Resepi Daging Masak Hitam Simple Bertambah Nasi

 

Resepi Daging Masak Hitam Simple Bertambah Nasi. Oleh kerana hari nie min dah duduk dikampung nak membuang undi dalam bahasa orang sekarang. Jadi min nak masak special gitu. Dah tak sibuk sangat dengan urusan kerja dan macam-macam lagi. Jadi min ambik masa nak masak sedap-sedap sikit. Min nak masak Resepi Daging Masak Hitam Simple Bertambah Nasi

Resepi Daging Masak Hitam Simple

Sedap tak sedap mana, bila makan nie boleh jadi bertambah nasi dari satu kedua tiga pinggan dibuatnya. Resepi daging masak hitam tak susah masa kalau nak masak dia. Ikut resepi yang kat bawah nie insyallah jadi dan terasalah kesedapan resepi daging masak hitam tu.


Bila nak masak nanti boleh ikut Resepi Daging Masak Hitam Simple Bertambah Nasi ni yea.

Resepi Daging Masak Hitam Simple Bertambah Nasi

Bahan-bahan Resepi Daging Masak Hitam:

1 kilo daging..rebus hingga empuk dan potong ikut suka..

1 batang kulit kayu manis

4 kuntum bunga lawang

1 1/2 pcs asam keping(kalo buh air asam jawa buh 1/2 cawan)

1 sudu besar gula merah

Kicap manis secukupnya

Kicap masin secukupnya

Sedikit bahan perasa(jika suka)

1 peket kecik kerisik

3 batang serai(diketuk)

2 cawan air

3 senduk minyak untuk menumis


Bahan Kisar Resepi Daging Masak Hitam:

20tangkai cili kering(ikut suka pedas)

2 biji bawang besar(kalo x berapa besar buh 3 biji)

5-6 ulas bawang putih

1 sdb biji ketumbar

1 sdb jintan manis

Halia sebesar ibu jari nak 2


Cara-caranya:

Panaskan minyak..masuk serai dan goreng sekejap..masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis..dah wangi masukkan bahan kisar,asam keping dan gula..tumis hingga bahan kisar naik minyak elok...masukkan kerisik,kicap manis dan kicap masin..bila dah naik minyak..masukkan daging dan air..

Masak hingga kuah pekat dan daging elok lembut(kalau daging tak empuk taruh sikit air dan masak hingga empuk).


Dah siap hangpa boleh rasa garam dia, kalau kurang tambah lagi. Boleh rasa-rasa mana yang rasa kurang lagi boleh tambah ikut selera. Dah rasa ok boleh padam api dan siap.

Jom baca: Panduan Bisnes Makan Delivery

Taa..da.. Siap dah Resepi Daging Masak Hitam Simple Bertambah Nasi. Makan waktu panas-panas memang bertambah nasi dibuatnya. Kalau nak masak sayur kailan ikan masin dengan daging masak merah boleh juga. Lepas ni jangan lupa pergi mengundi tau.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.