Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum..
Diam tak diam kita dah masuk ke 10 akhir Ramadhan. Ramadhan dan nak meninggalkan kita semua untuk tahun ini, hari ni saya nak kongsi sedikit info tentang Malam Lailatul Qadar. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

Sumber: iluvislam.com

44 Comments

  1. Anonymous13.8.12

    tq , perkongsian yang bagus utk semua

    ReplyDelete
  2. thanks utk ingatan... kadang2 kite terlalu sibuk ngn persiapan raya sampaikan terlupe mengejar mlm lailatul qadar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. sama2 berusaha utk mendapatkan malam lailatul qadar ni yea..

      Delete
  3. Sebaik-baiknya kita buat yg terbaik pada keseluruh 10 hari terakhir. Moga satu darinya adalah hari yg terpilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak.. Insyallah ada di salah satu 10 mlm akhir..

      Delete
  4. Terima kasih dtg umah saya yer..:)..saya dah follow ... :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih ye..sama2 la kite beramal dimalam kesepuluh terakhir ni...

    ReplyDelete
  6. Askm. Nice sharing. Bukan mudah nak dapat. Apa pun sentiasa beramal demi cintakan Allah dan Rasul. Insyaallah perolehi keberkatan dlm ibadah tersebut. Beruntung sgt lah mrk yg terpilih.

    Selamat menyambut hr raya aidilfitri dan bergembira bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Selamat hari raya juga. Beruntung siapa yang dapat beribadat di malam Lailatul qadar.

      Delete
  7. salam..bila tiba bulan ramadhan inilah yang kita tunggu2 kan..selagi terdaya kita hanya mampu berdoa dan beribadah..semoga kita menemuinya dengan izin Allah swt..

    ReplyDelete
  8. salam Ramadhan...nice info.tq

    ReplyDelete
  9. cepatnya ramadhan nak pergi meninggalkan kita kan..

    ReplyDelete
  10. tapi 10 malam terakhir ni masjid surau pun makin kurang org pgi terawih sebuk buat kue bagai,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan nye.. Rugi nanti.x dpt Lailatul Qadar..

      Delete
  11. lagi 5 hr je nk raya.. kejap je masa.. nice sharing.. mlm yg baik dr seribu bulan...

    ReplyDelete
  12. As salam Tuan Rumah,

    Jom kita sama2 mengejar & mencari Lailatul Qadar! Insya'ALLAH... Ameen :))

    ReplyDelete
  13. yg penting manfaatkan sebulan dan 10 malam terakhir ramadhan, moga kebaikan yg berjaya diperoleh berpanjangan hingga ke hujung usia Amin

    ReplyDelete
  14. smoga kita dapat meneruskan amal ibadah kita hingga ke ramadan terakhir..aminn..thnks perkongsian ilmu:)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih sudi kongsi info ini :)

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri akak ucapkan ye..

    ReplyDelete
  16. beruntung la sapa dapat.hehe

    ReplyDelete
  17. byk manfaat nyer..tq sbb sharing..

    ReplyDelete
  18. Kesakitan tak selalu berujung pada kesengsaraan.

    ReplyDelete
  19. terima kasih info ini..
    dikesempatan ni nak ucapakan selamat menyambut hari raya ,maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

    ReplyDelete
  20. terima kasih..
    selamat hari raya juga :-)

    ReplyDelete
  21. jom tingkatkan amalan di saat2 akhir.. sangat untung siapa yang dapat malam ni kan

    ReplyDelete
  22. Info yg bagus ...Terima Kasih Salam Aidil Fitri

    ReplyDelete
  23. Salam aidil fitri! Smoga ibadah ramadhan kita dietrima Allah SWT......n dipjgkn umur agar dpt berjumpa semula pd ramadhan akan dtg.......insyaallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Salam Aidilfitri juga. Sama2 doa akak yea. Semoga dapat jumpa lagi ngn ramadhan tahun depan..

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.