Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Paprik Daging Sedap. Hari ni saya nak berkogsi acara masak-masak di bulan ramadhan yang mulia ni. Bulan ramadhan ni jika nak beli makanan dari kedai jenuh juga rasa. Bila dah kerap beli nanti tak tahu dah menu apa yang nak di makan lagi. Jadi jika rasa nak ubah selera makan di kedai. Saya tolong-tolong isteri masak yang mana mudah nak dimasak. Pada saya masak ni tak adalah susah sangat. Yang susah bila nak masak yang pelik-pelik dan jarang di dengar. Jika yang mudah biasanya sama sahaja. Cuma kita kena ubah sikit-sikit mana yang perlu. Memang seronok jika dapat masak sendiri dengan bekerja di rumah kan?
Oleh kerana daging yang dibeli tempoh hari masih berbaki dan juga bahan-bahan yang masih ada dalam peti ais, rasa macam sesuai nak masak benda ni. Hari ni saya berkongsi masakan resepi paprik daging sedap. Sedaplah bagi saya. Bagi orang lain tak pasti pula.
Bulan puasa ni memang selera cepat rasa teringin nak akan apa-apa. Nak beli kedai boleh juga. Cuma nak mengelakkan pembaziran bahan-bahan yang ada dari rosak. Saya masak aje resepi paprik daging sedap ni. Saya boleh berjimat dan bahan-bahan yang ada pun tak rosak macam tu sahaja.
Baiklah, saya nak kongsikan bahan-bahan dan cara nak masak resepi paprik daging sedap ni. Kawan-kawan yang nak cuba masak di rumah. Boleh cuba juga nanti yea.
Bahan-Bahan Resepi Paprik Daging Sedap
500 gram daging lembu
1/2 biji lada benggala (merah dan kuning)- potong dadu
250 gram bunga kobis - potong sekuntum-sekuntum
150 gram kacang panjang - dipotong lebih kurang satu inci
5 biji cili padi merah - dihiris ( jika nak pedas boleh tambah lagi)
3 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar - belah enam
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato saiz sederhana - pontong empat
4-6 batang jagung muda- potong pendek
Daun ketumbar - potong kasar
Bahan Sos Resepi Paprik Daging Sedap
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Cara Membuat Resepi Paprik Daging Sedap
1. Rebus daging sehingga empuk dan kemudian ditoskan airnya. Simpan air rebusan untuk digunakan dalam masakan ini bagi proses seterusnya. Setelah sejuk, potong daging nipis (anggaran biasa) secara melintang. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul sehingga rata dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan daging tersebut.
2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan serai hingga harum. Masukkan cili padi, daun limau purut dan daging. Kacau dan masak sekejap. Tambahkan air rebusan daging tadi.
3. Tambah bahan-bahan sos di atas, bunga kobis, kacang panjang, lada benggala, jagung muda dan kemudian digaul sehingga rata. Masukkan tomato dan masak sehingga sayur lembut. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau kesemua bahan tersebut dan rasa, jika ada nak tambah rasa, anda boleh tambah mengikut selera anda. Jika dah ok, anda boleh tutup api dan boleh dihidangkan.
[+] Rahsia Kerja Di Rumah Untuk Wanita (klik sini)
[+] Panduan Dekorasi Bajet (klik sini)
Dah siap resepi paprik daging sedap ni. Anda boleh cuba bila rasa nak masak ni yea.
Memang sedap dan tak perlu nak rasa makan di kedai jika tahu nak masak sendiri resepi paprik daging sedap ni. Gambar di atas saya pinjam dari google. Paprik daging sedap saya dah habis belum sempat nak tangkap gambar.
Semoga perkongsian resepi ini dapat membantu anda yang nak masak paprik daging sedap ini. Anda juga boleh cuba masakan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa ini. Sedap kena ikan macam ini juga.
Resepi Paprik Daging Sedap. Hari ni saya nak berkogsi acara masak-masak di bulan ramadhan yang mulia ni. Bulan ramadhan ni jika nak beli makanan dari kedai jenuh juga rasa. Bila dah kerap beli nanti tak tahu dah menu apa yang nak di makan lagi. Jadi jika rasa nak ubah selera makan di kedai. Saya tolong-tolong isteri masak yang mana mudah nak dimasak. Pada saya masak ni tak adalah susah sangat. Yang susah bila nak masak yang pelik-pelik dan jarang di dengar. Jika yang mudah biasanya sama sahaja. Cuma kita kena ubah sikit-sikit mana yang perlu. Memang seronok jika dapat masak sendiri dengan bekerja di rumah kan?
Resepi Paprik Daging Sedap |
Bulan puasa ni memang selera cepat rasa teringin nak akan apa-apa. Nak beli kedai boleh juga. Cuma nak mengelakkan pembaziran bahan-bahan yang ada dari rosak. Saya masak aje resepi paprik daging sedap ni. Saya boleh berjimat dan bahan-bahan yang ada pun tak rosak macam tu sahaja.
Baiklah, saya nak kongsikan bahan-bahan dan cara nak masak resepi paprik daging sedap ni. Kawan-kawan yang nak cuba masak di rumah. Boleh cuba juga nanti yea.
Bahan-Bahan Resepi Paprik Daging Sedap
500 gram daging lembu
1/2 biji lada benggala (merah dan kuning)- potong dadu
250 gram bunga kobis - potong sekuntum-sekuntum
150 gram kacang panjang - dipotong lebih kurang satu inci
5 biji cili padi merah - dihiris ( jika nak pedas boleh tambah lagi)
3 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar - belah enam
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato saiz sederhana - pontong empat
4-6 batang jagung muda- potong pendek
Daun ketumbar - potong kasar
Bahan Sos Resepi Paprik Daging Sedap
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Lada benggala yang sedap |
Cara Membuat Resepi Paprik Daging Sedap
1. Rebus daging sehingga empuk dan kemudian ditoskan airnya. Simpan air rebusan untuk digunakan dalam masakan ini bagi proses seterusnya. Setelah sejuk, potong daging nipis (anggaran biasa) secara melintang. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul sehingga rata dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan daging tersebut.
2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan serai hingga harum. Masukkan cili padi, daun limau purut dan daging. Kacau dan masak sekejap. Tambahkan air rebusan daging tadi.
3. Tambah bahan-bahan sos di atas, bunga kobis, kacang panjang, lada benggala, jagung muda dan kemudian digaul sehingga rata. Masukkan tomato dan masak sehingga sayur lembut. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau kesemua bahan tersebut dan rasa, jika ada nak tambah rasa, anda boleh tambah mengikut selera anda. Jika dah ok, anda boleh tutup api dan boleh dihidangkan.
[+] Rahsia Kerja Di Rumah Untuk Wanita (klik sini)
[+] Panduan Dekorasi Bajet (klik sini)
Dah siap resepi paprik daging sedap ni. Anda boleh cuba bila rasa nak masak ni yea.
Memang sedap dan tak perlu nak rasa makan di kedai jika tahu nak masak sendiri resepi paprik daging sedap ni. Gambar di atas saya pinjam dari google. Paprik daging sedap saya dah habis belum sempat nak tangkap gambar.
Semoga perkongsian resepi ini dapat membantu anda yang nak masak paprik daging sedap ini. Anda juga boleh cuba masakan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa ini. Sedap kena ikan macam ini juga.
16 Comments
kak pun suka masak lauk yang ada sayur sekali cam paprik ni..
ReplyDeletemaklum, tersangat rajin masuk dapur..
tapi nak cubalah resepi ni cuma mungkin ganti ngan ayam..boleh kan?
Campur nampak menarik sikit ada macam-macam warna. Boleh juga ganti ayam. Tapi lain sikit cara masak. Supaya ayam tak terlebih masak.
DeleteSemua dah cukup dlm satu masakan ni PMDR.. nampak sedap paprik daging tu ;)
ReplyDeleteBoleh cuba paprik daging ni akak. Insyallah sedap.
Deleteky ni kurang gemar makan daging. rasanya boleh juga di ganti dgn seafoodkan..
ReplyDeleteBoleh juga ganti dengan makanan laut. Boleh bertukar selera juga.
Deletesedap plus colorful... nk mkn pun makin bersemangat
ReplyDeleteInsyallah boleh cuba Kak Nor.
DeletePaprik merupakan salah satu hidangan kegemaran keluarga kakak
ReplyDeleteTak kiralah paprik daging atau ayam.
Kakak sukanya sebab senang ada lauk dan sayur sekali:)
Betul tu kakak. Semuanya ada dalam paprik ni. Tak perlu nak masak dua kali lauk dan sayur.
Deletenampak macam sedap... hari lain lah masak lauk tu sebab baru jer buat sup daging. :D
ReplyDeleteSedap insyallah. Nanti boleh cuba.
DeleteDah cuba. Mmg sedap
ReplyDeleteTerima kasih. Nanti boleh kongsikan resepi ni dengan kawan-kawan juga.
Deleteterima kasih sis, mo cuba la
ReplyDeleteSama-sama. Boleh cuba masak yea.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.