Idea Menghias Rumah Sempana Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Idea Menghias Rumah Sempana Raya. Apabila bulan puasa tiba akan ada antara kita yang agak sibuk juga memikirkan tentang persiapan hari raya. Terutamanya bagi golongan wanita dan ibu-ibu yang sudah berkira-kira mencari idea menghias rumah sempena raya nanti. Hias rumah ni biasanya setahun sekali sahaja. Jika tak masuk rumah baru, musim raya adalah masa yang sesuai untuk menghias rumah.

Pastinya persiapan dan pencarian idea menghias rumah sempena raya ini bermula dari awal puasa lagi. Setiap hari mungkin para ibu dan kakak-kakak akan melihat setiap sudut yang dirasakan boleh dan penting untuk dihias bagi menambahkan seri pada hari raya nanti.

Idea Menghias Rumah Sempana Raya
Idea Menghias Rumah Sempana Raya
Apa yang penting adalah, dalam kita berkira-kira merancang dan mencari  idea menghias rumah sempena raya nanti. Patutlah juga setiap perancangan yang dibuat tidak akan membeban kita dikemudian hari dengan jumlah bajet yang melebihi dari kemampuan  kita. Ini kerana apabila hari raya tiba, banyak lagi keperluan yang perlu dipenuhi bagi menyambut hari raya aidilfitri nanti.

Jika diikutkan mahu sahaja setiap perabot, aksosori, cat rumah, langsir dan macam-macam lagi ingin digantikan dengan yang baru. Memang bagus jika semuanya baru. Pasti akan lebih berseri pada hari raya nanti. Namun semua ini perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Sejak ada GST sepatutnya kita kena lebih berkira-kira jika nak beli benda-benda baru.

Sememangnya kita semua berkehendakkan semuanya baru. Namun dalam membuat persiapan dan mencari idea menghias rumah sempena raya nanti langkah bersederhana dan berjimat cermat adalah langkah yang lebih selamat dan terpuji. Agama kita pun menggalakkan kita hidup secara sederhana.

Berikut saya nak kongsi tips-tips di dalam kita semua mencari idea menghias rumah sempena  hari raya ini.

Menggantikan Set Langsir
Menggantikan set langsir antara perkara yang mula-mula dibuat. Jika dirasakan set langsir rumah anda sudah lama dan tidak diganti, langkah menggantikan set langsir ini memang kena pada tempatnya. Jangan terlampau memilih kain yang berkualiti tinggi dan berjenama. Cukup sekadar menggantikan langsir anda dengan bajet pekej ekonomi yang memiliki corak yang cantik. Adalah lebih baik dipadankan dengan perabot ruang tamu dan warna cat dinding rumah anda. Insyallah ianya akan kelihatan menarik digayakan pada hari raya nanti.

Lakukan Perubahan Warna Dinding Rumah
Sememangnya warna memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan suasana dalaman sesebuah kediaman. Warna yang terang dan cantik akan mencerikan suasana dalaman rumah dan mendamaikan siapa sahaja yang melihatnya. Tidak perlu berbelanja besar jika anda pandai bermain dengan teknik warna dan pencahayaan di dalam melakukan perubahan dalaman rumah. Sememangnya impaknya cukup besar jika kena dengan gayanya apabila anda melakukan perubahan pada warna cat rumah ini.

Idea Menghias Rumah Sempana Raya
Idea Menghias Rumah Sempana Raya
Cari Sumber Rujukan Yang Membantu
Jika anda adalah seorang yang pakar dalam bidang hiasan dalaman pastinya ini semua tidak menjadi masalah buat anda. Sememangnya bagi mereka yang mahir, melakukan perubah dan hiasan dalaman bagi kediaman mereka pada musim perayaan adalah perkara biasa.
Dengan bajet yang lebih jimat mereka mampu mencorakan satu suasana baru yang mendamaikan kepada setiap tetamu mahupun ahli rumah yang melihatnya. Justeru ini adalah perkara pertama yang penting harus diberikan perhatian sebelum anda melakukan dan mencari idea menghias rumah sempena raya ini.

Dapatkan bantuan pakar hiasan dan dekorasi dengan kos yang jimat bagi menyambut kehadiran syawal tidak lama lagi. Jika anda berminat, anda boleh rujuk " Panduan Dekorasi Bajet " yang dikarang sendiri oleh Tuan Alam Anuar pakar dekorasi dan juga designer yang akan membantu anda mendapatkan  dekorasi bajet sempena raya nanti. Jika berminat ada boleh dapatkan disini--->> Dekorasi Bajet (klik sini)
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua di dalam mencari idea menghias rumah sempena raya nanti.
sumber gambar

9 Comments

  1. biasanya kalau nak hias rumah ni, 2-3 hari sebelum raya memang dah sibuk dah nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Farah. Dekat nak raya memang sibuk nak hias rumah dan persiapan raya yang lain. Boleh rujuk panduan di atas nak jimat deko raya nanti.

      Delete
  2. Buat masa sekarang kak zai belum lagi mengemas rumah dah tak ada apa yang baru. Cuma ubah susun atur perabut ajelah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengemas untuk sambut raya nanti memang kadang-kadang boleh jadi pening juga jika nak ubah susun atur dekorasi dalam rumah.

      Delete
  3. tukar mana yang perlu,okey kot?..idea memang banyak tapi bajet yang tak banyak..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boelh cuba-cuba dulu. Tak ok boleh uabh balik Sue. Boleh rujuk panduan di atas juga. insyallah boleh membantu.

      Delete
  4. Rumah kakak ni raya ke tak raya memang macam itulah juga. Paling ada ganti langsir itu pun yg lama juga cuma ganti yg bersih. Rumah comel nak gayakan pun susah. Pusing-pusing situlah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganti langsir perkara utama yang biasa di buat bila nak raya nanti kan kakak. Memang acara tahunan hias rumah bila dah dekt nak raya. Boleh rujuk panduan dekorasi bajet juga untuk panduan jimat dekorasi untuk raya ni.

      Delete
  5. uitss.... shantek nyer umah tuh... nak jadi housemate lah... ngeh ngeh ngeh.
    tak pun tumpang lokasi buat open house. hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.