu.
      Alhamdulillah. Terima kasih atas kunjungan.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2019 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan