Selamat Hari Raya Aidilfitri + Puasa 6 Syawal.

Assalamualaikum Semua.

Maaf sebok sikit.. Lama tak buat entry. Hari ni nak buat entry Hari Raya. :-)

Di sini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan -  rakan Blogger,kepada yang mengenali saya atau yang tidak megenali saya. Saya nak minta maaf jika ada salah silap sepanjang berada di dunia blog ni. Di bulan Syawal ni bagus sekiranya kita dapat Puasa 6 hari dalam Bulan Syawal. Saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kelebihan puasa 6 Syawal ni..


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Kepada yang dah habis puasa 6 ni Alhamdulillah dan tahniah. Kepada yang tengah berpuasa teruskan perjuangan kita. Kepada yang belum, masih ada masa lagi untuk berpuasa. Sekarang pun Syawal dah hampir separuh berlalu.. jadi kene cepat-cepat sikit berpuasa sebelum Syawal berlalu meninggalkan kita. Rugi jika kita lepaskan peluang yg Allah bagi ni sekiranya kita dapat berpuasa 6 hari Syawal ni..

Selamat berhari raya dan berpuasa.. Semoga amalan puasa Ramadhan kita di terima Allah..AMIN :-)

12 Comments

  1. Selamat berpuasa enam, akak ingat nak mula hari ni tapi lambat bangun pulak....mungkin esok kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga akak.. Insyallah ada masa lagi..

      Delete
  2. selamat ari raya maaf zahir dan batin.. rase nye baru 1st time datang sini, ape pun rajin2 menaip entri ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Selamat hari raya juga akak..

      Delete
  3. slmt hr ry ye... slmt berpuasa 6.. :))

    ReplyDelete
  4. Anonymous3.9.12

    selamat hari raya dan berpuasa sunat. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. Terima kasih juga. Slmt bpuasa6..

      Delete
  5. Alhamdulillah kakak dah biasa masuk hari ke 2-3 Syawal dah start puasa so sekarang kalau nak puasa isnin/khamis ajelah..

    ReplyDelete
  6. Anonymous4.9.12

    sama2lah kita ye!

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.