Apa Itu Hari Malaysia - Selamat Hari Malaysia

2015-09-16

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa Itu Hari Malaysia - Selamat Hari Malaysia. Siapa tahu apa itu Hari Malaysia. Sama ker hari Malaysia dengan hari Kemerdekaan Malaysia. Masa mula-mula saya pun ada terfikir juga perkara ini. Namun bila dah lama dah belajar dan tanya cikgu sejarah jadi tahulah apa itu Hari Malaysia. Kepada yang tahu apa itu Hari Malaysia tak perlu nak cerita panjang lagi. Tapi kepada belum tahu, saya akan kongsikan cerita Hari Malaysia yang kita semua diami dan menjadi rakyat Malaysia sekarang ini.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut adalah teks pemasyhuran yang dibaca beliau. Anda boleh baca teks ucapannya di sini Pemasyhuran Malaysia.

Saya sebagai admin blog Pokok Manggis Depan Rumah mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA kepada semua rakyat Malaysia tidak kira dimana anda berada. Jadilah warga Malaysia yang boleh membanggakan negara dan agama. Peliharalah keharmonian negara kita. Sama-sama berdoa dan berusaha untuk kebaikan diri, keluarga dan anak bangsa kita. Jagalah perintah Allah SWT, Allah SWT pasti akan jaga kita.

Selamat Hari Malaysia. Nak tengok  gambar-gambar menarik tentang kemerdekaan boleh lawat instagram ini - #Ini Malaysia Kita

Cuti Hari Malaysia saya buat kerja di rumah. Jom tambah pendapatan jika berminat kawan-kawan, Buat duit dengan google adsense pun masyuk juga.
Share

6 comments:

  1. selamat hari malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Selamat hari malaysia juga.

      Delete
  2. salam satu malaysia..cuti cuti..he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari malaysia. Cuti-cuti memang best. Hari ni dah kerja.

      Delete
  3. salam satu malaysia..cuti cuti..he hee

    ReplyDelete
  4. Syok sgt bila 2 hari keje lepas tu cuti. Klw setiap mgu camtu kan best.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan