Resepi Kangkung Goreng Belacan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sememangnya kangkung antara sayur-sayur yang populor sehari dua ini. Jadi bagi mamberikan rasa sedap kepada kangkung yang tengah popular ini. Saya nak berkongsi Resepi Kangkung Goreng Belacan. Masuk dapur nanti buat Resepi Kangkung Goreng Belacan yang istimewa ini yea.

Resepi Kangkung Goreng Belacan
Kangkung yang segar..Terus dari ladang..

Bahan-bahan untuk masak Kangkung Goreng Belacan
- kangkung *potong ikut suka & bersihkan
- 2 sudu tea lada lumat
- 3ulas bawang merah*tumbuk
- 2ulas bawang putih * tumbuk
- 5biji cili padi* tumbuk
- setengah cawan air asam jawa
- sedikit belacan bakar
- sedikit minyak menumis, garam & gula

Cara-cara membuat Kangkung Goreng Belacan
- panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk & belacan bakar hingga naik bau..
- masukkan lada lumat. biar pecah minyak sedikit.. baru masukkan kangkung, gaul hingga sebati
- masukkan air asam jawa.. gula & garam secukup rasa
- masak hingga naik bau & mendidih seketika..
- siap.. sedia dihidang

Mudah bukan, disamping sedap makan kangkung ini, ianya juga adalah langkah untuk kita berjimat cermat pada tahun 2014 ini. :-) Selamat mencuba Resepi Kangkung Goreng Belacan kawan-kawan. Bila dah berjimat makan kangkung. Tidak mustahil dapat pergi tengok bola FIFA 2014 dengan percuma di Brazil nanti. Kepada anda yang suka makan cupcake juga. Peluang untuk buat cupcake dengan cara mudah pun ada. Anda nak cuba, boleh tengok cara-cara nak buat cupcake sendiri yea.

24 Comments

  1. dah lma tak mkn kangkung..rasanya dr dulu kangkung murah.n.tak ada kesan langsung..yg berkesannya..angin mkn kangkung..heheh..goreng bel sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap makan dan masak kangkung goreng belacan ni.

      Delete
  2. perkh syoknyer nengok cara org tu membersihkan kangkung tuh... zmn masa kecik2 dulu arwah nenek akak rajin tnm kangkung sendiri kt tepi umah... kadang muda2 lg kami dh petik bt syr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kangkung muda-muda lagi sedap. Masih lembut.

      Delete
  3. Kangkung.....dah lupa cara membersihkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potong kecil-kecil. Rendam dalam air kancil.

      Delete
  4. kangkung goreng belacan memang sodap....nak2 kalo masukkkan tomato bakar nyum2...makan ngan ikan goreng memang mabelesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh cuba nanti cara akak ni. Tomato bakar yea.

      Delete
  5. lama tak petik kangkung nih, kecik2 selalu gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kangkung masak belacan. Saya pun suka.

      Delete
  6. dah lama tak makan kangkung.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba hari ni masak kangkung goreng belacan.

      Delete
  7. sedapnyer...dengar jer dah terliur..

    ReplyDelete
  8. untunglarr leh makan kangkung dan pegi brazil tuuu.,,uHHUuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untung makan kangkung Wak. Murah dari yang lain-lain.

      Delete
  9. kangkung bukan dpt free pun kat kedai runcit bawah rumah saya ni ha..seikat dlm rm1.50 kut.tapi kalau hari2 makan kangkung,mau muntah anak beranak nanti.:p

    ReplyDelete
  10. hehehehe... nice entry... sekarang nie kan hot dengan isu kangkung nie... entah apa2 orang politik zaman sekarang nie... punya banyak isu, kangkung jugak yang dipilih...

    ReplyDelete
  11. Anonymous22.1.14

    serius KA lama x makn kangkung ni hehehe

    ReplyDelete
  12. feveret ni.. dah lama tak buat.. boleh try menu buka puasa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolah buat akak. Menu buka puasa memang sesuai masak kangkung goreng belacan. Mudah dan sedap.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.