Resepi Donut Red Velvet Buat Suami


Donut Red Velvet sebenarnya min pun suka, sedap donat donut red velvet nie lain macam. Biasa makan donut yang warna kuning suam-suam aje kan. Kalau yang red velvet ni memang mood nak makan dia tu lain macam sikit. Jadi min nak kongsi resepi donut red velvet yang Sis AienLatiff nie masak  untuk suaminya. Sis Aien nie sayang betul kat suami dia, pantang minta buat terus. 

Jadi suami-suami diluar sana hargai lah isteri-isteri anda sebaiknya. Kalau nak makan boleh minta isteri masakkan. Kalau tak tahu ajar lah dia sebaiknya. Kalau nak mudah minta isteri masak, kalau isteri tak tahu awak masak la untuk isteri tu.. Kalau tak tahu juga order la kat kedai..haha..

Ok lah, min nak share resepi yang sis Aien ni share dan cerita dia macam mana boleh nak masak resepi donut red velvet nie. Jom baca yea.

Resepi Donut Red Velvet Buat Suami


Resepi Donut Red Velvet Buat Suami

Alhamdulillah...1time mendonut dlm seumor idop    mlm td somi req donut ..ary nie trs bini try...rasa bangga jp   ..sbb donut gebu elokkkk...lembutttt walaupun sjk...    Rupenye senang je buat donut...dolu² ingt ssh lps nie confrm rajin mendonut    buat sekilo tepung...balance buat frozen  

#DonutRedVelvetByAienLatiff

Resepi Donut Red Velvet

BAHAN A

3 sudu besar yis

3 sudu besar gula

Air suam ( air tak boleh terlalu panas & terlalu sejuk..nanti yis mati..tak kembang

Satukan bahan di atas...kacau sebati smpai berbuih dan tunggu smpai yis kembang

Doh yang dah diuli

BAHAN B

1kg tepung gandum

3 sudu besar marjerin

3 sudu susu pekat

2 sudu red velvet emulco ( saya bancuh dgn air sedikit )

Secubit garam


Cara-caranya

Gaulkan bahan-bahan sampai sebati...lepas tu masukkan bahan A tadi. Uli sampai licin dan tak melekat kat tangan.

Rehatkan doh dalam bekas yg tertutup sehingga doh kembang.

Lepas doh dah kembang..tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut tadi.

Goreng dengan api sederhana


Goreng dengan minyak panas .. Api sederhana kecil..

Donut yang dah siap digoreng

Siap goreng boleh salutkan dengan gula @ coklat...ikut citarasa masing-masing    

Senang aje kan... Selamat mencuba


Dah pun siap kan, jadi min nak cuba juga lepas ni. Harap-harap menjadi la macam dalam gambar tu yea. Nanti kalau dah cuba jangan lupa share dengan min juga yea. Masak lebih sikit boleh bagi kat jiran-jiran juga. Boleh cuba pula masak bubur pula lepas nie.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.