Resepi Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap

Resepi Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap.  Oleh kerana hari ni kerajaan bagi cuti nak mudahkan rakyat balik mengundi, jadi min sebagai rakyat menyambut baik usaha murni kerajaan. Hari nie min nak masak simple aje sabab nak balik mengundi juga. Mudah cerita min nak masak Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap

Resepi Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap

Senang aje nak masak Apam Bakar Kelantan nie. Ikut aje resepi yang sis zaimah zakaria share nie. Insyallah jadi lah nak merasa apam Kelantan nie. Min pun pertama kali nak cuba, biasa tengok kat kedai aje. Tunjuk-tunjuk bayar kuih apam kelantan nie. Kali nie kita masak sendiri pula.


Ok lah, Resepi Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap nie min share nanti pakat-pakat buat yea.Bagus buat makanan kuih muih macam nie. Mudah nak bawak ke mana-mana, sebab mudah nak makan kan. Ambil ngap aje.

First time buat ni.. pernah makan tak?


Resepi Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap

Bahan:

300 gram tepung beras

130 gram gula pasir

1 sudu kecil garam

1 kotak kecil santan(200 ml)

2 sudu kecil yis

4@5 biji pisang mas/berangan

4 ketul tapai ubi

1 sudu kecil lada hitam *

1 inci lengkuas*

1 inci halia*

2 biji bawang merah kecik *

200 ml air*

 Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap


Cara-caranya:

-Kisar bahan-bahan bertanda *.. tapis ambik airnya sahaja(sukat dapatkan semula 200ml)

-Lenyek pisang, tapai ubi dengan garam dan gula sampai hancur

-Masukkan tepung beras dan santan

-Yis tu boleh bancuh dengan air yang ditapis tadi

-Masukkan ke dalam adunan.. kacau sampai semuanya sebati

-Perap selama 2 jam..

-Panaskan kuali sapu sikit minyak.. tuang 2 senduk ke dlm kuali

-Bila bahagian bawah dah masak.. balikkan sebelah atas

-makan dengan kelapa parut yang di gaul dengan secubit garam

Selamat Mencuba

Kredit: zaimah zakaria


Mudah aje kan nak masak Resepi Apam Bakar Kelantan Simple Tapi Sedap. Dah siap-siap masak boleh makan. Kalau hangpa nak balik kampung jauh-jauh boleh letak aje dalam tupperware lepas tu boleh makan sambil-sambil dalam kenderaan tu. Harap-harap selamat perjalanan pergi dan balik  kembali ke rumah tu nanti. Jangan lupa baca doa makan masa makan dalam kenderaan tu.

[+] Panduan Bisnes Kambing Di Kampung

Min nak balik kampung dengan terbang la kali nie, cepat sikit sampai. Rasanya balik kampung musim macam ni mesti jem aje jalan kat mana-mana tempat kan. Tambah dengan cuaca hujan lagi. Jadi berhati-hati semasa memandu. Min doakan perjalanan kita semua selamat.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.