Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Minggu lepas makan tengahari kat
Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya. Oleh kerana kawan-kawan pejabat nak makan sini saya pun join juga makan kat sini. Sebenarnya ini kali kedua makan kat sini. Awal-awal
Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya buka dah pernah makan juga. Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya ini berada dibagunan
Shaftsbury Square Cyberjaya. Bagunan Shaftsbury Square ini berdekatan dengan
Multimedia Development Corporation (
MDeC) Cyberjaya. Restoren ini terletak di ground floor bagunan tersebut.Mengadap dengan bagunan Shaftsbury Square Cyberjaya ini ada bagunan Syarikat T-System,bagunan warna pink :-).
Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ni tidak berapa luas sangat kawasan makan dia berbanding dengan restoran-restoran lain berdekatan dengan Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ini. Meja makan untuk pelanggan makan di situ rasanya tak sampai 11-13 meja makan. Saya tak pasti pula pada waktu malam Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ini dibuka atau pun tidak. Jika dibuka mungkin bilangan meja makannya bertambah. Sebabnya depan Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ini ada jalan kenderaan keluar masuk ke bagunan Shaftsbury Square ini. Kawasan meja makannya yang tak berapa banyak membuatkan kadang-kadang bila kita dah sampai lambat ke Restoren tersebut pada waktu makan tengahari terpaksa juga batalkan niat nak makan kat sini. Tak ada
rezeki kat situ sebenarnya. Allah S.W.T dah tetapkan macam tu kan. Jika ada rezeki kita disitu Allah S.W.T akan mudahkan ada meja kosong dan boleh la nak oder makan makanan kat situ kan..kan.. Rezeki setiap kita semuanya telah di tentukan oleh Allah S.W.T. Kita cuma usaha, Allah S.W.T yang beri kita rezeki.
|
Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya |
Nak cerita sikit sejarah
Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ni setakat yang saya tahu. Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Ibrahim. Pada 1 Ogos 2012. Masa tu saya dah mula berkerja di kawasan Cyberjaya ni. Restoran Killiney Kopitiam ini ada hampir 20 cawangan di Malaysia jika saya tak silap. Pernah tengok juga pemilik dia masuk
Malaysia Hari Ini (MHI) kerana Restoran Killiney Kopitiam ni ada mambuat sumbangan derma kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima. Hasil daripada jualan mereka akan di sumbangkan sedikit kepada tabung tersebut.
Sebenarnya makanan dan masakan di restoren ini best juga. Macam-macam ada, masa makan tu saya makan nasi " Thai Chili Fish with Rice ". Sedap ikan dia goreng ada sos masam-manis,ada daun salad/ulam sikit dan nasi putih. Banyak dia boleh tahan juga.Makan nasi tu kenyang sampai ke petang. Harga Thai Chili Fish with Rice RM 8.00. Maaf gambar tak ada. Dah separuh makan baru teringat nak ambik gambar.Jadi tak ada gambar Thai Chili Fish with Rice tu..huhuhu. Gambar yang kat bawah ni gambar nasi saya makan masa awal-awal datang makan kat Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ni.
|
Paprik Chicken / Seafood with Rice |
|
Senarai Menu Nasi |
|
Senarai Menu Air |
Servic kat sini keseluruhannya ok, pelayan-pelayan dia kebanyakannya lelaki dan mereka ni bagus-bagus. kat sini ada service tax sikit. Kat sini juga ada kemudahan wifi bagi yang nak acces internet. Kira kedai ni boleh datang lagi jika datang ke kawasan bagunan Shaftsbury Square Cyberjaya ni. Itu pun jika ada rezeki kat sini. Jika tak ada kena pergi menapak cari kedai lain sekitar bagunan ini juga. Raiting dia, saya boleh bagi jika ada yang nak pergi makan kat sini. 7/10. Cuma kalau dapat di besarkan kawasan makan dengan di tambah meja lagi baik saya rasa. Atau mungkin ini strategi perniagaan Killiney nak bagi meje makan tempat Restoran mereka sentiasa penuh. Restoren ni agak panas.ada kipas banyak sikit ok juga. :-)
Jika ada yang berkesempatan lalu kawasan sini boleh la singgah makan kat sini. Harganya berbaloi dengan makanan yang di sajikan. Nak tahu info lebih lanjut tentang Restoran Killiney Kopitiam ini boleh kawan-kawan melawat ke website mereka di
sini . Jom pakat pegi makan disana.
Ada yang pernah makan di mana-mana Restoran Killiney Kopitiam tak?
18 Comments
Kalau makan tapi panas agak kurang selesa. Tapi kalau sedap dapat lupakan sekejaplah - habis makan memang berkipaslah jawabnya hihi...
ReplyDeleteBetul tu akak. Lepas tu kena berkipas..
Deleterajin juga sy berjalan ke cyberjaya tu....pegi streetmall
ReplyDeletetapi tak pernah lagi singgah shaftsbury square tu...errmmm nmpk mcm menarik jer..hehe
boleh singgah akak di Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya.
Deletesenarai menu yang disediakan nampak menarik.. kalau dah rasanya sedap dan layanan pun bagus, mesti hilang rasa panas tu..
ReplyDeletebetul tu mizz. Nanti boleh singgah Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya juga.
Deletememang nak kena try tu.. hehehe
ReplyDeleteMesti cuba la yea. Rasa makanan kat Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya tak rugi :-)
Deletesaya tak boleh komen tentang makanan sebab mana2 cawangan pun tak pernah, hee. k
ReplyDeletecuma betul tentang rezeki tu. kadang2 waktu kita mai, lengang saja. bila kita dah duduk order..berpusu2 pelanggan masuk kedai. rezeki gak tu..tak tunggu lama
alhamdulillah, yg penting sedapp :)
ReplyDeleteSalam ya, dekat Shah Alam ada Restoran Killiney Kopitiam!Tapi belum pernah cuba lagi :)
ReplyDeletewah..menarik juga tuu menunya...
ReplyDeletekalo menu sedap, layanan ok. rasa panas tak kisah dah..:-)
ReplyDeleteemmph enak2nya makanan kat sana..teringat udang galah..mamak style
ReplyDeleteKalau saya singgah di Cyberjaya...say akan singgah ke sana dulu..hehehe
ReplyDeletewahh mcm sdap..xsinggah lg ni..
ReplyDeletenampak cam sedap je ni
ReplyDeletealamak..cikda kalau gu cyberjaya hanya makan kat saba tu jela.. emm..len kali boleh try terjah sini.. :)
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.