Cara Pemasaran Biskut Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara Pemasaran Biskut Raya. Semalam saya bersembang-sembang dengan Mail. Kawan baik bisnes saya. Dia tanya idea saya macam mana nak cari cara pemasaran biskut raya yang bakal dia niagakan tak lama lagi. Katanya musim raya nanti memang laku keras buat bisnes kuih raya. Kata orang buat duit dengan bisnes kuih raya dimusim perayaan nanti memang menjadi. Walaupun masa singkat. Tapi jika dibuat dengan cara yang betul memang boleh buat duit raya. Bagi tak menghampakan Mail yang mohon nasihat dari saya. Suka saya kongsikan disini beberapa teknik yang boleh digunakan bagi cara-cara pemasaran biskut raya pada musim perayaan nanti kepada Mail dan anda juga.

Jika anda tercari-cari cara dan panduan lengkap bagi menjalankan bisnes kuih raya pada musim perayaan nanti. Anda boleh dapatkan Panduan Bisnes Kuih Raya (klik sini). Panduan ini telah membantu ramai usahawan musim perayaan mendapatkan pulangan 5 angka dengan bisnes kuih dan biskut raya. Dapatkannya sebelum terlambat.

Cara Pemasaran Biskut Raya

Cara-cara Pemasaran Bisnes Kuih Raya Terlajak Laris
Buat Promosi Melalui Facebook.
Buat Promosi Melalui Facebook, cara pemasaran biskut raya ini adalah antara cara yang paling popular sekarang ni yang orang-orang bisnes online buat untuk promosi bisnes kuih raya mereka. Caranya mudah sahaja. Letak gambar-gambar kuih raya yang anda buat. Letak yang cantik-catik dan mengiurkan pembeli yea. Jangan letak yang rosak mahupun yang hangit. Jika anda pandai edit gambar latak gambar-gambar kuih dan biskut raya yang paling cantik dan menarik minat selera pembeli. Ini akan menjadi kelebihan buat anda. Jika anda ada ramai follower dalam facebook memang anda akan bakal memperolehi keuntungan yang besar. Anda akan dapati bila anda letak gambar-gambar biskut dan kuih raya tersebut akan ramai yang akan minta anda PM mereka. Masa tu lah anda boleh 'tawan hati' pembeli dengan lebih khusus lagi. Jika nak tahu dengan lebih terperinci lagi cara-cara nak buat promosi yang berkesan dengan facabook ni. Anda boleh dapatkan panduan buat promosi dengan facebook ini ' Letupkan Jualan di Facebook ' (klik sini). Ramai otai-otai bisnes online berjaya dengan cara promosi sebegini.

Buat Promosi Melalui Instagram
Buat Promosi Melalui Instagram, cara pemasaran biskut raya ini juga lebih kurang sama dengan cara buat promosi melalui facebook di atas. Bagi anda yang dah ada ramai pengikut di Instagram agak mudah nak dapat pelanggan melalaui Instagram. Tapi bagi yang masih baru dengan Instagram ataupun masih kurang pengikut di Instagram akan terasa susahnya juga nak dapatkan pelanggan melalui Instagram ini. Saya nak kongsikan panduan buat anda yang belum tahu nak guna atau pun masih ada sedikit sahaja pengikut di Instagram. Anda boleh rujuk ' Instagram Kaboom ' (klik sini). Melalui panduan ini anda akan diajar cara mudah nak memulakan bisnes dan promosi anda melalui Instagram. Berapa ramai dan besarnya potensi bisnes anda kerana sekarang ini bilangan pemilik akaun Instagram semakin bertambah di Malaysia.

Buat Promosi Di Pejabat-Pejabat.
Cara promosi sebegini adalah selamat jika tempat kerja anda tak kisah staff mereka nak berniaga kecil-kecilan dipejabat. Biasanya pejabat-pejabat yang 'bos' mereka ok tak kisah semua ni. Namun bagi pejabat-pejabat yang majikannya tak ok jangan cuba berniaga dan melakukan promosi jualan kuih raya anda di pejabat yea. Silap hari bulan anda akan diberi surat cinta  berupa surat amaran dari bos anda.

Bagi anda yang buat promosi di pejabat-pejabat. Anda boleh bungkus sebiji dua kuih raya bagi setiap contoh kuih raya yang anda buat. Bersama edaran contoh kuih raya tersebut, sertakan juga nama dan no HP anda bagi memudahkan para 'palanggan' nak membuat tempahan. Cara ni insyallah berkesan juga. Tapi anda kena berjaga-jaga juga. Takut nanti contoh biskut dan kuih raya anda habis, tetapi tak ada satu pun yang sudi membuat tempahan biskut raya. Modal habis, penat yang dapat.

Pada saya anda boleh guna ketiga-tiga cara pemasaran biskut raya di atas mengikut keselesaan anda. Buat persedian sebaiknya jika anda nak buat bisnes dengan kuih raya pada tahun ini. Buat duit dengan bisnes kuih raya memang seronok bila dah dapat hasilnya. Bagi anda yang nak tahu dengan lebih terperinci lagi cara dan panduan buat bisnes dengan kuih raya ni. Anda boleh rujuk Panduan pakar bisnes kuih raya (klik sini).

Selamat maju jaya kawan-kawan.

13 Comments

  1. PDRM..don't worry..iklanlah kat mana2, kak sure jadi salah satu pembelinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ramai yang nak promosi kat Anim nanti.

      Delete
  2. Acik teringin jugak..tapi bkn buat sendiri ambil dari kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil dari orang lagi senang. Boleh lihat dalam panduan pakar bisnes kuih raya di atas. Ramai juga yang buat cara tu Acik. Menjadi hanya dalam satu bulan sahaja.

      Delete
  3. Ni mesti kaki bisnes ni, Alhamdulillah berniaga tu satu sunnah juga, tapi ada gak yg tak pandai cam saya, hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisnes kecik-kecik aje. Tak pandai, boleh rujuk panduan dalam entri saya Nor Azimah. Insyallah boleh membantu.

      Delete
  4. Ada media sosial memang bertambah mudah nak buat promosi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika pandai insyallah boleh buat duit raya nanti.

      Delete
  5. Assalam Pokok2u... pekabar? akak penah niaga kuih raya... tahun lepas, last2 punye tahun.. minat gak... kalo sedap mmg ramai la order... tahun ni.. tak juai kot la... rasa cam nak buat sendiri pun ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabar baik akak. Memang untung buat bisnes kuih raya. Ramai yang berminat nak beli jika kuih raya sedap dan menepati caitarasa mereka.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.