Resepi Tart Nenas Gebu Lagi Sedap. Macam mana dengan suasana hari raya tempat hangpa. Menang ke tak menang yang undi semalam. Pastinya sengit kan. Dah gaya PRU ke-14 sebelum ni juga. Keputusan keseluruhan lewat pagi baru dapat. Apa pun tahniah dah syabas kepada yang menang, dan kepada yang tak berjaya, insyallah cuba lagi untuk PRU akan datang.
Resepi Tart Nenas Gebu Lagi Sedap |
Oleh kerana suasana 'raya' masih lagi panas. Jadi hari ni min nak share Resepi Tart Nenas Gebu Lagi Sedap. Memang sedap tart nenas nie. Min musim raya biskut tart nenas nie antara biskut raya yang mesti ada bila tiba musim raya.
Hari ni min nak share Resepi Tart Nenas Gebu Lagi Sedap nie. Nanti hangpa nak buat sambil-sambil duduk rumah lagi tak ke mana-mana tu boleh la asas bakat,buat biskur raya tart nenas ni sambil-sambil boleh bakar lemak-lemak kat badan tu. Balik mengundi makan aje kan kerjanya kalau tak ke mana-mana kan?
Jadi hangpa yang nak buat Resepi Tart Nenas Gebu Lagi Sedap ni boleh rujuk resepi sis Erna Marina kat bawah nie yea .
Resepi Tart Nenas Gebu
🍍Bahan- Bahan :
250 gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli) ~ saya beli readymade
🍍Inti Nenas:
1 biji nenas
1 batang kulit kayu manis
Gula secukupnye (bergantung kepada manis nenas)
sedikit pewarna kuning
🍍Cara penyediaan inti tart nenas:
1. Blender nenas.
2. Masukkan nenas yg telah diblender bersama-sama airnye,kulit kayu manis,pewarna kuning dan gula kedalam periuk.
3. Kacau sehingga pekat dan boleh gentel.
4. Air dimasak sekali supaya tidak hilang rasa masam manis nenas tadi.
🍍Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
1/2 sudu kecil esen vanila
*Bancuh keempat2 bahan ni hingga sebati.
🍍Cara2:
1) Ayak ke tiga2 tepung.
2) Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
3) Masukkan minyak sapi, kuning telur, esen vanila dan garam.Pukul lagi hingga sebati.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
5) Perap sebentar supaya doh mesra.dlm 15-20mint.
6) Untuk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart,
7) letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
😎 Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. saya bakar dlm 25 minit.
9) Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara
kredit : sis Erna Marina
Mudah aje kan Resepi Tart Nenas Gebu Lagi Sedap dia? Bagi yang nak cuba masak tu boleh cuba, memang menjadi dan sedap biskut tart nenas nie bila dah siap. Nanti dah cuba masak elok tu jangan lupa pos dekat min juga bila dah banyak balang.
Selamat memasak
0 Comments
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.