Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah. Hujung tahun macam sekarang ni kemeriahan kenduri kahwin memang banyak. Jika balik kampung, pasti ada sahaja jemputan kenduri kahwin yang diterima. Saudara dekat, saudara jauh, jiran dan tak terlepas juga sahabat sekolah, sahabat di universiti mahupun rakan sekerja yang melangsungkan majlis perkahwinan pada masa cuti sekolah.

Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah, Bisnes Aiskrim
Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah- Pekena Aiskrim dulu..
Apa pun jika tidak ada aral melintang, jemputan kenduri sebegini tidak dapat ditolak. Kata orang tua-tua rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Ada baiknya pergi kenduri kahwin macam ni. Boleh mengeratkan dan menghubungkan silaturahim sesama kita.

Tahniah Buat Semua Pasangan Pengantin Baru
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang memberi jodoh dah pasangan yang baik kepada kita semua. Kata orang bila kahwin ni baru kita tahu hati budi pasangan kita. Jika zaman berkawan hari tu tak ada 'kerenah' sangat. Tapi bila dah kahwin baru keluar sedikit demi sedikit perangai sebenar pasangan anda.

Carilah kebaikan dalam setiap perkara yang dibuat. Kadang kala bergaduh sikit-sikit tu dah jadi lumrah alam rumah tangga. Apa yang penting kena ada persefahaman dalam melayari alam rumah tangga. Kena selalu minta doa dan petunjuk dari Allah SWT. Agar rumahtangga yang terbina memberi Rahmat dan Kebahagian sehingga ke syurga. Amin..

[+] Panduan Pikat Lelaki (klik sini)
[+] Rahsia Jaga Suami (klik sini)

Kepada pasangan yang baru dan akan melansungkan perkahwinan saya ucapakan tahniah buat anda semua. Dengan berkahwin banyak perkara agama dapat dijaga. Amal kebaikan akan digandakan dan anda bakal menjadi ayah ataupun ibu kepada zuriat anda insyallah.

Kenduri kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah
Aiskrim..ada perasan tak, sejak dua menjankan ni bila pergi kenduri kahwin ada tempat kenduri yang bagi para tetamu aiskrim percuma. Ada macam-macam jenis aiskrim. Aiskrim potong, aiskrim goyang, aiskrim pasu, aiskrim Malaysia dan macam-macam jenis lagi.

Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah
Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah- Aiskrim Goyang
Semestinya pemberian aiskrim secara percuma ini memang menjadi tarikan utama bila ada kenduri kahwin. Dari anak-anak sampailah kepada mak ayah, atuk nenek, pak cik mak cik akan mengerumuni tempat aiskrim percuma ni. Bila kerumun macam ni. Mestilah sedapkan. Kalau tak sedap tak ada yang pergi ulang ambil aiskrim sampai dua tiga kali..hohoho..

Bisnes Aiskrim Secara Part Time
Pada minggu sudah, semasa jemputan kahwin rakan sepejabat kahwin. Saya berpeluang bersembang-sembang sambil cari info tentang bisnes aiskrim yang dijalankan. Oleh kerana kendurinya ada aiskrim jadi sambil-sambil makan dan melayan anak makan aiskrim. Sempat saya berbual dengan abang Razak yang jual aiskrim secara part time tersebut. Dia sediakan aiskrim dalam kon. Satu bekas besar tuan rumah bayar dia RM200. Kon tuan rumah kena beli sendiri dan jika tuan rumah nak tambah-tambah kacang, coklat tabur dan apa-apa yang sama waktu dengannya casnya di naikkan lagi.

Jika dengar dia sembang. Biasanya untuk satu bekas besar sekali dengan kon dan bahan-bahan tambahan dia dapat RM300. Kos nak sediakan aiskrim tersebut dalam RM100 maca tu aje. Jadi tambah tolak dia dapat bersih untuk satu bekas RM200. Kebiasanya untuk satu-satu kenduri tuan rumah akan oder 2 ke 3 bekas. Jika 2 bekas dia dapat untung RM400, jika 3 bekas dapat RM600.

Kira untuk satu hari majlis perkahwinan tersebut dia dapat RM600 bersih. Servis dari jam 11.30 pagi sampai jam 4.30 petang dapat untung bersih RM600.

Untung Buat Bisnes Aiskrim Sendiri
Betapa mudahnya jika dapat RM600 untuk sekali jualan. Itu pun dibuat pada hari cuti. Kata abang tu lagi. Dia bekerja seperti biasa pada hari kerja. Tapi bila hari minggu sabtu ahad dia buat kerja jual aiskrim. Dia akan sediakan aiskrim mengikut permintaan pelanggan.

Dapat buat macam abang Razak ni memang seronok.

Kini ada cara mudah nak belajar buat bisnes aiskrim secara part time. Semua cara diajar dari segi cara pemasaran, cara-cara nak buat aiskrim, nak cari kawasan laku terlajak laris, memulakan bisnes aiskrim dengan modal yang rendah, tak perlu berhenti kerja mahupun bunyikan locing aiskrim macam orang Pakistan jual aiskrim dan banyak lagi dibongkar secara jujur oleh pakar bisnes aiskrim.

Anda boleh rujuk Panduan Bisnes Aiskrim (klik sini) ini bagi mendapatkan ilmu rahsianya.


Tak susah jika tahu dan belajar dari mereka yang tahu selok belok bisnes aiskrim. Dapatkan panduan bisnes aiskrim secara part time disini.

Kongsikan entri Kenduri Kahwin dan Aiskrim Tidak Terpisah dengan kawan-kawan anda juga. Terima kasih

20 Comments

  1. sejak beberapa thn nih je dulu2 zmn akak kecik takde pun sekerim gini hehhehe.... skrg ni pi knduri kawin bkn kata sekerim... cendol segala mcm gula2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nampak semakin menjadi buat bisnes aiskrim dengan kenduri kahwin ni.

      Delete
  2. Btull tu.....dulu kt kmpung itulh yg di tggu2..
    Skrg ni anak2 nk tk bgi plkkk...ais krim yg jual naik motor tu,kdg owner mmg tmph jual kt situ...enth apa2 aiskrim , tk berani nk bgi anak mkn...bersihnya,halalnya....tgn dia pgg kon..mcm2 fikir...tk pyh mkn sng...nk buat jer atau bli yg kita yakin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah ramai orang kita yang tahu buat aiskrim. Baik tempah dari orang kita. Kalau nak tahu, boleh belajar dari info di atas.

      Delete
  3. Teringat pada penjual aiskrim yang selalu ada di majlis perkahwinan di kampung dulu-dulu...kadang2 timbul rasa kesian kerana dia menunggu dengan penuh harapan agar ada yang sudi membeli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapi sekarang berkat usaha mereka yang dulu. Banyak peniaga aiskrim sekarang tuan rumah kenduri tempah satu ke dua bekas terus untuk diberi kepada para tamu yang datang.

      Delete
  4. kenduri adik ipar baru ni ada buat juga. anak saya la yang berada di barisan hadapan sekali tunggu aiskrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak memang suka bila nampak aiskrim masa kenduri kahwin.

      Delete
  5. Anonymous10.12.15

    Salam... eh betullah sakng ni mana2 wedding mesti ada bag free eskfrem kan he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KA. Dah semakin sinonim aiskrim dengan kenduri kahwin.

      Delete
  6. Kn hari pns mmg laku habis ais krim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari pana jadi macam gambar diataslah. Semua nak kerumun aiskrim.

      Delete
  7. bagus ada ice cream ni.Untuk attract anak-anak yang kebosanan ikut parents pergi kenduri. Ini salah satu cara untuk boleh ibu bapa makan dengan aman..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sedap makan aiskrim masa kenduri kahwin.

      Delete
  8. Mcm best jee kan PM.... teringin nak bisnes tp tulah...selalu hangat hangat tahi ayam jer hihi....
    Bisnes cenggini best, modal tak bessar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bisnes aiskrim memang menjadi sekarang. Ada aje sajian aiskrim bila kenduri sejak dua menjak ni.

      Delete
  9. Masa kawin baru ni pun Cikna wat aiskrim jgk tp aiskrim m'sia je la,... Kndri skunk mmg meriah mcm2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Ramai yang berniaga aiskrim sekarang masa kenduri kahwin. Perniagaanya mudah. Tidak susah nak buat aiskrim sendiri jika tahu caranya.

      Delete
  10. Kebanyakkan kenduri kahwin sekarang semua sudah ais krim... Boleh je Kalau nak ambil peluang berniaga ais krim secara part time... Apa yang penting, kena ada usaha dan rajin-rajin la belajar untuk memajukan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sekarang ni dah banyak yang jadikan aiskrim sebagai satu sajian masa kenduri kahwin. Anak-anak dan mak ayah sama-sama suka aiskrim.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.