Resepi Udang Galah Masak Kerisik Sedap Sangat. Rasa nak makan udang hari nie. Makan udang ni kena beringat kalau hangpa ada sakit gout atau ada gatal-gatal kulit. Jika tak ada insyallah ok aje. Jika ada pun nak rasa seketul dua bila dah masak tu ok aje. Jangan makan lebih-lebih noe.
Resepi Udang Galah Masak Kerisik Sedap Sangat |
Hari ni min nak share Resepi Udang Galah Masak Kerisik Sedap Sangat nie. Memang sedap tau, tak percaya hangpa masak lepas tu rasa betul tak apa yang min cakap nie. Resepinya ada kat bawah.
Resepi Udang Galah Masak Kerisik Sedap Sangat
Bahan-bahan:
1.Udang galah basuh bersih
2.Kerisik tiga sudu besar
3.Cili kering blend
4.Bawang besar tiga labu bawang putih empat ulas
5.Halia sebesar ibu jari"
6.Sudu kecil serbuk kari
7.Aji" garam " gula " asam keping dua keping.. Daun kari tiga tangkai.
Baca juga: Resepi Kerang Masak Cili Pedas Melekat
Cara masak:
Goreng udang yang di bersih tadi lumur sedkit kunyit dan garam" goreng half cook" kemudian toskan. Selepas itu tumiskan bahan blend no - 2 sampai no -5,tumis sampai naik bau.
Masukan daun kari tadi asam keping dan serbuk kari masukan air sedikit saja. Kemudian masukan udang tadi kacau-kacau.
Masukan bahan-bahan perasa. Perasakan dengan secukupnya.
Selamat mencuba.
Kredit : ariel juffry
Baca juga: Panduan Berniaga di Tiktok
Siapa sudah Resepi Udang Galah Masak Kerisik Sedap Sangat nie.Mudah aje kan. Hangpa nak rasa boleh masak nanti yea. Aji tu ikut citarasa yea. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka, ikut selera makan masing-masing yea. Selamat mencuba.
0 Comments
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.