Tips Bazar Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari pertama puasa..tempat yang terfikir di fikiran kita bila tiba waktu petang ialah Bazar Ramadhan. Hari ni nak kongsi sedikit tips bila kita ke bazar ramadhan.

Bazar ramadhan macam-macam ada. Jika kita ke sana sebelum pegi bagus senaraikan dulu barang-barang yang nak kita beli. Jika tak senarai jawapnya tangan kita akan penuh plastik kuih dan lauk la bila balik dari bazar ramadhan.. Mana tak nya perut lapar.tengok apa pun nak. Jadi nak mengelakkan pembaziran lepas buka puasa. Senaraikan dulu yea kuih,air atau lauk yang kita nak beli.

Bila pegi sana..bagus nya pegi dan balik dengan segera setelah barang yang kita ingin beli dah dapat. Sebab nya jika lama-lama puasa kita boleh (kurus) kurang pahala. Sebab kat sana walaupun di bulan puasa masih ada yang tidak tutup aurat dengan sempurna. Jika tengok, silap-silap pahala puasa kita boleh kurang. Kadang-kadang tengah tunggu giliran nak dapatkan kuih atau barang yang kita nak beli tu lambat,kita boleh hilang sabar kerana menanti. Jadi nak selamat,pegi dan balik dengan segera.

Hari pertama ni.. Saya ucapkan selamat berbuka puasa. Semoga puasa kita di terima Allah. Malam nanti jangan lupa berterawih & bertadarus Quran.

9 Comments

  1. selamat berpuasa incik pokok manggis! :)

    ReplyDelete
  2. Selamat menunaikan ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa juga..memang betol tu, pi pasar ramadhan ni kadang2 boleh kuruskan pahala puasa kita..jgn duk rambang mata sgt tgk makanan dan awek2 cun..

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan..
    tips xnk bazir di bazar.. hehehe


    sori just have time to revisit n comment ur blog.. ;)

    ReplyDelete
  5. Kakak dtg rumah PMDR dah masuk hari ke tiga ye... lambat sikitlah. Tapi tetap nak ucap moga ramadhan kali ini lebih baik dari yg lepas-lepas.

    Kakak jarang ke bazar selalu abang yg pergi, kalau kakak yg pergi memang tak ada list, pakai beli yg nampak sedap. (nafsulah tu sebab itu baik abang je pergi hihi...)

    ReplyDelete
  6. hehehehe..... setuju tuh, tp kadang tu tak sanggup gi bazar yg terlalu sesak... lbh baik msk sndiri kt uamh

    ReplyDelete
  7. Anonymous23.7.12

    tq berkongsi yek

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa,akk lagi mengelak dari ke bazar ramadhan sebab macma macam yang kita jumpa dan rasa nak beli buat membazir je rasa

    ReplyDelete
  9. Anonymous29.7.12

    Sudah jarang ke bazaar Ramadhan gara-gara terkena perniaga yang tidak ikhlas meniaga.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.