Jeruk Ikan Masin Tenggiri

 

Jeruk Ikan Masin Tenggiri.  Kali ni min nak kongsi resepi yang boleh buat lalat berkeliaran dekat dengan hampa kalau tak kena cara. Risau pula dengar intro min kali nie.Haha.. Tak ada apalah, kalau pandai jaga kebersihan masa masak. Tak ada maknanya lalat nak datang berkawan dengan hangpa. Kalau tak pandai jaga kebersihan, tak masak pun lalat boleh datang kerumun tau. Ok lah.

 

Jeruk Ikan Masin Tenggiri


Kali ni nak share resepi Jeruk Ikan Masin Tenggiri. Tak perlu nak beli online dah. Jimat lagi diyakini apa yang kita masak dan nak makan lepas tu kan. 

Jeruk Ikan Masin Tenggiri


Jom tengok cara yang  sis Suria Abdullah kongsikan nie. Nanti boleh ikut dan buat sendiri yea Jeruk Ikan Masin Tenggiri.

..

 Jeruk Ikan Masin Tenggiri


Assalamualaikum..Seperti yg saya janjikan,di sini saya kongsikan cara2 nak buat JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yg dalam minyak...

Seterusnya πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€..

Ikan tenggiri ( nak guna gelama atau senangin pun boleh..senangin mahal,harga lebih kurang tenggiri..ikan gelama murah sikit..gelama isi dia pun sedap..)

Bahan perapam:

Cuka makan

Asam keping (kat tempat saya 1kg rm26)

Garam kasar (1kg 70cen)

Bekas kedap udara (rahsia dari org melaka,bila dia tahu saya buat jeruk ikan tenggiri ni,dia bilang,nak lagi sedap kau peram dalam tempayan..Saya dah buat..memang lagi sedap πŸ˜€)

Sekarang bukan rahsia lagi πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜‚

Cuma bekas tempayan tu mahal kat sini πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜…..

 Jeruk Ikan Masin Tenggiri


Langkah pertama πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†..

Ikan kasi cuci bersih ya..Saya korek darah yg kat tulang tengah tu πŸ˜‚..

Toskan ikan ..kering kan dengan cara lap guna tisu makan (ni untuk makan sendiri)

Saya jemur sekejap(kurang setengah jam) dalam cuaca yg panas..(ini cara saya,sebab saya buat dalam kuantiti lebih 50kg) kalau nak jemur pun boleh..tapi jangan terlalu lama..nanti isi ikan akan kecut dan keras..

Dah siap di keringkan..

Rendam sekejap dalam cuka makan..

Rendam kurang seminit..

Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara..

Letak ikan,tabur lagi garam kasar..letak asam keping(jgn banyak sangat,nnti dia masam sangat,tak sedap πŸ˜…)..

 Jeruk Ikan Masin Tenggiri


Ulang2 sampai ikan habis..

Tutup rapat2 ikan..biarkan 7 hari..

Dah 7 hari,buang air perapam..bilas ikan..bilas sikit2 je jah..jangan terlalu cuci,nnti isi ikan hancur πŸ˜…..

Masukkan ikan dalam bekas lain..tuang minyak masak yg baru...

Biarkan ikan terendam..lebih kurang sejam dah boleh goreng..

Cadangan hidangan :

Nnti saya kongsi lagi .panjang2 ni rajin ke membaca?

 Jeruk Ikan Masin Tenggiri


Saya nak lukis tak pandaiπŸ˜‚..

Ok lah..tengiri tempat saya mahal..cari lah yg pecah perut..kat sini satu kg pecah perut rm15..

Nak yg baru pun boleh je..1kg 28

Ok jah...rajin nak buat?

Kalu malas beli yg keluaran produk muslim tau..

Di jamin halal dan bersih...

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Credit : Suria Abdullah

.

Ok macam mana, boleh ikut tak. Mudah aje nak buat Jeruk Ikan Masin Tenggiri tu. Ada macam-macam resepi ikan yang boleh dimasak juga. Min nak cuba juga bila ada masa nanti.  Maklumlah min nak jadi calon nak pilih dan beraya tak lama lagi. Sibuk memanjang musim nie ke sana sini. Haha.. Hangpa jangan lupa sokong min tau. Share resepi ni pun jadi la tanda sokongan atas resepi kali ini.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.