Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Resepi Masak Bendi Goreng Sedap. Yea ker sedap. Sedap tak percaya boleh cuba sendiri. Hari cuti kadang-kadang saya masak. Tengok mood juga. Biasanya ada masa terluang nak bagi isteri rehat. Saya akan masak. Hari ini nak cerita cara-cara masak bendi goreng sedap.
Bendi ni kalau masa kita beli atau petik memang ianya masih muda, tapi jika dibiarkan lama dalam peti ais boleh jadi tua juga. Tak tahu kenapa, ini semua ciptaan Allah SWT Yang Maha Hebat. Biasanya kita test jika nak tahu bendi tersebut muda, kita patahkan bahagian bawah dia, jika boleh dipatahkan ianya muda. Tapi jika dibiarkan lama dah tak boleh patahkan jadi tua.
Bagi mengelakkan bendi jadi tua kena masak cepat-cepat. Kalau tak jadi tua kita makan rasa berhampas gitu. Jadi kurang sedap.
Oklah, dibawah ini saya kongsikan resepi masak bendi goreng sedap. Nanti jika ada yang mengidam nak masak bendi goreng sedap, boleh cuba resepi ini.
Bahan-bahan Resepi Masak Bendi Goreng Sedap
•10-15 biji bendi - dipotong nipis secara serong, nampak seni dah ayu gitu.
•2 biji telor - dipukul
•2 sudu sos tiram
•2-3 biji cili padi. Jika nak pedas boleh tambah ikut selera keluarga
•3 ulas bawang merah - dihiris
•2 ulas bawang putih - dihiris
•Garam sesedap rasa
•Minyak untuk menumis
Cara-cara Masak Bendi Goreng Sedap
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili sehingga naik bau.
2.Masukkan sos tiram dan sedikit air untuk dijadikan kuah. Ala-ala basah sikit.
3.Masukkn bendi dan dikacau. Masukkn garam. Bila dah agak-agak bendi separuh masak bolehlah dicurahkan telur keatasnya.
4.Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau. Biarkan sekejap dan bolehlah ditutup api.
5.Siap untuk dihidang. Mudah bukan.
P/S: Jika nak sedap boleh juga digoreng ikan bilis dan ditabur setelah dihidang bagi masakan bendi goreng sedap tersebut.
Kadang-kadang masak sendiri lagi sedap dari makan-makan di kedai. Ada juga kedai yang masak dengan baik. Tapi kadang-kadang saya tak suka perasa, nak selamat jika makan di kedai masa mereka ambil pesanan bagitahu orang yang ambik oder tak nak masukkan perasa. Nanti dia pesan kat tukang masak supaya tak masukkan perasa.
Kadang-kadang mereka masukkan juga. Insyallah jika tukang masak baik. Dia akan ikut apa yang kita minta.
Lepas masak ada masa lapang saya buat kerja dirumah dan jika rajin boleh buat duit dengan google adsense juga bagi menambah pendapatan sampingan. Nak tahu boleh tengok entri tersebut.
Selamat menjamu selera. Nanti cuba yea resepi masak bendi goreng sedap. Kongsikan dengan rakan-rakan anda di media sosial juga. Terima kasih.
Resepi Masak Bendi Goreng Sedap. Yea ker sedap. Sedap tak percaya boleh cuba sendiri. Hari cuti kadang-kadang saya masak. Tengok mood juga. Biasanya ada masa terluang nak bagi isteri rehat. Saya akan masak. Hari ini nak cerita cara-cara masak bendi goreng sedap.
Resepi Masak Bendi Goreng Sedap |
Bagi mengelakkan bendi jadi tua kena masak cepat-cepat. Kalau tak jadi tua kita makan rasa berhampas gitu. Jadi kurang sedap.
Oklah, dibawah ini saya kongsikan resepi masak bendi goreng sedap. Nanti jika ada yang mengidam nak masak bendi goreng sedap, boleh cuba resepi ini.
Bahan-bahan Resepi Masak Bendi Goreng Sedap
•10-15 biji bendi - dipotong nipis secara serong, nampak seni dah ayu gitu.
•2 biji telor - dipukul
•2 sudu sos tiram
•2-3 biji cili padi. Jika nak pedas boleh tambah ikut selera keluarga
•3 ulas bawang merah - dihiris
•2 ulas bawang putih - dihiris
•Garam sesedap rasa
•Minyak untuk menumis
Cara-cara Masak Bendi Goreng Sedap
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili sehingga naik bau.
2.Masukkan sos tiram dan sedikit air untuk dijadikan kuah. Ala-ala basah sikit.
3.Masukkn bendi dan dikacau. Masukkn garam. Bila dah agak-agak bendi separuh masak bolehlah dicurahkan telur keatasnya.
4.Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau. Biarkan sekejap dan bolehlah ditutup api.
5.Siap untuk dihidang. Mudah bukan.
P/S: Jika nak sedap boleh juga digoreng ikan bilis dan ditabur setelah dihidang bagi masakan bendi goreng sedap tersebut.
Kadang-kadang masak sendiri lagi sedap dari makan-makan di kedai. Ada juga kedai yang masak dengan baik. Tapi kadang-kadang saya tak suka perasa, nak selamat jika makan di kedai masa mereka ambil pesanan bagitahu orang yang ambik oder tak nak masukkan perasa. Nanti dia pesan kat tukang masak supaya tak masukkan perasa.
Kadang-kadang mereka masukkan juga. Insyallah jika tukang masak baik. Dia akan ikut apa yang kita minta.
Lepas masak ada masa lapang saya buat kerja dirumah dan jika rajin boleh buat duit dengan google adsense juga bagi menambah pendapatan sampingan. Nak tahu boleh tengok entri tersebut.
Selamat menjamu selera. Nanti cuba yea resepi masak bendi goreng sedap. Kongsikan dengan rakan-rakan anda di media sosial juga. Terima kasih.
14 Comments
Tengok resepi tu memang sedap..
ReplyDeleteNanti boleh cuba masak bendi goreng akak.
Deletemesti sedap nih... lagi2 grg ngn tlr... akak selalu jgk msk pesen mcm nih... bendi mmg feveret... kadang goreng ngn kicap pun laju je abis
ReplyDeleteMemang sedap bendi goreng campur telur akak.
DeleteBendi masak apa pun kakak suka. Goreng macam ini, masuk dlm curry, asam pedas, asam rebus semuanya sedap.
ReplyDeleteBanyak cara lain lagi boleh masak bendi. Sedap masak bendi.
DeleteBaru teringat ....google adsense kot.....
ReplyDeleteWahhhhh suami mithali ni namanya.....bagus....bagus....Okje jarang beli bendi, tak tau kenapa....makan tu makan jer....Sayur yg sedap digoreng cenggini bagi menggantikan bendi adalah buncis. Tak caya cubalah.....pasti double sedap hehe....
Boleh cuba buncis pula nanti. Terima kasih. Nanti Hanimokje boleh cuba masak bendi pula. Mana tahu sedap macam buncis.
Deletewallaaa.... dpt dgn nasi panas2 syok niiii
ReplyDeleteBetul tu. Memang kena dengan bendi masak macam ni.
Deletenyum...nyumm..nyum... favorite teman tu...
ReplyDeleteBoleh pekena selalu masak bendi macam ni Izni.
Deleteselalu masak macam ni... memang best..
ReplyDeleteBetul tu. Saya pun suka masak bendi macam ni. Tambah bilis goreng memang tertangkat rasa dia.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.