Beza 4 Jenis Tepung Beras Wajib Tahu

 

Beza 4 Jenis Tepung Beras Wajib Tahu. Hari ni min nak kongsi tentang tepung beras. Yea tepung beras yang hangpa semua guna bila nak masak tu. Tahu ke tepung ni walaupun nama sama tapi berbeza fungsi dia. 

Beza 4 Jenis Tepung Beras Wajib Tahu

Tahu tak?

.

Dah tahu, bagus la,kalau tak tahu lagi mai min nak cerita sikit. Lepas ni masa nak masak kuih ke apa-apa nanti bila beli tepung beras tu beringat yea. Jangan nanti kata salah resepi yang orang tu share. Sebab kita buat kuih tak jadi macam dalam resepi tu cakap. Tak sedar yang sebenarnya dah salah beli tepung beras.


Mai baca perkongsian sis Ruhana Zalina berkenaan ' 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna. Ingat tu..Jangan salah guna tau. Jom baca kat bawah nie.


Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.

Pasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain, nanti hasinya tidak akan menjadi.

Kalau nak tahu perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya, jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.


BEZA 4 JENIS TEPUNG BERAS WAJIB TAHU

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

Tepung beras cap gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.

kredit : Ruhana Zalina

Baca juga: Cara Mudah Mulakan Bisnes Tudung Online

Ok lah, dah baca take note yea. Masa nak beli nanti pastikan jangan salah lagi. Takut nanti salah beli tepung beras hangpa cakap resepi salah pula. Share kat kawan-kawan juga.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.