10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi


10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi. Hangpa yang nak mengundi esok dah tahu ke cara-cara nak mengundi atau biasa kita dengar nak membuang undi. Membuang undi tu bukan buang undi bagi tak jadi @ nak rosakkan undi. Tapi membuang undi tu macam bahasa 'manis' bagi pengundi-pengundi yang hadir ke pusat pengundian untuk menjalankan tanggungjawap mereka sebagai pengundi nak undi atau nak pilih calon-calon yang mereka nak lantik bagi mentadbir negara untuk 5 tahun akan datang.

10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi

Jelas kan?

Oleh kerana mengundi nie 5 tahun sekali, jadi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ada menyediakan panduan ringkas bagi nak ingatkan atau nak hangatkan balik pengundi-pengundi apa yang perlu dibuat pada hari mengundi. Tak ada lah nanti sebok dok bertanya depan kaunter mengundi tu itu ini pasai langkah-langkah yang perlu dibuat semasa nak mengundi.


Min nak share kat hangpa semua kalau terlupa apa yang perlu dibuat semasa hari mengundi pada esok hari yea. Baca 10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi yang pihak SPR sediakan dibawah nie. Insyallah esok masa hari mengundi tu hangpa tak tercengang nak buat apa.


10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi:

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang mengawal selia pintu masuk.

2. Serahkan mykad/dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

3. Kerani pengundian pertama akan memberikan mykad/dokumen pengenalan diri kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.

4. Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua.

(kerani pengundian pertama akan membuat penandaan nama anda dalam buku daftar pemilih pilihan raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol dakwat pilihan raya).

5. Terima kertas undi dari kerani pengundian ketiga.

6. Bergerak ke meja ketua tempat mengundi (ktm) untuk meninggalkan telefon bimbit.

(semua proses pengundian dijalankan dalam kehadiran ejen-ejen tempat mengundi yang bertugas).

7. Maju ke petak undi dan tandakan "x" pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi menggunakan pen. Pilih satu calon sahaja.

8. Masukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.

9. Bergerak ke meja ktm sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit. 

10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Sumber -FB SPR

PILIHAN RAYA UMUM KE-15

Bagi hangpa yang nak tahu info lanjut lagi berkenaan PILIHAN RAYA UMUM KE-15 nie. Hangpa boleh rujuk ke halaman SPR nie PILIHAN RAYA UMUM KE-15.


Dah balik mengundi tu nanti jangan lupa masak pula tau. Tak pun masak siap-siap sebelum pergi mengundi. Tak ada nanti lapar ahli keluarga yang kat rumah yang tak layak lagi nak mengundi. Hangpa boleh masak resepi ayam atau ikan nie yea.

Baca juga: Panduan BisnesTiktok Shop Mudah 

Nanti share kan info nie juga kat saudara mara hangpa yang nak mengundi pada 19/11/2022 (esok) yea. Pilihlah calon-calon yang berwibawa yang banyak memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Jangan sesekali pilih calon yang sebaliknya. Hangpa faham tak calon yang sebaliknya tu apa, jenis yang banyak makan rasuah, banyak merosakkan agama, suka susah kan rakyat dan yang sama maksudnya dengan nya. Hangpa dah besar tahu lah bezakan apa yang baik dengan yang tak baik kan?

Ok lah, min nak masak dulu.. bye. Selamat mengundi esok.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.