Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Lagi Sedap


Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Lagi Sedap. Oleh kerana hari ni cuti min rajin sikit nak buat kuih. Jadi setelah fikir pi fikir mai min nak masak Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Lagi Sedap nie. Memang sedap kuih nie. Anak-anak pun suka kalau makan kiuh nie. Cuti-cuti bolah nak masak ambil masa sikit kan. 

Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Lagi Sedap

Jadi yang nak cuba masak Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Lagi Sedap nie boleh ikut resepi kat bawah nie yea.

Hasil tung tang tung tang di dapur petang tadi.


Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Lagi Sedap

Bahan Kulit Ketayap:

1 cawan tepung gandum

2 biji telur

1 sk esen pandan/esen vanila

1 1/2 cawan susu cair atau santan

1 sudu teh garam

pewarna pilihan

1 sudu besar minyak masak.

sedikit minyak utk disapu pada kuali


Inti:

1/2 biji kelapa parut putih

3/4 cawan brown sugar

2 kerat gula melaka

sedikit air

1 helai daun pandan

1 sudu besar tepung pulut

1 sk garam

Baca juga: Resepi Chicken Chop Rangup

Cara-cara:

1. Satukan bahan2 inti dalam periuk atas api sederhana, gaul2 sampai masak kelapa parut tadi berubah warna gelap.

2. Kisar guna blender semua bahan2 adunan kulit. Tapis.

Asingkan sesenduk dua, tambah sedikit tepung gandum kacau2 jadi sedikit pekat dan masukkan dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya untuk buat dot2 nanti.

Panaskan kuali api perlahan, lenserkan dengan sedikit minyak, sendukkan adunan ke dalam kuali, layang2 kuali bagi adunan bentuk bulat, cepat2 dot2 atas adunan dengan adunan warna dalam piping bag tadi.

Biarkan masak dalam 2-3 minit, jangan terlalu lama. Angkat lempeng ketayap dan terus masuk inti dan gulung.

Kredit: Izati Azam

Baca juga: Beza 4 Jenis Tepung Beras Wajib Tahu

Mudah aje kan nak masak Resepi Kuih Ketayap Dot Dot Yang Cantik Lagi Sedap. Ikut cara yang dia bagi ni insyallah menjadi dan bertamabah-tambah anak-anak makan. Bagi yang nak masak boleh ikut resepi nie yea. Selamat mencuba.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.