Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap. Hari ni cerita tentang masak lagi. Maklumlah bulan ramadhan. Bulan yang membuatkan seseorang rasa rajin sedikit nak masak-masak. Nak beli di kedai boleh. Tapi rasa tak puas. Masak lebih puas rasanya. Sedap dan boleh masak banyak-banyak. Sekali masak boleh makan untuk berbuka dan bersahur sekali. Jimat masa dan wang sikit. Maklumlah, lepas ni nak masuk bulan raya pula kata orang.
![]() |
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap |
Pada 1 Julai 2015 seperti yang kita sedai maklum. Harga minyak naik lagi. Kali ni naik sebanyak 20 sen seliter untuk RON97 dan 10 sen seliter naik untuk RON95. Manakala harga minyak diesel kekal pada harga RM2.05 seliter. Jadi untuk harga terkini bagi RON95, RON97 dan Diesel pada bulan Julai 2015 adalah seperti di bawah:
RON95 - RM 2.15 Sen Seliter
RON97 - RM 2.55 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
Diesel - RM2.05 Sen Seliter
[+] Buat Duit Dengan Instagram Anda
Terkedu juga dengan kenaikan harga minyak ni. Tapi nak buat macam mana. Terima sahaja. Nak bising pun tak guna. Semuanya dah ditentukan oleh Allah SWT. Betul kan? Allah SWT yang jaga semua harga barang dan harga apa sahaja di dunia ni. Insyallah jika kita betul pada Allah dari segi amalan dan sebagainya. Pasti Allah SWT akan jaga dan bagi rezeki kepada kita semua walaupun bumi ini berlantaikan tembaga. Allah SWT boleh jaga dan bantu kita. Keyakinan ini perlu ada dalam hati setiap orang yang BERIMAN kepada ALLAH SWT.
Oklah, berbalik cerita perkongsian resepi daging masak merah ala Thai yang sedap ini. Saya kongsikan bahan dan cara-cara nak buat resepi ini juga. Jika kawan-kawan nak cuba resepi ini. Boleh cuba masak di rumah masing-masing yea.
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap
Kepada anda yang nak belajar memasak. Boleh gunakan panduan resepi dibawah ini. Jika yang dan hebat dalam masak-masak ini. Anda boleh olah dan tambah-tambah lagi mana-mana yang rasa perlu dalam masakan anda.
Bahan-bahan resepi daging masak merah ala Thai sedap
1/2 kg daging - potong kecil
2 ulas bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang besar - hiris
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
3 sudu besar sos tomato
2 helai daun limau purut
Sedikit daun sup dan daun bawang
1/2 biji lada benggala
1 cili merah
Lobak merah - jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat resepi daging masak merah ala Thai sedap
1) Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk.(Jika tak mahu letak pewarna pun ok untuk kesihatan)
2) Apabila sudah kering air rebusan daging, masukkan sedikit minyak dan goreng daging hingga kuning sedikit. Angkat.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul-betul masak/garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
4) Masukkan daging, lada benggala, daun limau purut, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Jika nak kuah banyak. Anda boleh masukkan sedikit air dan sos tomato.
5) Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera. Tabur daun sup dan daun bawang sebagai hiasan dan hidangkan. Siap.
[+] Rahsia Jaga Suami Tersayang
![]() |
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap. Gambar pinjam dari google |
Kenapakah saya ter buka blog cik manggis pada jam 9.00 pagi...
ReplyDeletehahahaha... tutup balik lah... nnt buka semula selepas berbuka puasa ya...hihihihi
Buka ambil resepi jangan tengok gambar-gambar tu.
Deletesodap nih.... resepi pun mudah je kan...
ReplyDeleteSedap akak. Insyallah boleh cuba masak.
Deletesalam ramadhan mak manggis, sedap sungguh ;p
ReplyDeleteSalam Ramadhan akak. Boleh cuba resepi daging merah ni akak.
Deletenasib singgah malam ke sini :)
ReplyDeletehaha..Terima kasih singgah akak. :-)
DeleteSedap, nanti boleh cuba lah;)
ReplyDeleteCubalah masak daging ni. Sedap
Deletealahai...semua blog ti buka semua ada resepi...semuanya nampak sedap..terima kasih bnyak2 kongsi resepi ni..
ReplyDeleteSedap. Nanti ti boleh cuba masak
Delete