Bersahur..

Assalamualaikum..


Hari ni dah 3-4 hari kita bersahur. Berat juga nak bangun. Nak tak nak kene bangun juga..
sebab bersahur kan Sunnah Nabi S.A.W. Hari ni saya nak kongsi sikit pasai sahur.. jadi lepas ni kene rajin-rajin kita bangun sahur yea..
Sebab dalam sahur ada macam-macam keberkahannya.



Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)

Selamat Bersahur semua. :-)

14 Comments

  1. dulu tak rajin sahur, tapi sejak ada anak puasa ni, kena bangun sahur jugak....

    ReplyDelete
  2. Kakak nie jenis suka makan sebab itu sahur memang dari kecik sampai ke tua ni masih diamalkan. Sedangkan kalau isnin/khamis pun kakak sahur apa lagi ramadhan tak boleh tidak mesti nak makan juga:)

    ReplyDelete
  3. Anonymous25.7.12

    betul tu, KA sahur tu satu kemestian walau dgn segelas air n sebiji kuram je. Juga sebab nak bagi semangat pada anak yg kecil yg baru nak belajar puasa !

    ReplyDelete
  4. assalam acik memang dah diajar untuk bersahur dari kecik lagi..selagi tak bangun..selagi tu dipanggil..dah terbiasa..sampai la ke anak2 ni selagi tak bangun acik pulak yang tak berhenti memanggil..

    ReplyDelete
  5. salam..saya pun sama macam yang memang akan sahur, kalo tak lemah jer sepanjang hari..kalo sahur siap makan berat2 lagi..

    ReplyDelete
  6. akk memang makan sahur..tapi mkn yg ringan aje..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum
    bersahur ni yang seronoknya melihat telatah anak2...
    terngantuk2 diaorang di meja makan
    yang penting kita ambil sunnah nabi kan...
    sebab sahur tu rasululluah yang suka

    ReplyDelete
  8. Salam..
    Akak memang tak pernah tinggal sahur dari kecik sampailah sekarang ....anak akak kalau tak nak makan pun, akak pastikan diorang minum jugak segelas air....

    ReplyDelete
  9. saya penah baca tapi tak ingat kt mana..sahur membezakan puasa umat islam dgn puasa yahudi -- maaf kalau salah...

    saya dari sekolah memang tak suka bangun sahur..if bangun pun just teguk segelas air..bak kata org..amik berkat sunat sahur kan.. :) tapi bila dah ada anak yang semuanya dah berpuasa, dah wajib bangun tapi still tkleh makan..cukup dengan minum je.. :)

    ReplyDelete
  10. sbb tu akak ni mrh kalu adik2 kt umah tu ckp takmo sahur, bile akak nyer ni tanya nk msk pe time sahur, diaorang pun ckp takpelah tak yah sahur pun ok... sedangkan akak nyer yg msk,diaorang tgl mkn je...

    ReplyDelete
  11. susuah nak bukak mata sebelum betui2 bangun, bila dah bagun, makan macam berbuka pulak.. hehe (^___^)

    ReplyDelete
  12. xpenah miss lagi sahur.. semoga berkekalan begini.. huuu amin..

    ReplyDelete
  13. bw di sini . . follow blog saya if sudi ea , , nanti saya akan tinggalkan jejak di sini jua . .

    entri menarik :
    http://sukasukimystory.blogspot.com/2012/07/i-love-you-beribu-kali.html

    ReplyDelete
  14. Anonymous29.7.12

    Buat setakat ini belum pernah tinggal sahur lagi. Saya bersahur dengan Corn flakes atau Oat.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.