Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

2019-09-22

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap.Bila sebut tomyam, mesti ramai yang akan terbayang tomyam yang berkuah tu kan. Tapi kali ni min nak kongsi resepi yang berbeza sikit hasil olahan resepi Mazliza Ahmad. Kena dengan caranya memang membuka selera pekena resepi tomyam ni. Pasti ramai yang akan sukan resepi ni. Jom sama-sama kita lihat bahan dan cara-cara nak memasaknya..

Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap,
Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

Bahan-bahan Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

Ayam 8 ketul(bersihkan dan  potong kecil dan goreng garam kunyit)
*30 tangkai cilipadi hijau + merah
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
1 sudu mkn pes tomyam
1 batang serai
5@6helai daun limau purut
Setengah biji tomato-hiris nipis
Garam dan perasa (ikut cita rasa)
1 biji bawang besar-hiris bulat

Cara-Cara Memasak Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

Kisar bahan bertanda *
Tumis bahan hingga naik bau..
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan pes tomyam
Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dalam sambal)
Masukkan garam dan perasa
Akhir sekali masukkan ayam dan bawang hiris..
Siap!

Mudah aje bahan dan cara nak masak Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam sedap ni. Dah masak nanti makan tu jangan lupa kat min pula.

Jangan lupa share kat kawan-kawan juga resepi ni..bye..

Share

9 comments:

  1. Nak kena cuba ni nampak sedap

    ReplyDelete
  2. mesti sedap dan semerbak bau nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, bau daun limau campur dengan tomyam.

      Delete
  3. sedap tuuu.. kreatif resepi nya..

    ReplyDelete
  4. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2019 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan