Resepi Tradisi Rendang Daging Dendeng Yang Sedap


Resepi Tradisi Rendang Daging Dendeng Yang Sedap. Min balik kampung hari tu bawa balik banyak daging. Pakcik yang bagi, dia potong lembu seekor nak makan bagi-bagi kat semua orang. Jadi min pun termasuk dalam senarai yang dapat daging tu. Terima kasih pak cik bagi daging segar.

Resepi Tradisi Rendang Daging Dendeng Yang Sedap

Hari nie min nak kongsikan Resepi Tradisi Rendang Daging Dendeng Yang Sedap. Min suka makan rendang daging dendang nie. Memang terangkat makan rendang dengdeng ni. jadi kepada yang nak cuba masak, boleh ikut panduan masak ni yea.Jom masak sendiri

Tumbuk nak bagi lembut

Resepi Tradisi Rendang Daging Dendeng Yang Sedap


Bahan-bahan:

Daging - 1 kilo

Bawang Besar - ½ kilo (dikisar), kalau tak suka banyak kuah boleh kurangkan sukatan bawang

Homemade Cili Boh - 100 gm (anggaran 3-4 senduk)

Minyak - 4-5 senduk

Asam Keping - 2~3 keping (mengikut darjah kemasaman asam tersebut)

Serai - 2~3 btg

Halia 2-3 inci (ketuk, tumbuk atau hiris, ikut suka korang) 

Garam

Gula

Kicap manis atau lemak (saya guna Kicap Tamin Dark Soy Sauce)

Air rebusan daging (anggaran 2-3 cawan) 

Potong nipis-nipis

Baca juga:  Daging Masak Merah Ala Thai

DAGING

1. Rebus daging sampai empuk. Simpan air daging

2. Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”)

3. Tumbuk sekeping-sekeping daging yang dah dihiris

4. Perap daging yang ditumbuk dengan kicap  

5. Goreng daging tersebut dengan api sederhana kuat

 Rendang Daging Dendeng


TUMIS

1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili sehingga pecah minyak

2. Masukkan serai yang dititik, halia, asam keping, air daging

3. Masukkan daging (jangan masuk air lebihan kicap yang diperap-nanti warna tak cantik)

4. Masukkan Garam dan Gula secukup rasa

5. Sedia untuk dihidang.

Baca juga: Resepi Tart Nenas Gebu

Awas!.Tumisan akan melompat-lompat keluar dan sangat panas. Jauhi dari kanak-kanak kecil.

Saya guna kuali Supor, siap dengan penutup. Untuk elak tumisan melompat-lompat, saya tutup dan guna api kecil.

Baca juga: Panduan Bisnes TikTok Shop

Resepi Tradisi Rendang Daging Dendeng Yang Sedap jika dimakan dengan nasi, pulut, lemang, ketupat, roti atau ratah pun boleh.Dah masak nanti boleh makan kalau tak percaya.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.