Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat


Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat. Kerang ni antara makanan kegemaran min. Tapi tengok juga  kerang macam mana. Kalau pergi kedai beli kerang min tengok juga 2-3 kali sebelum tu. Takut kerang busuk. Nyanya nak masak kerang busuk. 

Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat

Oleh kerana hari nie jumpa kerang elok jadi min setuju la nak masak Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat. Pedas nie masing-masing nak masak boleh ejas sendiri nanti. Nak pedas masuk banyak cili, kalau tak nak pedas masuk 2-3 biji aje lah. Kan masuk banyak-banyak dah masak hangpa tak makan pula kerang masak cili tu. Jadi sesuaikan ikut selera masing-masing yea.


Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat nie perkongsian dari sis nur kasih fiezaimi. Min ambil lepas tu olah sikit ikut citarasa sendiri pula. Hangpa nak cuba boleh ikut resepi nie yea.


Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat

Bahan-bahan :

1) Bawang Besar 2 biji

2) Bawang putih 4 ulas

3) Halia 1 inci

4) Cili besar merah 2 biji

5) Cili padi merah 10-12 biji

Blend bahan dari no 1 ke no 5

6) Serai 2 batang hiris panjang panjang

7) Sos tiram

8)Sos cili

9) Perasa

10) Lada benggala (ikut suka nak letak@ tidak)

11) Kerang rebus kopek kulit sebelah


Cara-cara masak simple sangat:

1) Tumis serai

2) Masukkan bahan yangg telah dibleand

4)'Masukkan sos tiram sos cili perasa dan lada benggala jika suka

5) Akhir sekali masukkan kerang

6) Siap dihidangkan

kredit: nur kasih fiezaimi 


Apa macam menjadi tak Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat nie. Macam min cakap tadi kepedasan tu ikut selera masing-masing yea. Jangan nanti sakit perut tak tahan makan pedas salahkan resepi pula. Pandai-pandai lah hangpa ejas nak masuk cili banyak mana yea.

Baca juga: Resepi Donut Red Velvet Buat Suami

Dah tak lama nak memilih raya nie. Perang bendera dah penuh tepi-tepi jalan. Redup jalan musim  nie dengan suasana kibaran bendera yang macam-macam warna dan lambang. Yang bebas pun boleh tahan banyak juga kali nie.


Ok lah.. Jom masak..

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.