43 Perkara Yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
Perkara Yang Menyekat Rezeki
Perkara Yang Menyekat Rezeki

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.




Jika anda ingin rezeki anda lebih diberkati.. Ketahui AMALAN ORANG YANG Murah Rezeki dan di BERKATI (klik disini)

Wallahualam

14 Comments

  1. Itulah kenapa org tua-tua dulu selalu mengingatkan kita benda-benda tu tapi dijadikan benda yg boleh buat bid'ah contohnya duduk kat tangga kata nanti tak kena pinang, menjahit baju yg sedang dipakai dsb... tapi sebenarnya ia menjauhkan kita dari rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakzakie : betul akak. Pesanan org tua2 memanag ada tujuan nye.cuma kita tak perasan time budak2 dulu.. :-)
      Pokok Manggis Depan Rumah

      Delete
  2. nampak remeh.. tapi ada hikmahnya kan :))


    pstt nak pesan.... tukar la setting bahagian komen ni.. pkai pop-up window.. patu takde verification ehhee... mesti senang n ramai pengomen nak komen ehehe.. jangan marah ye... saya baca tips ni dari blogger otai..

    ReplyDelete
  3. Anonymous26.4.12

    tips yang menarik..
    boleh di amalkan ni..
    terima kasih.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. semoga tips ini dapat membantu kita untuk menambahkan rezeki kita supaya ianya berkat.

      Delete
  4. @BERT : terima kasih atas teguran ni.. saya dah baiki.. Maaf tak tahu benda ni.. saya masih baru dlm blog ni.. :-)

    ReplyDelete
  5. Anonymous26.4.12

    tak boleh rupanya padam pelita dengan nafas.. no 26

    ReplyDelete
  6. perkongsian y amat beharga..smoga mjadi peringatan buatkt smua

    ReplyDelete
  7. nice info dari pokok manggis! banyak entry2 best kat dalam ni..sedang berusaha membaca :)

    tapi kan..ada satu lagi info yang saya nak kongsi..jika ada banyak link dalam ruangan komen,maka google akan delete blog tersebut sebab ia dikira sebagai spam :(

    jadi kalau nak letak address gak..better taip macam biasa tanpa buat link..hehe.

    no offence ek..tengkiuuu ;))

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas komen semua.. (•♥ Myra ♥• ,LYAfrina, Anonymous,BERT dan Kakzakie) semoga kita selamat dari semua perkara2 ni.. AMIN

    Terima kasih atas teguran •♥ Myra ♥• dan BERT... saya cuba ubah yang mana perlu, saya masih baru dalam dunia blog ni :)

    ReplyDelete
  9. tips yg b'guna.bru taw.tq^^

    ReplyDelete
  10. sangat menarik info ni.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  11. kalau suka campak barang camna

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang baik..terima kasih sangat berguna untuk kita semua :)

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.