Jumaat, Cinta dan Duit Dari Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jumaat kawan-kawan. Sekejap sahaja hari Jumaatkan? Rasa baru sahaja jumaat, hari ini jumpa lagi dengan Jumaat, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari ini kita digalakkan buat amal lebih daripada hari-hari biasa, dan hari ini juga terdapat satu masa yang khusus penerimaan doa daripada Allah S.W.T jika kita berdoa. Waktunya dirahsiakan Allah S.W.T. supaya hambanya berusaha mancarinya.

Ada ulamak yang kata akhir waktu malam(masa Tahjud - bukan masa bangun tengok bola yea) dan masa waktu petang sebelum terbenam matahari dan macam-macam pendapat ulama lagi. Tahniah kepada kerajaan Negeri Johor kerana dah jadikan Hari Jumaat mulai awal tahun 2014 sebagai hari cuti mereka. Macam negeri Kelantan,Terengganu,Kedah. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. Rahmat yang besar untuk mereka.

anak bertudung comel
Comel tak saya?? Jom jaga aurat kita.
Cinta
Siapa bercinta kat sini? Tidak ada orang yang tidak ada perasaan tersebutkan? Walaupun budak kecil sekali pun. Inilah hebatnya perasaan cinta yang Allah S.W.T bagi kepada setiap kita. Walaupun orang tersebut jahat macam mana pun,dia mesti ada perasaan cinta. Cinta akan datang tanpa kita minta. Bagi pasangan yang sedang bercinta, jaga pasangan anda baik-baik. Jangan sampai melanggar batasan agama.

Jika kita dah sama-sama suka elok dipercepatkan sahaja perkahwinannya. Kerana  bercinta selepas kahwin lagi bermakna dan baik di sisi agama. Bila Allah S.W.T suka,insyallah cinta tersebut akan diberkati sehingga akhir hayat. Bercinta sekejap untuk kenal hati budi masing-masing lepas tu ikat dah berkahwin.Itu lagi TERBAIK. Hidup kita dan pasangan akan lebih diberkati kerana kita tidak lagi melanggar tata susila semasa ingin berjumpa dengan pasangan. Jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Allah pasti akan jaga kita.

Selamat bercinta.. Selamat mendirikan rumah tangga kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Kepada yang belum usaha dan doa banyak-banyak, insyallah Allah S.W.T akan buka jalan.

Duit dari Blog
Hasil dengan berblog atau menjadi blogger amatlah beruntung, ada yang jadikan blog sebagai kerjaya tetap mereka. Cuma ramai juga yang jadikan blog sebagai aktiviti part time mereka. Bagi saya,kita berhak membuat pilihan bergantung kepada pendapatan yang kita perolehi.

Banyak peluang buat duit di internet dan kita boleh sertainya. Mengikut kemampuan dan masa yang kita ada. Mana-mana kerja formula utama kena rajin buat kerja, rezeki tidak datang dengan mudah. Kita perlu berusaha juga. Lepas berusaha baru bertawakal kepada Allah S.W.T yang Maha Memberi Rezeki. Macam mana dengan buat duit melalui surveys kawan-kawan. Dah dapat hasil ker? jika dah alhamdulillah, jika belum kena usaha yea, Pendaftaran PERCUMA sahaja buat duit melalui surveys.

 Insyallah masyuk juga dengan buat surveys. Jobdirumah hari minggu ini nak siapkan juga. Siapa berminat boleh sertai Jobdirumah  ini sebelum harganya dinaikkan menjadi RM100. Boleh tahan nak beli nanti jika harga macam tu, baik beli sebelum harganya dinaikkan bulan December ini. Boleh buat Pendaftar Jobdirumah disini. Lepas ini harap-harap tak naik lagi jobdirumah ini.


15 Comments

  1. Assalamualaikum salam Jumaat yg berkat

    ReplyDelete
  2. sebenarnya tak susah nak buat duit..tapi kena sabar dan rajin kan.. salam jumaat..

    ReplyDelete
  3. salam jumaat...insyallah jika rajin usaha, kita pasti akan mendapat hasilnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. 1.Menanti jumaat yg indah moga dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
    2. Rasa cinta anugerah Allah buat hambanya. Tanpa cinta lihatlah apa jadi dunia hari ini
    3. Buat duit kena rajin dan gigih.

    ReplyDelete
  5. Anonymous29.11.13

    JDR nak naikkan harga RM100 ke? pasni banyak la komisyen affiliate yer ;)

    ReplyDelete
  6. jumaat mmg indah... sbb dia penghulu segala hari, banyak pahal boleh kutip di hari jumaat n paling best sbb jumaat bermakna esok lusa udah cuti

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semoga dapat bertemu lagi pada Jumaat akan datang. Saya prefer bercinta selepas kahwin, tapi tak tahu dengan sapa lagi. Hehe. Semua rahsia Allah.

    ReplyDelete
  8. selamat berhujung minggu.. yang penting kena terus berusaha.. :D

    ReplyDelete
  9. kak ni yg rugi. dr kedah ke perak. balik kampung di johor, dah tak sama pulak cutinya. camnapun tahniah. mudah2an lepas ni ada lagi negeri yang menurut jejak johor dan lain2 negeri yang PMDR sebutkan

    ReplyDelete
  10. femes juga ye jobdirumah ni..hehe

    ReplyDelete
  11. singgah sini di pagi isnin... alahaii comelnye bila menutup aurat kan...

    ReplyDelete
  12. Anonymous2.12.13

    tq berkongsi cerita yer, maaf. xleh nk komen pjg2 kebusyan sgt ni ! mengejar waktu lunch tuk terjah laman kawan2 !

    ReplyDelete
  13. masyukkk tuuu.,ehHHee

    ReplyDelete
  14. masyuk... semoga berjaya...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.