Kelebihan Bulan Ramadhan



Assalamualaikum..
Selamat berpuasa semua. Hari ni saya nak kongsi tentang kelebihan bulan Ramadhan, sekarang kita dah masuk fasa 10hari  ke-2 ramadhan. Rasanya ada masa lagi nak kongsi tentang ni..

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan  Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu  Ramadhan , bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan  Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan  Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan  Ramadhan , kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)



Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam  Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)


Wallah hualam.. 

33 Comments

  1. Memang banyak kelebihan bulan ramadhan peluang untuk kita mendapatkan yg terbail dlm hidup dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. bulan Ramadhan bulan barakah, mmg banyak kelebihannya....slmt berpuasa....;)

    ReplyDelete
  3. banyak peluang yang boleh kita rebut sempena ramadhan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.. Amal kita akan di gandakan sepanang bln ni..

      Delete
  4. Suhanallah.. terlalu banyak dan besar ganjaran yg Allah janjikan buat kita kan. Kini dah masuk hari ke10 yg kedua bulan ramadhan merupakan hari maghfirah. Terbaik utk dipanjatkan segala doa. Sama-sama kita mempergunakan peluang ini..

    ReplyDelete
  5. Anonymous2.8.12

    yg penting inilah masa utk kita sama2 tingkatkan sgla amalan!

    ReplyDelete
  6. ramadhan kareem.. cepat masa berlalu.. dah nak menghapiri akhir dah... huu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea..semoga kita manjaga baki yang ada ni dengan sebaik mungkin..

      Delete
  7. Salam perkenalan :)

    Selamat berpuasa.. memang banyak kelbihan bulan Ramadhan.. terima kasih sudi berkongsinya :)

    ReplyDelete
  8. moga kita tergolong dlm golongan yg soleh.. ^_^

    salam kenal & follow teruslah...

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg baik:)

    ReplyDelete
  10. nice sharing... kejap je dah 14 ramadan.. semoga ibadah kita diterima di bulan yang mulia ni,,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Dah nak separuh dah. Selamat beramal di bulan yg mulia ni..

      Delete
  11. ilmu yg berguna..
    salam ramadhan.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa........ Ramadan bulan yang penuh dgn ganjaran

    ReplyDelete
  13. ALLAH bless u. INSYALLAHHH...

    ReplyDelete
  14. selamat bpuasa kak..nice entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. selamat berpuasa juga.. ;-)

      Delete
  15. Perkongsian yang bermanfaat... Keep it up... :)

    ReplyDelete
  16. semoga kita semua diberi kesihatan sempurna untuk mempermudahkan segala amalan dan jauh dari sifat malas..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.