Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Kailan Ikan Masin Sedap. Hari ni rasa macam nak kongsi resepi kailan ikan masin sedap. Resepi hari minggu, banyak aktiviti masak biasanya pada hari minggu aje. Waktu tu ramai ada kat rumah. Jika waktu hari kerja, masing-masing makan kat pejabat aje. Tapi ada ketika jika rasa nak masak sendiri, masuk dapur ambil bahan yang ada dalam peti ais. Masak aje yang rasa sedap dengan selera. Seronok tinggal di kampung, banyak tanaman boleh tanam sendiri.
Saya suka makan kailan ikan masin. Sayuran hijau bagus untuk kesihatan diri kita. Resepi kangkung goreng belacan, bendi goreng pun apa kurang juga. Disamping terdapat kandungan vitamin yang banyak, ia juga bagus sebagai ejen antioksida. Jadi kena rajin-rajin makan sayur. Cara terbaik masak sendiri makanan yang kita nak makan tu. Insyallah terjamin kebersihan dan cara nak masak pun tak ada susah sangat. Jadi bagi yang cuba nak masak kailan ikan masin sedap ni. Boleh rujuk resepi kailan ikan masin sedap ni yea.
Bahan-Bahan Resepi Kailan Ikan Masin Sedap
Cara Memasak Resepi Kailan Ikan Masin Sedap
1. Potong sayur kailan, rendam sayur yang telah dipotong ke dalam air selama beberapa minit. Sebaiknya sayur tersebut tenggelam keseluruhanya. Boleh buang sisa kotor seperti racun serangga dan pasir yang melekat. Bilas sekali atau dua kali.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Goreng ikan tenggiri masin hingga agak masak dengan menggunakan api yang kecil.
3. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah untuk ditumis bersama ikan masin tadi.
4. Masukkan sos tiram dan kacau. Setelah itu masukkan sedikit air dan bila dah panas balik masukan batang kailan terlebih dahulu supaya cepat empuk dan disusuli daunnya pula.
5. Bila dah sedikit layu daun kailan, masukkan tomoto dan cendawan lepas tu kacau sekejap.
6. Masukkan sedikit sos ikan jika perlu dan sedikit garam ikut cita rasa anda.
7. Siap untuk dihidangkan.
Tips Tambahan Resepi Kailan Ikan Masin Sedap
[+]Jika boleh pastikan daun kailan tidak terlampau layu dimasak kerana lebih sedap jika daunnya tidak terlalu empuk.
[+] Batang kailan jangan dibuang kerana keras. Buang kulit batang kailan tersebut. Di dalamnya ada lapisan lembut putih. Sedap jika di masak sekali.
Oklah, bagi yang cuba nak masak resepi kailan ikan masin sedap ini dipersilakan. Kongsikan juga entri ini dengan rakan-rakan ada. Masaklah sendiri makanan untuk keluarga kita. Ianya bersih dan insyallah lebih selamat.
Nak cuba masak resepi telur bistik boleh rujuk entri tersebut. Selamat menjamu selera. Ada masa boleh buat kerja dari rumah pula.

Resepi Kailan Ikan Masin Sedap |
- 1 genggam sayur kailan atau 4/5 batang sayur kailan.
- 1 sudu besar ikan tenggiri masin -dipotong kecil atau ditumbuk sedikit.
- 1 ulas bawang besar -dihiris halus.
- 2 ulas bawang putih -dihiris halus.
- 1 biji cili merah -dihiris (nak pedas boleh letak cili padi)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1/2 cawan air
- 1 biji tomato- dipotong 4
- Sedikit cendawan (tak masuk pun tak apa)
- Sos ikan atau garam
Cara Memasak Resepi Kailan Ikan Masin Sedap
1. Potong sayur kailan, rendam sayur yang telah dipotong ke dalam air selama beberapa minit. Sebaiknya sayur tersebut tenggelam keseluruhanya. Boleh buang sisa kotor seperti racun serangga dan pasir yang melekat. Bilas sekali atau dua kali.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Goreng ikan tenggiri masin hingga agak masak dengan menggunakan api yang kecil.
3. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah untuk ditumis bersama ikan masin tadi.
4. Masukkan sos tiram dan kacau. Setelah itu masukkan sedikit air dan bila dah panas balik masukan batang kailan terlebih dahulu supaya cepat empuk dan disusuli daunnya pula.
5. Bila dah sedikit layu daun kailan, masukkan tomoto dan cendawan lepas tu kacau sekejap.
6. Masukkan sedikit sos ikan jika perlu dan sedikit garam ikut cita rasa anda.
7. Siap untuk dihidangkan.
Tips Tambahan Resepi Kailan Ikan Masin Sedap
[+]Jika boleh pastikan daun kailan tidak terlampau layu dimasak kerana lebih sedap jika daunnya tidak terlalu empuk.
[+] Batang kailan jangan dibuang kerana keras. Buang kulit batang kailan tersebut. Di dalamnya ada lapisan lembut putih. Sedap jika di masak sekali.
Oklah, bagi yang cuba nak masak resepi kailan ikan masin sedap ini dipersilakan. Kongsikan juga entri ini dengan rakan-rakan ada. Masaklah sendiri makanan untuk keluarga kita. Ianya bersih dan insyallah lebih selamat.
Nak cuba masak resepi telur bistik boleh rujuk entri tersebut. Selamat menjamu selera. Ada masa boleh buat kerja dari rumah pula.
Hujung Minggu
Kailan Ikan Masin
Makan-Makan
Resepi
Resepi Ikan
Resepi Kailan Ikan Masin Sedap
Resepi Sayur
18 Comments
sayangnya acik tak suka makan kailan kan PMDR ..
ReplyDeleteacik nak bagi resepi ngan suami..biar dia cuba..suami suka kailan
Nanti boleh suruh suami cuba. Sedap kailan ikan masin.
Deletekailan mmg tak sesuai msk lama2...
ReplyDeleteakak suke msk kejap je sbb ranggup2 tuh sedap time mkn
Rangup tu yang sedap. Masak sendiri tak sama dengan kita makan di kedai. Macam-macam boleh letak.
DeleteSedapnya PDRM..
ReplyDeleteDah lama akak tak makan sayur kailan ni :)
Apa pula jadi pdrm. Kang kena marah pula saya.
DeleteKena masak sayur kailan jika ada tanda-tanda mengidam.
Semalam kakcik masak ikan masin sambal dan masih ada sampai hari ini... :)
ReplyDeleteSedap makan ikan masin sambal tu. Menu yang membuka selera.
DeleteLama tak beli kailan PM, teringin pulak dah hoho....
ReplyDeleteApatah lagi guna ikan tenggiri kering mmg confirmed mabeleslah ni
Boleh cuba masak kailan ikan masin jika teringin akak. Kena dengan ikan masin terangkat seleranya.
DeleteSelalu jugak makan kailan goreng ikan masin... Sayur memang menu wajib setiap hari teman bila makan...
ReplyDeleteKailan ikan masin sedap. Bagus tu jadikan menu sayur bila makan. Nak kena jaga juga kesihatan kita.
DeleteLook so yummy!
ReplyDeleteBoleh cuba. Sedap sekali sekala masak kailan ikan masin.
Deletebulan puasa ni boleh cuba resepi ni
ReplyDeleteBoleh cuba resepi kailan ikan masin ni. Insyallah sedap.
Deletekailan plg sedap yg penah sy mkn ms kt ranau perrghhh mmg terbaik
ReplyDeleteSampai ranau kena cari macam ni.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.