Panduan Menghadapi Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Panduan Menghadapi Jerebu. Nampaknya masalah jerebu semakin menjadi-jadi. Siapa yang buat, ada yang kata mereka bakar hutan, kita yang kena tanggung kesannya. Yea ker macam tu. Sebagai orang yang beriman. Kita kena yakin dan percaya ini semua kerja Allah SWT. Allah SWT nak uji kita. Setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk semuanya dari Allah SWT. Sabar dan redha akan mendatangkan keredaan Allah SWT kepada kita.

Apa yang kita nampak, masalah jerebu datangnya dari pembakaran hutan, asap kenderaan, asap rokok dan asap dari pembakaran bahan industri. Ini semua adalah asbab sahaja. Marilah kita perbanyakkan taubat dan beristigfar kepada Allah SWT. Insyallah dengan membanyakkan istigfar Allah SWT akan menyelesaikan masalah kita. Mudah sahaja bagi Allah SWT nak turunkan hujan di kawasan jerebu dan menghilangkan jerebu tersebut.

Panduan Menghadapi Jerebu
Panduan Menghadapi Jerebu
Jika anda merancang nak keluar rumah atau nak pergi kemana-mana tempat di negara kita. Bagi memudahkan anda nak tahu indeks pencemaran udara akibat jerebu ini. Anda boleh lihat sendiri Index Pencemaran Udara(IPU) disini.

Saya nak kongsikan panduan bagi menghadapai masalah jerebu. Insyallah dengan mengambil langkah pencegahan akan dapat menyelematkan kita daripada menghadapi kesan jerebu.

Berikut adalah langkah Penjagaan Kesihatan semasa Jerebu:

1.Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah. Banyakkan berada di dalam rumah jika tidak perlu keluar rumah

2.Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, sebaiknya anda menutup hidung menggunakan penutup mulut (mask).

3.Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan pencemaran asap rokok. Jangan tambahkan jerebu di kediaman anda dengan aktiviti merokok atau pembakaran secara terbuka, berhentilah merokok itu adalah langkah yang bijak.

4.Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Jika tak ada penghawa dingin, tutup mulut anda dengan penutup mulut (mask)

5.Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 1-2 liter sehari. Lagi banyak, lagi bagus.

6.Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar. Ini akan mengelakkan anda terkesan dari asap jerebu dan pencemaran.

Berikut pula adalah panduan kepada pemandu kenderaan agar sentiasa berwaspada memandu kenderaan semasa jerebu:

Panduan Kepada Pemandu Kenderaan Semasa Jerebu

1.Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.

2.Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.

3.Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

4.Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.

5.Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.

6.Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.

7.Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.

8.Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu kereta dalam keadaan jerebu.

9.Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.

10.Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.

11.Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.

Sumber maklumat :
Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Semoga perkongsian panduan menghadapi jerebu ini dapat membantu kita semua menjaga kesihatan dan keselamatan semasa jerebu. Boleh baca dan muat turun info jerebu di sini

10 Comments

  1. perkongsian yang bermanfaat.. doakan semoga jerebu cepat reda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Harapnya macam tulah. Semoga cepat reda jerebunya.

      Delete
  2. JB tadi lunch hour hujan mencurah-curah lebatnya tapi masih tetap merudum juga sekarang ni
    Harap cepatlah jerebu menghilang..
    Allah juga yg tahu..

    ReplyDelete
  3. Lupa nak inform tempat kakak satu bahagian qurban ada yg RM550/- ada juga yg RM580/- ikut size lembunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Lebih kurang sama dengan sini juga. RM450 ke atas juga.

      Delete
  4. masa jerebu mmg kene berjaga2... almaklum jerebu sgt menganggu pernapasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah SWT lindungi kita semua dari masalah kesihatan semasa jerebu.

      Delete
  5. Tp hari ni nampaknya tak delah teruk sangat jerebunya....sebab hujan kot semalam....
    Apa pun tq tipsnya yeh PM.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Tempat saya pun ada kurang jerebunya waktu petang. Harap esok bertambah baik. Doa banyak-banyak.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.