Orang Jepun Sangat Tepati Masa

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Maaf lama tak update blog Pokok Manggis Depan Rumah. Saya cuti panjang selepas saya masukkan SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH. Masa cuti sempat tengok sekejap-sekejap sahaja blog pokok2u. Hari ini rasa nak mula menulis balik.Hari ini nak bercerita sedikit tentang sikap Orang Jepun Sangat Tepati Masa.

masa
Masa itu emas
nuffnag, Orang Jepun Sangat Tepati Masa,
Keywords nuffnang
Buka nuffnang  rasa tertarik dengan keywords yang masuk ke blog saya hari ini. Keywords tersebut Orang Jepun Sangat Tepati Masa. Menarik keywords nuffnang yang masuk hari ini. Rasanya keywords ini masuk sebab ada yang buat carian  untuk kehebatan orang dari negeri matahari terbit ini yang menepati masa apabila berjanji . Rasanya sebab ada yang google dan jumpa keywords ini.

masa, tepati masa seperti orang jepun,
Orang Jepun Sangat Tepati Masa
Saya masih ingat lagi kisah kawan yang belajar di Jepun bercerita tentang sikap orang Jepun yang sangat menjaga  dan menepati masa. Dia cerita, orang Jepun sangat serius tentang masa contohnya jika kita berjanji dengan dia ingin berjumpa jam 3 petang. Tetapi kita pergi jumpa dia jam 3.02 petang. Jika dia dah tak ada di tempat yang kita janjikan, dan mereka pergi atau balik dari temujanji tersebut. perasaan mereka,mereka dah tak salah. kerana kita dah lewat dan tidak menepati masa dan lepas mereka kene macam itu,agak sukar untuk kita mendapat peluang kedua untuk kita buat temujanji dengan mereka. Tegas betul mereka dengan masa,sebabnya masa tersebut mereka datang dan kita tak ada pada masa yang dijanjikan.

Kita selalu dengar dengan kata-kata masa itu emas. Bagi orang Jepun masa amat berharga dan boleh setanding dengan emas. Dalam Islam pun ada surah khusus tentang masa kan. Surah Al-Asr

   "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

Saya rasa  ramai di antara kita yang suka menangguh-nangguhkan kerja. Ramai juga yang gagal memilih dan mengutamakan apa yang utama di dalam hidup, sebab itu terjadi kadang-kadang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Memetik kata-kata Imam Nawawi. Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit. Namun, mungkin kerana terlalu banyak masa lapang & sihat itulah yang menyebabkan kita menjadi kurang bersyukur serta beralih fokus ke arah duniawi. Kita "bermewah-mewahan" dengan masa lapang dan masa sihat yang ada dalam diri kita.Bila masa dah nak nyawa-nyawa ikan baru kita sibuk dengan kerja yang nak disiapkan dan yang nak dihantar.

Kita kena berubah untuk mendisplinkan diri kita dengan masa yang kita ada 24jam sehari-hari.Agar masa kita tidak dibazirkan dan dipersolakan pada hari akhirat nanti. Peringataan ini untuk diri sendiri juga yang banyak juga terbabas dengan masa. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk belajar menghargai dan menepati masa.
Masa, lima persoalan diakhirat,
Lima Persoalan
PS:- Terima kasih kepada yang menyertai segmen blog saya. Kepada yang belum  saya mempersilakan menyertainya. Nanti sampai masa saya update senarai blog yang berjaya. Terima kasih kawan-kawan.

29 Comments

  1. tq for reminding me of this,, rasa menyesal tak sudah,, :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga kita juga dapat menepati masa.

      Delete
  2. Anonymous9.12.12

    very gd sharing, tq

    ReplyDelete
  3. betul tu...pengalaman sy disana membuktikan ianya benar

    ReplyDelete
  4. Tengok cerita Jepun pun dah nampak situasi macam mana. Hehe

    ReplyDelete
  5. mcm kita ni org panggi janji melayu.. erkk. cam teruk je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Insyallah kita kena berubah untuk menepati masa.

      Delete
  6. betul tu akak setuju, org jepun sgt berdisplin tinggi, sbb tu lah negera mereka yg kecil tuh dh sama maju cam negara maju lain spt us n seangkatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Mereka rajin dan orang jepun ni tepati masa. Semoga kita pun ada sifat tu juga.

      Delete
  7. Semua orang di dunia ni diberi masa yang sama iaitu 24jam. Jadi tiada alasan kita tiada masa kerana orang lain pun mempunyai masa yang sama banyak macam kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. semua kita diberi masa 24jam. Semoga semangat untuk tepati masa ini tersemat didalam diri kita juga untuk menepati masa seperti orang jepun.

      Delete
  8. 85% setuju laaaa. sbb kalau Malaysian, mmg akan 10% jer setuju.
    CiM punya supplier kat opis byk jgak japanese, diorg mmg btul2 tepat. kalau bg delivery date brg pown mesti akan smpi awal dr estimation date. kalau buat appointment, huh! janji pukul 10, 15min awal mesti dah tecongok kat guard.

    ReplyDelete
  9. itulah selalu kita dengar orang jepun memang tepati masa..sepatutnya semua bangsa kena macam tu sebab masa itu Emas..

    ReplyDelete
  10. ekkk.. sangat2 terasa.. sbab sy x tepati msa.. datang kelas pn salu lewat.. -____-

    thanx sharing.. :D

    ReplyDelete
  11. orang jepun memang layak dipuji .. terima kasih sebab sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
  12. Betul betul betul! orang jepun memang jenis yang tepati masa..bukan macam kita..hehehehe

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Salam kenal..
    dah follow sini #226..
    join segmen awk skali..:)

    ReplyDelete
  15. erm..kalau orang kita pula, jnji pkul 3, pkul 4 baru sampai..adehh..
    selalu nya kerana jalan jammed..
    tp sy salah sorang yng kdng kala berkira tntng masa,,tak suka menunggu dan tak suka buat orang tertunggu kita..

    ReplyDelete
  16. masih blaja utk tepati mase, n dh mnjadi jugak,,
    lgi geram bile meeting ketua mrh2 dtg lmbt tp sok2 die pulak buat,,

    ReplyDelete
  17. mudah-mudahan saya akan lebih menepati masa nanti. tq diatas peringatan

    ReplyDelete
  18. suka dgn org yg tepati masa..

    ReplyDelete
  19. sebab tu dr M buat dasar pandang ke timur..
    dan sebb tu juga skrg kita ada sistem punch card ;D

    ReplyDelete
  20. untuk berjaya , kita kena tepati masa. itu adalah asas di dalam kejayaan :)

    ReplyDelete
  21. salam pmdr
    Bg ta..paling takut berjanji waktu.biasanya ta akan tiba setengah jam awal. Sebab dah jadi kebiasaan menepati waktu.thanks sharing.

    ReplyDelete
  22. pernah dengar jugak pasal ni

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.