8 Gambar & Video Puting Beliung Di Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
8 Gambar & Video Puting Beliung Di Alor Setar. Di Alor Star lebih 20 buah rumah di Kampung Batin di Mergong dan Taman Inang di Kuala Sungai rosak dalam kejadian puting beliung petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu menyebabkan kerosakan teruk kepada rumah-rumah yang berdekatan selain menerbangkan bumbung beberapa buah rumah. Kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh 10 minit ketika hujan lebat.

Pihak berkuasa masih cuba mengenal pasti senarai penuh jumlah rumah dan mangsa yang terlibat. Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta pelbagai agensi lain sedang berusaha menghulurkan bantuan.

Seorang mangsa, Mohd Saad Mad Isa berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari atas bumbung rumah.

"Apabila mendengar bunyi zink, saya bergegas melihat ke luar rumah, saya nampak zink bumbung rumah saya dan jiran sudah terangkat," jelasnya.sumber:mylaunchpad

Berikut merupakan gambar dan video kejadian Puting Beliung semalam. Macam-macam ujian Allah SWT yang datang. Sebagai hambanya, kita hendaklah sentiasa bersabar dan redha atas apa yang berlaku. Peringatan Allah SWT untuk kita semua. Perbanyakkan istighfar kepada Allah SWT.

Astagfirullahaladzim.. Astagfirullahaladzim.. Astagfirullahaladzim..


Gambar Puting Beliung Di Alor Setar
Gambar Puting Beliung Di Alor Setar

Gambar Puting Beliung Di Alor Setar
Gambar Puting Beliung Di Alor Setar

Gambar Puting Beliung Di Alor Setar
Gambar Puting Beliung Di Alor Setar

Gambar Puting Beliung Di Alor Setar
Gambar Puting Beliung Di Alor Setar

Gambar Puting Beliung Di Alor Setar
Gambar Puting Beliung Di Alor Setar



sumber gambar: CUCU TOK SELAMPIT
Semoga kita semua di dalam pemeliharaan Allah SWT.

4 Comments

  1. Menakutkan tengok video ni. Semoga Allah SWT selamatkan kita semua dari mara bahaya.

    ReplyDelete
  2. Asslmkm.. Allahuakhbar. Dulu tngk kat tv puting beliung ni berlaku kt luar negara. Skrng kt negara sndiri.. Kuasa Allah..

    ReplyDelete
  3. Asslmkm.. Allahuakhbar. Dulu tngk kat tv puting beliung ni berlaku kt luar negara. Skrng kt negara sndiri.. Kuasa Allah..

    ReplyDelete
  4. Siapa sangka puting beliung melanda negara kita... dunia sudah berubah, cuaca juga sudah berubah... dunia semakin tua... berdoalah kita semoga sentiasa di bawah peliharaan Nya...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.