Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan

2016-05-27

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan. Jual air dapat 6K sebulan macam tak percaya aje. Bohonglah, mana ada boleh dapat macam tu. Orang ada ijazah pun susah nak dapat gaji macam tu sekarang. Ini jual air boleh dapat 6 RIBU sebulan, banyak tu. Percaya atau tidak, jom kita tengok!

Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan ,Jual Air Balang,
Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Masa makan hari jumaat minggu lepas. Saya dan Mail makan kat luar, rasa macam dah boring nak makan kat pejabat. Jadi hari tu kami keluar awal dari biasa. Boleh makan dengan aman dekat luar sambil-sambil merehatkan minda. Hari jumaat, kerja releks sikit kata orang.

Hari tu makan dekat kedai tepi jalan dekat masjid. Hari jumaat aje pakcik tu berniaga. Bagi mereka yang nak rasa nasi beryani hari jumaat. Boleh pekena kat kedai tu. Sedap, ada macam-macam pilihan lauk. Dia jual nasi aje, orang lain jual air. Mudah kerja sikit, tak ada nak terkejar-kejar uruskan nasi tu katanya.

Kisahnya macam ni. Lepas makan nasi tu, saya pergilah lepak kedai Abang Ali yang jual air balang tu. Macam-macam jenis air yang dia jual. Tak mahal pun. RM1 satu yang kecil. Yang besar RM2. Murah ajekan?

Oleh kerana kami ni satu geng kata orang. Jadi mudahlah nak bersembang. Tanya macam-macam kat Abang Ali tu. Dia pun baik, ramah pula. Jadi mudah untuk berbual-bual.

Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Ringkas cerita, saya ada tanya Abang Ali tu. Ok ker berniaga jual air ni. Nampak releks aje. Banyak ker boleh dapat untung berniaga air macam ni. Sebabnya nampak tak ada susah mana. Hari jumaat dia berniaga kat sini tengahari, sudah solat jumaat dia berniaga kat tempat biasa.

Buat air dalam 4-5 jenis. Campur buah itu ini, ada buah yang bulat, masam, manis, hijau, merah, pink dan jual. Bancuh air, masuk ais campur air gula. Siap. Mudah bukan?

Jadi Abang Ali ceritalah, kata dia satu hari dia boleh jual dalam 300-400 gelas. Kadang lebih lagi bila hari panas. Semua orang nak beli air nak basahkan tekak dan hilangkan dahaga. Berniaga untuk menghilangkan dahaga orang. Dapat pahala katanya!

Dalam satu bulan dia berniaga 20 hari. Macam orang kerja pejabat juga. Kadang bila ada permintaan, dia buat untuk majlis doa selamat dan kenduri kahwin. Bila kira-kira balik banyak juga dia dapat.

Kita belajar matematik sikit:
Katalah ambil yang paling murah dan rendah
1 hari 300 gelas air RM1
20 hari bekerja sebulan.
RM300X20 hari = RM6000 (RM6 Ribu Sahaja)

Ini belum kira yang harga RM2 dan jika ada jemputan majlis kahwin dan doa selamat lagi. Mahu boleh dapat RM7000-RM8000 sebulan.

Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan, Jual Air,
Bisnes Jual Air Boleh Untung Banyak -sumber pic
Itulah lubuk rezeki dalam bidang perniagaan. Agama kita pun galakkan kita berniaga. 9/10 dari sumber rezeki boleh dapat dari berniaga. Walaupun nampak kecil dan ringkas. Tapi boleh kalahkan gaji orang kerja pejabat besar.

Sebab tu kita tengok, ramai orang berniaga jual air macam ni kat mana-mana. Pasar tani, pasar malam bila musim puasa berniaga kat bazar ramadhan pula.

Inilah faedahnya jika rajin berusaha, siapa sahaja mampu beroleh pendapatan yang lumayan jika rajin berusaha.
Bagi anda yang nak belajar berniaga jual air macam ni. Anda boleh belajar dan lihat Panduan Bisnes Air Balang (klik sini) atau pada bener di atas. Insyallah akan ada hasil bagi mereka yang rajin berusaha tanpa pernah rasa putus asa.

Selamat berusaha!
Share

20 comments:

  1. YANG PENTING RAJIN BERUSAHA KAN PDRM..
    DISITU ADA KEJAYAAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PDRM? Dah macam Polis DiRaja Malaysia pulak...:)

      PMDR tu... silap susun huruf ya?

      Kakcik percaya memang boleh untung jual minuman tambahan kalau cuaca panas.

      Sekarang kan sibuk orang jual minuman dalam bekas besar tu. Sebekas RM5. Kakcik tengok sendiri macamana diaorang buat. Air teh atau sebagainya sikit je. Tambah air gula sikit dan lebih air batu... Siap... :)

      Delete
    2. Ini kali kedua dah dia 'terkomen' macam tu. Tak perasan agaknya.

      Berniaga air waktu musim panas dan bulan puasa boleh untung banyak. Waktu tu orang tengok air mesti nak beli. Lagi pun berniaga air tak perlu modal besar. Apa yang penting ada usaha nak belajar. Usaha tangga kejayaan. Boleh cuba bagi yang minat.

      Delete
  2. apa2 pun yang penting usaha...tapi usaha memang takkan ke mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena rajin berusaha apa-apa kerja pun baru boleh berjaya. Jual air masa bulan Ramadhan nanti pun ok kat bazar ramadhan.

      Delete
  3. Tak sangka ye dengan hanya menjual air di tepi jalan boleh menjana RM6000 sebulan. macm tak percaya tetapi itulah hakikatnya. Ramai orang mahu cari air di musim panas sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisnes jual air ni nampak macam lekeh aje. Ramai orang boleh hidup senang hanya dengan berniaga air di pasar malam dan pasar tani aje. Boleh jadi jutawan senyap.

      Delete
  4. Jual air, jual mee dan nasi lemak memang business yg paling mudah meraih untung. Jiran belakang rumah kakak dulu guna payung depan rumah aje tapi mampu menyara anak belajar sampai U.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisnes kecil yang mudah nak buat. Berniaga depan rumah pun jadi jika kena caranyakan akak. Bagi yang nak belajar ilmu tentang jual air ni boleh rujuk panduan di atas.

      Delete
  5. banyak juga tu sampai rm6k sebulan. kalau depan rumah, tapi rumah agak tersorok takut tak balik modal pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya nak berniaga air macam ni kena berniaga kat tepi jalan atau di pasar malam. Pasar tani dan bazar ramadhan pun ok juga. Kalau kat tepi rumah, siapalah nak beli air kita nanti akak.

      Delete
    2. huhuh itulah kan. lokasi kena tepat. salam ramadhan

      Delete
    3. Betul tu akak. Bulan puasa ni jual air mana-mana pun laku keras. Terutamanya di bazar ramadhan. Boleh cuba bagi yang berminat.

      Delete
  6. betul tu...sbb tu ada kwn sy sanggup cuti esp ramadan utk jual air kt bazar... ikut cerita di dglm WA grup, tiap2 hari habis smpi laa hjg ramadan.... kecuali kalu hari hujan... sy congak, dgn pendapatan tu dia mmg boleh cover gaji dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menjadi jual air masa bulan ramadhan. Waktu tu semua orang tengok air tertarik nak beli. Berniaga di pasar malam atau pun pasar tani jadi menjadi juga Anies. Jual air tepi jalan pun boleh dapat banyak setiap hari. Boleh cuba juga.

      Delete
  7. Planning juga nak buat bisnes part-time jual air cuma masa je yang terhad..memang untung jual air ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jual air ni modal kecil. Untung besar. Boleh cuba tuan.

      Delete
  8. Jual apa pun mesti ada minat dan tak mustahil nak capai angka macam tu walaupun hanya jual air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai yang berjaya dengan hanya berniaga jual air di tepi jalan aje.

      Delete
  9. tepi jalan tak perlu lesen ke?

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan