Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Bila ada nak cari satu-satu benda kita suka google kan? Biasa kita dengar "nak tahu ko google la", "Guna la pakcik google jika nak tahu" dan macam-macam lagi. Saya pun nak cari juga tentang cara nak atasi masalah rambut gugur. Bukan apa. Kadang-kadang perasan banyak pula rambut kat lantai ini, Jika bukan rambut saya,rambut siapa lagi kan? Huhuhu.

Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua. Sekiranya anda mengalami masalah rambut, dapatkan panduan dan penyelesaian yang berguna bagi menyelamatkan mahkota anda. Dapatkan tips dan panduan merawat dan menjaga rambut anda disini---> Rawatan Rambut Berkesan.

Ok lah, apa yang saya jumpa nak kongsi kat sini, supaya kakak-kakak dan abang-abang selamat daripada gejala keguguran rambut ini.
Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya
Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Berikut adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.

2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.

3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.

6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

[+] Bisnes Ais Krim Mudah!! (Klik sini)
[+] Rahsia sihat dan Cantik!! (Klik sini)
[+] Rahsia Pikat Lelaki!! (Klik sini)

Saya kongsikan disini untuk tatapan bersama. Ada yang rasa sesui untuk dicuba boleh cuba yea. Saya pun nak cuba juga. Sayang rambut gugur. Lagi satu takut botak(tak ada rambut) pula. Jika anda masih tercari-cari penyelesaian untuk masalah rambut anda. Saya sarankan anda mendapatkan nasihat dari PAKAR RAMBUT. Semoga masalah rambut kita semua dapat diselamatkan dan dijaga dengan baik. Berminat anda boleh rujuk disini---->> Rawat Rambut Anda (klik sini)

Selamat Mencuba kawan-kawan. Boleh share entri ini jika ianya bermanfaat kepada semua. Terima kasih.

70 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih akak. Nanti boleh guna cara ini jika ada masalah rambut.

      Delete
  2. saya pun ada masaalah rambut gugur jgk..hari tu pun ada buat n3 pasal rambut ni.nak mintak petuakann...takut la pulak dah macam nipis jer rambut ku ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jaga rambut kita kan. Boleh dapatkan ubat yang saya bagi di atas. Insyallah berkesan.

      Delete
  3. saya suka sapu virgin coconut oil.. bau pun sedap..

    ReplyDelete
  4. Kalau kulit rambut berminyak, bahaya jugak... Takut nanti liang rambut tersumbat... menyebabkan anak rambut tak dapat tumbuh dengan baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Kena jaga rambut kita. Rambut umpama mahkota bagi kita semua.

      Delete
  5. Tq kongsi petua nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Cara nak rawat rambut gugur bila ada masalah.

      Delete
  6. dulu rambut akak tebal skrg nih dh nipis.... nk ikat pun dh tak sedap cam dulu huhuhui

    ReplyDelete
  7. nice share.. boleh amalkan lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh amalkan. Insyallah harap dapat di atasi masalah rambut tersebut.

      Delete
  8. waa.. petua yang bagus nii.. tq share.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga ianya boleh membantu merawat rambuat yang bermasalah.

      Delete
  9. Anonymous4.12.13

    tips & petua menarik ni tq share yer !

    ReplyDelete
  10. kak sapu minyak zaitun.lepas tu tak berani nak biar rambut panjang sangat, hee..
    selamat..

    ReplyDelete
  11. Byk petua utk dicuba ..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba yang mana berkenan dan sesuai.

      Delete
  12. macam2 cara kita boleh buatkan.. antara nak dgn xnak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Insyallah cuba yang rasa mudah untuk diamalkan.

      Delete
  13. petua yg bagus,nk mencuba salah satu ..t.kasih kongsi petua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Harap petua yang digunakan nanti berjaya nak baikkan rambut yang gugur tersebut.

      Delete
  14. akak pastikan rambut sentiasa pendek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga cara ni. Jika yang suka rambut panjang lain pula caranya.

      Delete
  15. Shafikalola9.10.14

    kalau kita amalkan petua no 6, sekurang-kurangnya berapa lama kita perlu amalkan? lagi satu, blh tak kita mengunakan syampu ramvut untuk mewangikan rambut semasa mengamalkan petua2 diatas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh amalkan sehingga rambut dah ok dan tidak gugur lagi. Boleh aje.

      Delete
  16. Memang kena jaga makan sebenarnya kalau takut rambut banyak gugur. Kalau yang genetik confirm botak lagi la kena jaga. kalau tidak, botak sebelum waktunya. parah parah..

    apepun, tips kat sini pun memang dah terbaik sangat. tinggal larat atau tidak aje nak disiplinkan diri untuk buat.

    cheers!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pilih dan amalkan yang mana rasa ok kan :-)

      Delete
  17. nak tanya, petua mana yg paling berkesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba yang mana satu rasa mudah nak buat. Lain orang lain kesannya.

      Delete
  18. mawar biru1.11.14

    tq untuk info yg sangat berguna ni :).nak tanya kalau amalkan petua2 tu sekaligus boleh ke...maksudnya tak amalkan satu petua je...tapi ambil dlm 2 3 cara utk diamalkan.....rosak tak rambut nanti...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus amalkan satu-satu dan lihat hasilnya. Jangan amalkan sekali gus. Takut tak berkesan.

      Delete
  19. Nice info... tq for sharing.. i will try it...

    ReplyDelete
  20. Thanks 4 sharing. Byk petua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. semoga bermanfaat untuk kita semua.

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak pasti. Yang kat atas ini hanya untuk perkongsian masalah rambut gugur sahaja.

      Delete
  22. Salam kak nak tanya petua yang pertama tu kene buat sekali gus ke?

    ReplyDelete
  23. Perkongsian yang bagus.. banyak petua boleh diamalkan...

    ReplyDelete
  24. Perkongsian yang bagus.. banyak petua boleh diamalkan...

    ReplyDelete
  25. Rambut kak byk gugur , lbh2 lg lepas bersalin arwah azim , kena sapu minyak zaitun ni

    ReplyDelete
  26. kulit tembikai pun boleh pakai di kepala.. bagusnya.. tq for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba kaedah mana satu yang serasi dan sesuai dengan masalah rambut Fatin.

      Delete
  27. Bismillah,

    9 petua yang sangat membantu dan menambah maklumat.

    ReplyDelete
  28. wah..tips yang menarik..sy nk share la ye..tq

    ReplyDelete
  29. Anonymous21.3.15

    Akak boleh tolong belikan produk yg akak syorkan tu tak?? Sy bank in duit dekat akak.. sng sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous21.3.15

      Ops.. sori.. sy ingatkan perempuan.. lelaki rupanya.. bro boleh tolong sy tak belikan produk yg bro syorkan tu??

      Delete
  30. Rambut adalah sebahagian dari anggota tubuh manusia yang juga perlukan vitamin bagi menggalakkan pertumbuhan. Salah satu keadah penggalak pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut adalah dengan penggunaan serum rambut.

    ReplyDelete
  31. Anonymous5.6.15

    umur baru 19, rambut dah botak tengah!! stressnyaa la..

    ReplyDelete
  32. Wah, banyak petua rupanya. saya nak mohon share di blog saya ye. Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  33. banyak petua boleh buat..tq share

    ReplyDelete
  34. Tq kongsi petua ni 😄

    ReplyDelete
  35. Terima kasih petuanya. Rambut saya pun gugur teruk ni...hehehhe nanti nak cuba juga la

    ReplyDelete
  36. Terima kasih di atas perkongsian.Kebanyakan petua diatas adalah untuk mencegah keguguran rambut.Tapi bagaimana pula untuk menumbuhkan rambut jika masalah keguguran telah dapat diatasi?

    ReplyDelete
  37. tq petua ni mnjadi sngt2

    ReplyDelete
  38. Tq atas petua. Nanti nak cuba :)

    ReplyDelete
  39. Anonymous30.5.16

    Umur sya. Bru 16..tpi dh gugur n dh nmpk klit kpla..hmm..

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. Selalu guna lidah buaya ja, tak tahu pula kulit tembikai pun ada manfaat utk rambut gugur

    ReplyDelete
  42. Klau rambut dkat atas leher x tumbuh mcm mna plak..mula2 dia gatal lepas tu rmbut skit2 xda

    ReplyDelete
  43. Dulu lepas bsalin rmbut gugur teruk mcm nk botak rasenya. Hormon kut.. hehe

    ReplyDelete
  44. Kalau amalkan semua petua diatas mksudnye mixed semua takpe ke?

    ReplyDelete
  45. Petua mane pling bkesan..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.